Tuesday, June 30, 2009

Trip to USM

Last friday, aku pegi Penang dgn my parents. Rasa sempit jugak ler 4x4 abah aku tu sebab Mas pun ikut sama bersama Don Shariff (nama Mafia dia.. hehe). Dah lama jugak aku tak pegi Penang. The last was masa aku tengah heavily pregnantkan Iffah. Masa tu PEKEMA buat annual dinner kat Shangrila Penang. This time pegi nak hantar Ayu, she was the chosen one. hehe.. ni mcm cerita matrix pulak. Ye la, after the hu-ha pasal USM blunder pasal student enrolment, semua rasa ngeri termasuk la adik aku tu. Bila tau dapat masuk USM, dia call banyak kali kat registration office nak make sure yang memang betul2 dia terpilih. Takut jugak termasuk dalam golong yg terpilih tapi tak terpilih.. haaa.. mcm mana tu :)

Anyway, since aku dah lama tak ke sana, so sangatla blur kat mana nak stay. Setelah menelepon beberapa orang kawan, Nora, schoolmate masa kat Terengganu dulu, suggested B-Suite. Parents aku suka hotel tu, bersih, good service, not too expensive and paling penting, ada kedai mamak kat tepi hotel. Sangat sesuai untuk abah aku yang kaki teh tarik. We stayed at their Family suite which cost us RM235 nett. But kita orang stay 1 malam je, the next nite tu, we all stayed kat Rumah Tamu USM.

The reason kita duduk rumah tamu tu sebab ingat senang nak visit Ayu. Rupanya sangkaan kita org meleset, punya la jauh rumah tamu tu dengan hostel Ayu. Rumah tamu tu quite murah jugak, a family suite cost us RM180 nett, ada 1 katil king, 1 katil queen, 1 single bed, ada 3 rooms, pantry, fridge and ruang tamu. But, aku rasa rumah tamu tu quite menyeramkan la. Aku tido quite early, tiba-tiba pukul 3.30am, aku terjaga, bulu roma rasa meremang. Kecut perut kejap, dah la takde internet. Terus aku telepon Hubby (dia tak ikut kita org). Hubby pulak baru balik rumah. It took me quite a while utk tido.

Kalau nak kira murah, memang rumah tamu USM tu murah. Cuma rasanya aku takan duduk situ lagi. Bukan sebab rumah tu mcm rumah berhantu, but because of inconsiderate guest yang menghuni bilik bawah dalam bungalow yang sama. Guest ni, dengan sesuka hatinya parked kete Naza Ria dia betul2 depan entrance nak masuk bungalow yg kita org duduk. Malam tu tak kesah sangat lagi, but the next morning masa nak check out, kete dia still parked depan entrance bungalow. Dah la masa tu hujan lebat, dengan nak mengangkut bag lagi, and with Don Shariff yang terpaksa didukung, mcm mana nak keluar dari pintu rumah tu. Aku benci betul orang yang bengong mcm tu.

Kalau ye pun nak menyenangkan diri sendiri, make sure la pukul 8am, alih kereta, parking tempat parking yang disediakan! I had to call the front desk, mintak dia orang telepon bilik2 yang ada kat bungalow tu, tanya kereta sapa yg mulia sangat tu, terpaksa parking depan pintu. Aku malas la nak ketuk pintu bilik orang tanya sapa empunya kete. Kang aku naik angin, mau aku sembur orang tu. Finally, that Guest alihkan kete, tanpa cakap sorry. Menyirap darah aku tengok orang yg takde budi bahasa mcm tu.

Where we stayed

B-Suite, Penang





Rumah Tamu, USM (credit to the owner of the photo)

http://1.bp.blogspot.com/_LyzrtSGnOYw/Sdx4GrXoAlI/AAAAAAAAAPY/wfz6uydQKXw/s320/IMG_0416.JPG

Korang rasa menakutkan tak rumah ni? Scary kan? Kete Naza tu parking betul2 depan main entrance rumah.

Monday, June 29, 2009

Wedding Izani

Long overdue post. These photos were stored in Mas's laptop, takde masa nak ambik, finally tadi she came over, maka dapat ler aku copy masuk desktop aku ni. Izani's wedding was the 8th in the family. By then, semua orang dah letih berkenduri. Two years ago, Mas's wedding. Lepas Izani, then Ayu. But since Ayu baru je masuk 1st year, rasanya memang tak mungkin dia akan kawin dalam 1-2 tahun ni. Err.. maybe not.




The bride, the groom and the "kipas" girls.. hehe


The couple



perasan ayu ler ni.. Ayu

Friday, June 26, 2009

Transformer

If I were a transformer robot, I'm pretty sure I'll be together with Megatron in Decepticon whether I'm willing or not. The reason is quite simple, I'm Megatron kat rumah... hehe.. kurang sabar, dan sgt la evil. hahahaa...

I went to watch Transformer on 24th June, tickets courtesy of a dear friend, Roger. Since Roger bagi 2 ticket je, aku definitely cannot bring the kids along, so aku bawak ler partner in crime masa sekolah aku dulu, Sally. All I can say, Megan Fox is damn hot! Hubby cakap he wants to watch scene Megan Fox on a bike. Grrr... scene yang memang menggoda lelaki. Maybe aku should blindfold Hubby masa tengok cite Transformer next week with the kids. And aku definitely have to bring a baldi along, coz I'm pretty sure he'll drool looking at Megan Fox in action.


Thursday, June 25, 2009

Menu berbuka today

I was feeling a bit lethargic today. Dunno why. Maybe sebab baru nak start engine posa balik agaknya. Since takde mood nak masak, aku decided to buat nasik kerabu je. Some people might think that buat nasik kerabu ni susah, tapi sebenarnya tak. Senang sgt, pastu bila makan, sungguh menyelerakan. Aku masak nasi kerabu awal, masa lunch tadi coz aku kena temankan my mum pegi Robinson @ The Garden KLCC lepas zohor. Suprisingly the shopping spree lasted less than 1 hour. hehe.. maybe sebab aku posa, so takde mood nak bershopping sakan. (Ina, aku lupa la nak baca doa keluar shopping.. hehehe)

Lauk nasi kerabu today was daging bakar. Selalunya kalau aku buat nasi kerabu, I'll definitely buat ayam percik. Tapi hari ni takde mood nak makan ayam percik. Maka aku bakar daging and buat roast chicken. For the kids, aku gorengkan puyuh. Masa berbuka tadi nak sumbat byk lagi dalam perut, tapi capacity perut aku tak cukup besar. sob sob...



Nasi Kerabu + Daging Bakar + Puyuh Goreng

Wednesday, June 24, 2009

Chinese Calendar

On the way balik lepas hantar Iman sekolah today..

Iffah : "Mama, adik lahir tahun apa?"
Mama : "Tak sure la sayang, kenapa?"
Iffah : "Adik rasa adik lahir tahun Hamster or tahun Ikan".
Mama : " ............ kenapa pulak adik rasa adik lahir tahun tu?"
Iffah : "Adik lari laju, so maknanya adik lahir tahun Ikan, but adik suka makan sunflower seeds, maybe adik lahir tahun Hamster jugak".
Iffah : "Tapikan mama, adik rasa Abbas lahir tahun Kura-kura."
Mama :"Kenapa pulak? " (sambil tahan rasa nak tergelak)
Iffah : "Dia kan lari slow, kalau jalan pun slow sangat, macam kura2.".

Mama : .....................................

Roast Turkey

Aisey! sorry.. mangkuk nampak comot giler. ni baru je keluarkan from the oven. tak larat nak angkat masuk dalam piring lain sebab tersgt la beratnya turkey ni, almost 5kg rasanya. It took me more than 3 hours to cook this. Masa mula2 nak sumbat masuk oven pun, seksa giler, tak muat, kena tekan2 sikit. The turkey turned out to be so delicious, the meat very tender. My dad cakap "Sedapnya!", siap tambah nasik 3 kali lagi.. hehe


Tuesday, June 23, 2009

Things that can fly

Iman : "Mama, benda apa yang boleh terbang?"
Mama : "Benda? What benda?"
Iman : "Kenderaan. Kakak cuma tau Jet, Helicopter, Aeroplane. Kakak need 1 more".
Mama : "Entah la.. mama blur (mama actually letih sebab kena jaga Kashfi)"
Iffah : "ULTRAMAN!!"

Mama & Kakak : ...................................

Monday, June 22, 2009

Hai Peng @ Kemaman

I went there on Sunday with hubby and kids. Before this, singgah beli kopi je, tak duduk makan kat situ sebab ramai sangat manusia. K.Nor (my sis in law) cakap nasik lemak bungkus kat situ best. Teringin la jugak aku nak rasa. On the way back to KL, aku suruh ler dear hubby berenti kat situ. Setelah puas pusing beberapa round, finally dapat parking. Peh! ramainya orang. We were lucky sebab dapat tempat duduk. Kopi memang sedap, yang lain biasa je. Next time maybe tak singgah dah sebab takde la best giler2.








Sunday, June 21, 2009

Mesra Mall

I'm here, at Mesra Mall. Sangatla boring, rasa mcm nak bawak tilam, toto and bantal je tido kat tengah2 mall ni sebab takde orang langsung. Almost deserted. Kalau best pun kat mall ni, satu je, sejukkkk.. Cuaca kat luar dah ler panas kering, memang sangat syok duduk dalam mall ni. Giant still close after so many months. According to my sister in law, ada controversy. Apa masalah tu, aku tak sure. Biasa la, Malaysia, tak habis2 dengan mcm2 controversy. Kesian orang2 yang duduk Terengganu.

Food kat food court Mesra Mall ni is so expensive. Aku beli char kuey teow, cost me RM5.00. Air soya dalam tin, RM2.50. Mencekik darah betul!! Food Court kat Jusco KL lagi murah. Even Mineral water pun cost RM1.80. Kalau jual RM1.50 pun reasonable la jugak. I'm bored... Lamanya la laki aku nak habis keje. Iman and Iffah are getting pretty restless. Iffah dok membilang berapa minit dah dia duduk sini. Every 5 minit, akan dengar dia cakap "Mama, dah 1 jam, 15 minit kita kat sini".. then 5 minutes later "Mama, dah 1 jam 20 minit kita kat sini..". Tension aku!





Credit to the owner of the photo.

Thursday, June 18, 2009

8 tips for liking someone better (or disliking that person less)

I like this article very much! Useful tips!

credit to http://shine.yahoo.com/channel/health/user-post-8-tips-for-liking-someone-better-or-disliking-that-person-less-471321/

Eight tips for liking someone better (or disliking that person less).

Some people are part of your life, whether you want them there or not. What if you don’t have the warmest of feelings for your boss? Your mother-in-law? Your next-door neighbor?

It’s easy to come up with a mental catalog of all the ways in which that person could change to be less annoying, domineering, passive-aggressive, arrogant, etc.—but the fact is, you can’t change anyone but yourself.

Here are some tips about how to help yourself cultivate more friendly feelings. It’s quite a strain to hide feelings of dislike; if you can manage to change your feelings, you’ll be much happier. It’s hard, but not impossible.

1. Seek contact. This is a bit counter-intuitive. If you don't like someone, you probably feel like avoiding that person, but because of the psychological phenomenon known as the mere exposure effect, we tend to like people better the more we see them.

2. Do nice things for that person. “We prefer to see those to whom we do good than those who do good to us,” as La Rochefoucauld observed.

3. Give that person a brief touch. Subliminal touching, i.e., touching a person so unobtrusively that it’s not noticed, increases people’s sense of well-being and positive feelings.

4. Lighten up. Joke about whatever annoys you, and if you can manage it, laugh about it with that person, or poke fun at your own reaction. Nothing neutralizes bad feelings like a good laugh. This can be tough, however.

5. Act friendly. We think we act because of the way we feel, but often we feel because of the way we act. So act the way you want to feel. This is uncannily effective—just try it.

6. Resist criticizing that person. When you voice your complaints, they assume a solidity in your mind that’s hard to eliminate. When your thoughts remain unspoken, they can more easily be changed.

7. Remember happy shared experiences. Recalling good times elevates mood and will help warm your feelings.

8. Be grateful. Reflecting on reasons to feel grateful, instead of reasons to be angry or annoyed, will help change your view.

Not a good day!

I woke up at 7.00am today. I had to literally pulled myself out of bed. Argh! malasnya nak bangun, kejut the kids to KAFA. Pastu tiba2 aku teringat! Eh! hari ni 18th June, Iman's follow up check up with her specialist kat Hospital Selayang. Argh!! lagi aku tension, just thinking about how many hours I'll have to waste today. Well! true enough! I went there at 8.30am, registered, took a number, it was 0039. I was quite happy, thinking that maybe, just this once, I wont have to wait THAT long. But sadly, I was delusional. The clinic started at 10am, our number was called at 2.30pm!! I was like.. what the tut tut! (I cant swear, I hate it when people swear, so I wont start.. hehe)

There goes 1/2 of my day, wasted on waiting. I dont mind waiting in a queue to pay for whatever I was buying during sale, but I do mind waiting in endlessly in queue at government hospital. Seriously, kalau aku ni sakit jantung, mau lama dah mati keras kat kerusi menunggu tu. Tak tau la berapa tong air aku dah minum while waiting for our number to be called. Aku yang dah bertahun2 tak beli comic Ujang pun, boleh terbeli comic tu sebab dah kebosanan tahap gaban. I brought along a book, so aku memang takde masalah melayan kebosanan menunggu tu, but kesian kat Iman. I forgot to bring a book for her.

Anyway, enuff of my rambling, since today tak masak apa2 special, maka aku akan upload gambar puri yang aku buat last week. Ops! tomorrow I'm going back to Terengganu for the weekend, maka blog ini akan berabuk buat beberapa hari.

Puri with sambal ikan bilis


Wednesday, June 17, 2009

Cicak

I wanted to update my blog yesterday, but I was too tired. K.Mei mintak tolong buatkan karipap inti ikan guna ikan selayang/sardine. Seksa aku nak buat karipap guna ikan tu sebab tulang byk sangat. Bukan apa, aku risau kalau byk tulang, kang tercekik pulak org yg makan karipap aku tu. Anyhow, setelah bertungkus lumus kat dapur, siapla karipap tu. Memang rasa karipap lagi sedap bila guna ikan tu. Tapi next time, aku takmboh doh buat inti ikan selayang. Seksa...

Tak tau kenapa, since aku kecik aku sangat geli dengan cicak. Aku geli tengok perut cicak yg boyot and nampak cam lembik. Rumah aku duduk sekarang ni rumah lama, cicak dan binatang2 kecik yg sewaktu dgnnya memang byk. Aku paling benci kalau nampak taik cicak. Rasa nak je panggil cicak yg bertanggungjawab tu utk bersihkan. Pandai je buang air merata2, tapi tak pandai nak kemas.

Masa balik kampung baru ni, aku had an encounter with a cicak. Masa tu aku tengah makan lunch with my sister, K.Ma (aku panggil Ma je), Ayu (my youngest sister) and Iman. Tengah syok makan, tiba2 kelepek! bunyi something jatuh atas meja. Ok, duduk kampung ni, aku apply 2 simple rules

1. Jerit sekuat hati bila ternampak/agak2 ternampak apa2 yg pelik.
2. Baru tengok betul2, apakah benda tu.

Aku applied the 1st rule 1st, dan menjerit sekuat hati. The truth is, bila menjerit, dia mcm ada chain reaction. Sorang jerit, semua akan jerit. Aku jerit, then iman jerit, diikuti oleh kakak aku and last sekali Ayu. Iman and kakak aku siap lari dari meja without knowing kenapa aku jerit. Bila dah reda jeritan, then baru Ayu tanya, "Kenapa K.Dah?". Aku cakap ler, cicak jatuh atas meja while we were eating. Ayu terus gelak, ye la.. cicak pun nak takut. Tapi ngerinya bila ingat. Nasib baik cicak tu jatuh atas meja, what if cicak tu jatuh dalam pinggan aku. Aku rasa gam kat kaki cicak tu dah kurang kot. Ni mesti cicak tua, otot2, sendi2 semua dah season.

When I was in form 2, aku one time ni aku balik rumah member aku, Sally. Masa sekolah kat SS dulu, kita org memang kamceng, BFF gitu.. hehe. Pastu kebetulan masa balik rumah Sally kat Bukit Sawa, abang Sally giat melastik cicak. Dalam geli tu, aku sempat lagi ambik 2 ekor cicak masukkan dalam kotak. The next day tu birthday kawan aku, Noor. Maka aku kutip cicak and taik kambing, masukkan dalam kotak, bungkus elok2. Birthday Noor jatuh on 1st of April. Ni kira birthday gift menyakat la ni. The next day bila balik asrama, dengan bangganya aku bagi hadiah tu kat Noor. Bila dia bukak, terus muntah... hehehe.. everytime teringat, sure rasa nak gelak bila ingat expression muka Noor masa tu. Itu la cerita aku dan cicak.



Of all the superheroes, ni la superhero yang paling buruk pernah aku tengok. It's so menggelikan!

Monday, June 15, 2009

Kuih Sekaya

Kuih ni memang kaya, kaya dengan telur. Oleh kerana today is 1st day sekolah, aku rasa mcm extra letih. Pagi2 dah bangun kejut budak2 pegi KAFA, pastu aku sambung tido sebab terlalu mengantuk. Then ambik dia orang from KAFA, lunch, siap2, gi sekolah kebangsaan. Now that I'm a homemaker, maka aku terpaksa la ambik dia org petang nanti. Baru nak biasakan balik dengan routine ni... letihnya.. aku akan menulis panjang lebar mlm nanti, hopefully aku tak tido awal.

Sekaya



Bahan2
24 biji telur (grade A)
1 litre air
beberapa helai daun pandan
4-6 keping nisan (depends, kalau suka manis, add more), approximately dalam 300-400gm

Cara2
1. boil air, add daun pandan dan nisan, bila nisan dah cair, sejukkan
2. pukul telur sampai kembang, add air manisan tadi, then pukul lagi sampai kembang.
3. panaskan kukusan, kukus kuih sampai masak.


Setengah orang buat, kuih ni kaler gelap. Actually it depends on nisan yg digunakan. Aku guna nisan yg 100% nira, so kaler tak gelap sgt. Kalau guna nisan siam/thailand, kuih ni akan kaler gelap.

ps : rodd, utk engkau, aku guna nisan tepi KL international school ni. Engkau nak yg kaler mcm mana? hitam? putih? kelabu? hehe

Sunday, June 14, 2009

Mutton Rice

Cerita pacat akan disambung nanti, ada byk lagi episode. Today just nak share a recipe that i concocted few days ago. Mula2 nak masak briyani kambing, pastu tgk rempah briyani takde, maka aku campak je la apa2 yg ada kat dapur. It turned out to be so yummy!!



bahan2
1kg cubed mutton
4 cups basmathi - basuh, tos
3 bwg besar - mayang
5-8 biji bwg putih
2-3 tbs rempah kari
2 tbs rempah sup
2 biji tomato - diced
1 carrot - grated
2 tbs tomato puree
2 1/2 tbs salt
5 cups water
1/2 cup of fresh milk
2 tbs ghee

cara2
1. masukkan lamb & ghee dalam periuk non stick, then masak til keluar minyak or 3/4 cooked. then masukkan bwg, rempah, a bit of air, biar kan merenih for abt 10-15 mins.
2. then masukkan tomato diced, tomato puree, carrot, salt, water. bila dah mendidih, masukkan susu dan beras.
3. masukkan dalam rice cooker. simple but delicious! :D

Friday, June 12, 2009

Pacat Oh Pacat - episode 2

Insiden 1

Ni terjadi last week, diwaktu malam. Kisah ni terjadi sebelum aku kena cirit akibat minum air tuak yg banyak. Actually the nite before Tuak incidence. Masa ni dah minum air tuak, but belum kena cirit lagi. Mak aku suruh aku buat puding buih. Sebenarnya aku teramat la malas nak masak. But since aku ada helper ie adik aku, Ayu, maka aku gagahkan jugak untuk buat puding buih tu. Oleh kerana aku masak menggunakan 16 biji telur, maka aku memerlukan periuk yang besar untuk buat custardnya. So terpaksa la aku ambik periuk kat belakang rumah. Jeng Jeng Jeng.. (sambung di peranggan ke 3)

The truth is, aku dah dengar rumours about pacat invasion kat rumput belakang rumah mak aku. Ni semua akibat Abe (adik aku no. 6) yang pelihara lembu few ekor. According to mak aku, kalau pelihara lembu, pacat sure byk. Before this, takde la byk sangat pun pacat kat belakang tu. Sepanjang beberapa tahun aku balik kampung, kutip durian, main2 kat belakang dgn anak2, takde jumpa pacat lagi. But this year, segalanya berubah.

Aku bukak pintu belakang, ambik periuk kat rak belakang rumah tu. Rumah mak aku a typical rumah kampung whereby periuk2 besar akan diletak di rak belakang rumah, kat dalam rumah cuma periuk kecik2 utk masak setakat 5-6 org makan je. Aku gumbira (baca mcm dalam citer P.Ramlee) sebab aku tak payah nak turun ke tanah, belakang rumah aku bersimen. Maka aku amat pasti yang pacat takan naik. Setelah dicampak segala bahan2 utk buat kuah custard tu, dok tengah mengacau, tiba2 rasa gatal and pedih kat tangan aku. Takan nyamuk kot sebab kalau nyamuk isap, cuma rasa gatal je.

Bila aku telek tangan aku yg gebu (gemuk sebenarnya, tapi nak sedapkan hati aku, aku refer as gebu), nampak la benda kecik, gemuk (sebab dah isap darah aku byk sgt) melekat kat tangan aku. Apa lagi, aku menjerit sekuat hati. Iman yg berdiri kat sebelah aku, yang tak tau what's going on pun menjerit jugak, and adik aku Ayu pun menjerit jugak. Lepas habis episode satu dapur menjerit, baru la Ayu tanya aku, "Kenapa K.Dah?". Aku sambil menjerit "Geli! Geli! Geli", tunjuk kat pacat gemuk tu. Ayu ambik kayu, then terus bakar pacat tu. Dia sebenarnya tak takut pacat, but dia menjerit sebab aku menjerit.. begitu lah kisah aku dgn pacat.. sambung lagi di episode seterusnya...

credit to the owner of the photo



Pacat : Up, Close & Personal.

Oh! tak ku sangka, rupanya kepala yg kusangka botak, ada mcm small nodes. Euuuwww.. sungguh menggelikan.

An Afternoon @ Oldtown Kopitiam

Aku dah bosan minum kat sini, too expensive, roti bakar yg memuakkan. But since the kids suka sgt, I have no choice but to obliged when they requested for Roti Bakar & Honey Lemon Tea.





My very own Moo ~ Iffah :)



BFF :D





Abah, Kakak & Adik

Thursday, June 11, 2009

Makan Gulai

Balik kampung last week, parents aku asyik keluar je. Reason being, kena gi kenduri kawin. Rasanya dalam sehari, dia org dapat at least 2 invitation. Kalau tak pergi, orang akan berasa hati. So nak taknak, terpaksa la jugak dia org pegi. Aku definitely tak ikut. Aku ada alasan yang sangat kukuh, kan aku kena diarrhea teruk last week. hehe.. in a way, it was a blessing.

Oleh kerana kenduri kawin byk sgt, maka dapur mak aku pun tak berasap mana. Sapa nak makan kalau masak. Masa kenduri kawin adik aku, Izani on the 4th June baru ni pun, gulai byk tak habis. Kira record la for parents aku (Izani's kenduri adalah kenduri yg ke 8 for my parents) sebab selalunya kalau buat kenduri kawin, gulai, lauk pauk sure licin. Aku rasa orang dah tak lalu nak makan gulai, byk invitation. Masa kenduri baru ni, parents aku sembelih kerbau. Err.. aku was never a fan of daging kerbau and I dont think I will ever be sebab bau yg hamis. According to mak aku, kalau kat kampung, orang lagi suka daging kerbau than daging lembu.. Erm.. I wonder why.

Leftover gulai from kenduri adik aku tu ada seperiuk besar. Aku pack dalam plastic kecik2, sumbat dalam freezer. Unfortunately, masa balik KL baru ni, I forgot to take some. Argh!! dah jenuh pulak aku nak kena pikir menu untuk masak. Kalau ada gulai kawah tu, at least 2-3 hari sekali, aku boleh keluarkan 1 bekas utk dipanaskan and makan dgn roti.

Kelmarin, oleh kerana terlalu letih sebab baru je balik from Terengganu, aku tak masak apa2, just buat bubur ayam sebab Hubby and kids tak sihat. Malam tu, Hubby kelaparan, mintak aku masak something. Oleh kerana aku still takde mood nak masak, aku gi Jusco AU2, beli roasted chicken 2 ekor (2 ekor for a family of 4?? memang melampau.. hehe), pastu beli roasted potato, sushi, taco balls and roti. Banyak tak? hehe.. I know.. I know.. definitely melampau. Hubby managed to gobbled down 3/4 ekor ayam, lebih tu aku masuk freezer.

Pastu semalam aku dok crack my brain, thinking what to cook (ni cycle yang tak pernah habis). Actually, dah lama jugak aku take a break from cooking. It started when budak2 ni masuk hospital about 3 weeks ago. Pastu bila dah lama tak masak, susah nye nak start balik enjin masak. Since aku still ada leftover chicken dalam freezer, maka aku buat nasik ayam. It was yummy!

Nasi Ayam



Photofunia craze.. hehe



Aku.. Peh! nampak mcm wanita jelita je.. muahahaha.. perasan la pulak


Wednesday, June 10, 2009

Kolam Air Panas La

Guess what? I'm at cybercafe now! Grrr... balik KL modem buat hal. Semalam boleh ler jugak guna Hubby's Celcom Broadband but since today pagi2 lagi dia dah busy dengan his OGA, maka aku terpaksa la menapak ke cybercafe. Niatnya sebab nak update blog, sambil2 tu sempat ler aku main Mafia War seround dua.. hehe

Last week masa kat kampung, aku berkesempatan pergi ke Kolam Air Panas La. Kolam air panas ni is about 30 minutes drive from rumah mak aku. Last aku pegi situ was few years back, rasanya masa baru2 kawin dulu. Masa tu dia org tak upgrade lagi the place, no basic amenities. But masa aku pegi weekend baru ni, terkejut kejap sebab dah ada chalet, tempat makan, wakaf, pastu ada tempat khas utk berendam lelaki and perempuan.

The first nite we all pegi (kita org pegi 2 mlm berturut2), we arrived there pukul 12 tgh mlm. Siang was too hot, so takleh pegi berendam air panas kat situ. Masa sampai tu, ramai jugak orang. Maybe sebab dia org pasang flood light, so takde la menggerunkan sangat kalau pegi malam2 pun. Dulu adik aku pernah jumpa anak beruang tengah jalan. Now rasanya dah takde sebab jalan nak masuk ke dalam pun dia org dah tar compared dgn dulu yg just tanah merah.

Mula2 masukkan kaki dalam air panas tu, punya la tak tahan. Panas yang amat. Rasa kembang kaki aku yg montel ni. The 1st nite, aku cuma managed to rendam kaki and 1/2 badan je sebab tak tahan panas. But on the 2nd nite, aku mandi, siap menyelam lagi. Mata rasa pedih sikit sebab the sulphur content dalam air tu quite high. According to adik aku, kolam air panas tu one of the hottest hotspring in Msia. Masa we all pegi on the 2nd day tu, hujan lebat. Tu yang boleh menyelam. Rasanya kalau tak hujan, memang kim salam ler, takan boleh menyelam sebab panas.

I took few photos but since gambar2 semua ada dalam pendrive adik aku, Mas. So takleh upload lagi sekarang.

Ni gambar Kueyteow Daging yang aku goreng pagi tadi for Iffah. She loves kueyteow! :D

KueyTeow Daging


Beli Atok!

Few days ago, dalam kete, on the way to Kuala Terengganu from Jabi......

Iffah : Abah, boleh tak nanti kita beli Atok?
Abah n Mama : Atok???
Iffah : Ha-ah, Atok.
Abah : Atok sapa??
Iffah : Atok la, yang Ciksu makan semalam tu.
Mama : Eh! bila masa pulak Ciksu makan Atok??
Iffah : Ada, yang dia beli masa dia keluar dengan kawan dia. Kena gigit kuat guna gigi ni (sambil tunjuk gigi dia)
Mama : Laa.... Etok ke??? yang macam lala but smaller version and masin tu?
Iffah : Haaa.. tu la!

.....................................

Tuesday, June 9, 2009

Home sweet home..

After few days kat kampung, akhirnya aku balik ke KL jugak. Tak sangka I would miss KL this much! PEh! memang rindu giler!! Aku rindu katil aku, bantal busuk aku, bilik aku yang sejuk, my kitchen dan lain2.

On the way balik KL, Hubby cakap kat aku, perangkap tikus yg Makcik Ton pasang tu ada tikus. Rumah ni rumah lama, more than 30 years, so mcm2 serangga dan binatang ada dalam rumah ni. Bila Hubby cakap mcm tu, aku dah terbayang tikus yang mati kering dalam perangkap tu sebab we were not home for more than 1 week. Huhuhu.. sedihnya.. rupanya apa yang aku bayangkan tu, ternyata benar. Ada tikus kering dalam perangkap tu!! Argh!! aku being aku, penggeli yang amat sangat, tak masuk dapur pun semlm. Alhamdulillah bangun pagi tadi, dapur and rumah dah bersih. Kesian Makcik Ton sebab dia kena bersihkan sorang.

Ni yang susah kalau jadi penggeli ni. Dulu masa 1st year, baru belajar nak siang ikan, siap muntah2 tepi sink. Nak taknak, kena buat jugak sebab everyone ada turn masak. Potong ayam pun mcm tu, siap muntah2. Yang paling ngeri, bila ada housemate yang lepas masak, tak reti nak bersihkan balik periuk. Bila periuk dah basi, aku nak bersihkan pun tak lalu, mesti muntah few round punya.

Tiba2 teringat ada one day tu, nak makan telur. Oleh kerana JPA cuma bagi AUS440 a month, maka makanan ruji utk student yg kopak seperti aku was telur. Telur masak merah, telur kicap, tumis telur, kari telur, telur bistik, name it! segala macam recipe telur. Ada one day ni, nak buat telur mata (every morning, breakfast telur mata dgn roti, miskin sgt), so aku pecahkan sebijik telur masuk kuali. Tiba2 ternampak gumpalan darah dalam kuali tu. Telur aku telur berdarah!! Argh!! terus muntah kat situ. Lepas tu 2 tahun tak makan telur, sebab geli.

Even sekarang, kalau nak pecahkan telur, aku akan suruh Iman or Iffah tolong pecahkan. Paling seksa kalau nak buat kuih sekaya telur. Sekali masak, kena guna 30 bijik telur, jenuh la anak2 dara aku tolong pecahkan telur. hehehe.. takpe, byk pahala anak2 Mama.

Ni gambar Shariff. He's so in love with Aunty Shidah dia. Sayang dan cinta yang amat pada aku.. hehe. Mak dia pun jeles :D




Sunday, June 7, 2009

Lamanya berabuk..

Wah! almost a week aku tak berblogging. Nak wat camne, dah duduk kat ulu, takde internet connection, cybercafe yang bukak odd hours, closed on friday, buatkan aku pening kepala. I wanted to use handphone to blog, but mcm susah pulak nak login, boleh masuk facebook je.

On thursday, aku had a severe case of diarrhea. It all started with air tuak. Aku was excited bila Abah said he's going to buy air tuak. The last time aku minum air tuak was masa aku form 2. It doesnt agree with me at all, aku mabuk and pening lepas minum air tuak. Dunno why, bukannya aku minum air tuak yang diperam pun. Anyway, on wednesday Abah beli 5 litre of air tuak. Apa lagi, aku pun balun 2 gelas, it was heaven, manis, tak masam langsung. Makcik yang jual ni very particular about air tuak yang dia jual, ye la, takut jatuh haram pulak kalau air tuak tu fermented kan.

Selepas minum 2 gelas air tuak, perut aku start enjin motor bot. I thought it was just a severe case of angin. Then thursday, aku start muntah2 and diarrhea. Actually it was a blessing sebab kan thursday tu kenduri kawin adik aku Izani. Since I was very ill, aku takyah tolong.. muahahaha. But unfortunately, aku sakit sampai hari ni. Eh! dah 4 days. Peh! sure byk lemak aku yang telah dibuang.


Monday, June 1, 2009

While Mama was sleeping...

The kids were having fun with nenek kat sungai belakang rumah..



Nenek menyapu daun2 durian yang gugur..



Kids atas pick-up pakcik with nenek and nekton in the picture



kids and nekton



*Darn! How come I'm alone here, strapped to the carseat??* - Shariff, the Sumo baby



Our very own Tigger in the house - Kashfi