Friday, April 30, 2010

Lupa!!

Macam mana boleh lupa that today hari Jumaat?? Ishk!! terlalu asyik ber wii, sampai lupa hari. Sudahnya, aku terlupa nak ambik Iman kat sekolah. Marah betul makcik tu. Ala.. bukan lambat sangat pun, cuma 20 minit je lambat. Err.. 20 minutes tu tersangat la lambatnya bagi dia yang ada mama yang always on time. Itu pun aku teringat nak ambik Iman sebab makcik ton yang ingatkan. Aku suruh Iffah siap2 nak pegi sekolah. Normally, dia akan siap dalam pukul 12.15pm, so that, aku hantar dia ke sekolah, then ambik Iman yang balik pukul 1pm. Tiba2 makcik ton cakap, "Hari ni kan hari jemaat (the way makcik ton pronounced it), pegi sekolah lambat". Aku tepuk dahi sambil jerit "Alamak!!! Imaaan!!!"

Apa lagi, terkecoh2 ler aku siap and start kete. On the way ke sekolah Iman, jem pulak depan sekolah menengah melawati tu. Ades! lambat lagi la aku sampai. Makcik tu muka dah merah padam, dengan masamnya dia cakap, "Kakak nak naik bas la mama! kalau naik bas, tak lambat macam ni". Hot betul aku.. But aku cuba bawak bertenang, then aku cakap kat dia sorry. It was my fault, I should have mind my date and time. Tapi all this while, aku duduk depan pagar sekolah, datang awal 10-15 minutes, tunggu dia, aku tak marah pun. Then she apologized, realised her mistake. *sigh*.. susah betul deal dengan anak yang emosi macam tu. Ye la, dah nak masuk teenager, hormone tengah macam ribut dalam badan. Aku harap Allah akan bagi aku kekuatan untuk sentiasa bersabar :)

Kerabu Jantung Pisang (ni menu semlm)

Lupa! My "Cat" is home!! hehe.. 

 photo courtesy of Reader's Digest.

Thursday, April 29, 2010

Meehoon Siam & Cicak

Yay!! Masak meehoon lagi! Happy betul aku kalau boleh makan noodle hari2 macam sekarang ni. Tak makan nasik 2-3 minggu pun takpe, aku tak kisah. Menu lunch today, meehoon goreng siam. Actually last nite aku dipaksa tido rumah my parents. Hubby suruh pegi tido rumah my mum, which is about 5 minutes away from my house sebab dia risau. Ye la, sekarang ni kan byk kejadian yg tidak diingini, so he's a bit worried bila dia takde, kita orang pompuan2 je duduk rumah. Maka, dengan berat hati, aku pegi rumah mok. Dah la badan aku semua sakit2 akibat main wii fit. Adoi! Tension betul!!

Pagi tadi kat rumah mok, aku masak nasik goreng kampung. My nasik goreng kampung is just nasik goreng + ikan goreng yang dah ditumbuk + cili masak tumbuk + bawang putih, and telur. This is the version of nasik goreng kampung kat rumah aku. Masa kecik2 dulu, mok selalu masak nasik goreng kampung mcm ni. Even dah besar ni pun. Kadang2 kat kampung, kalau semua dah malas nak keluar pegi beli breakfast, mok will cook this nasik goreng. I love nasik goreng mok.. sedap!!

Petang tadi, aku cleaned up pc table aku. Ada leftover coffee dalam mug. Makcik ton made that for me yesterday. Last nite masa pegi rumah mok, aku lupa nak basuh the mug. Aku pun bawak mug to pegi sink, masa tu makcik ton tengah basuh pinggan. While carrying the mug, aku nampak ada mcm benda kuning tenggelam timbul dalam mug tu. I thought it was coffee bag yg makcik ton guna. Dah masuk kat dapur tu, aku terus tinggal the mug kat tepi sink.

Then suddenly makcik ton panggil aku. Ingatkan apa la, rupanya ada cicak mati lemas dalam mug tu. Ewwwwwwwwwwww.................... Geli geleman aku dibuatnya. Nasib baik aku tak pengsan!!! Aku tak tengok pun bangkai cicak tu sebab teramat geli. Terduduk kejap.. Phew!! alhamdulillah aku ni jenis yang takan minum air yg terdedah overnight. Just imagine, mcm mana la agaknya kalau aku terminum air kopi tu. ARGHHHHH!!!!!!!!!!!! memang takleh dibayang oleh kepala!Aku ni pulak jenis yang phobia giler dengan cicak. Kalau nampak cicak, menjerit kalah soprano.

Err.. ni nak tayang meehoon siam aku buat tadi. Tapi kan, rasa mcm ngeri pulak.. Baru lepas cakap pasal cicak, terus tunjuk makanan.. Abaikan je la paragraph kat atas tu ye :)

Meehoon Siam

Hari Malas

Another hari malas sedunia. Hubby takde, pegi Kuantan, maka, seperti biasa, menu adalah menu yang paling sempoi. Kalau ikutkan hati, nak je makan roti dengan telur je. Tapi kesian pulak kat Iman and Iffah.


Crab stick yang digoreng. Ranggup dan sedap sangat-sangat.. Waaa.. lamanya tak guna perkataan sedap sangat2 tu. (Nora, tolong jangan muntah).. hehe

Tuesday, April 27, 2010

Mee Kicap

Tiba-tiba teringat mee goreng yang dijual oleh sorang makcik tua masa zaman aku sekolah dulu. Everyday lepas je habis prep, pukul 10.30am (aku sekolah petang), budak2 aspuri (asrama puteri) akan berlari, berebut2 ke tepi pagar where this makcik tua menjual. Dia bawak bakul rotan (no no.. dalam bakul tu takde poisoned red apples macam cerita Snow White). Dalam bakul makcik tua ni, ada macam2 jenis nasik, mee, meehoon, laksam, kuih muih, murah pulak tu! Aku ingat masa tu, sebungkus nasik lemak/nasik dagang, baru dalam RM0.30. Kuih rasanya RM0.10 sebijik. Memang murah giler. But then masa zaman aku sekolah dulu, kepok lekor yang dijual RM1.00 sekarang, baru RM0.20 sebatang. Murahnya barang zaman dulu2. Aku ni bercakap macam la umur dah masuk 50.. hehe

Balik pada mee goreng tu, selama 2 hari berturut2, aku masak mee kicap. Mee kicap/Mee Talam ni selalunya terdapat kat pasar malam, pasar tani, pasar pagi kat Jerteh and other parts of negeri Terengganu. Kalau kat Jerteh, memang kaler hitam la. Selalunya dia orang letak chunky chicken pieces, pastu memang takde apa2 sayur. Rasa sungguh sedap!! Since aku ada 5 bungkus mee kuning, maka aku terpaksa la masak sebelum mee tu expire.


Mee Kicap

Mee Kicap (my version)

bahan2
7-8 ulas bwg putih - tumbuk lumat
kobis
1/2kg of chicken pieces (campur semua, tulang and isi)
1 tbs kicap pekat
3-4 tbs kicap manis
1 cup of water
2 tbs tomato sauce
salt, sugar

cara2
1. tumis bwg putih sampai garing, pastu add chicken pieces.
2. masukkan air, garam, gula, kicap and tomato sauce
3. bila ayam dah 3/4 cooked, masukkan mee and sayur

note : mee ni basah, kena makan masa panas. kalau dah sejuk, tak sedap sebab dah kembang

Monday, April 26, 2010

Happy 10th Birthday Kakak!

Dearest Kakak,

Mama nak wish you a Happy Birthday. I love you so much. Anak mama dah besar sekarang. Terasa baru je semalam mama hold kakak in my arms and put you to sleep. You were so tiny, so fragile, sampai nak mandikan pun, mama takut. Lepas kakak umur 1 month, baru kakak kenal air sebab sebelum tu mama tak mandikan kakak. Dr Haliza pun advised against mandi, takut your body heat hilang... Now you're already 10, going into you pre-teen, and soon, you'll be entering adulthood. Huwaa..... cepat betul masa berlalu. Abah adores you, love you so much too. Stay sweet sayang, semoga kakak menjadi anak yang solehah. Amin.

Love you always,

Mama

The Birthday Girl! :)

Thursday, April 22, 2010

Jusco Wangsa Maju Member's Day - The Real One

Haaa... this time, the real sale. No more mistaken date/day. Beria2 pagi ni nak pegi sale tu, sampai sanggup tak hantar Iffah KAFA. Iman pun tak pegi sekolah. Err.. I didnt purposely NOT send her to school ye. She was having a severe stomach cramp, maybe due to wind ke apa ke, tapi sakit perut sampai kena diarrhea. Kesian anak mama sakit perut. Tapi dalam sakit perut sempat lagi main wii fit dengan Iffah and Abbas. Mula-mula, plan nak pegi Jusco pukul 9.30am, kononnya taknak bersesak2 dengan orang lain. Tapi 12.30noon baru sampai Jusco, lepas hantar Iffah and Abbas to school.

Sampai je Jusco, aku rasa macam nak pengsan tengok lautan kereta yang parking kat luar Jusco Wangsa Maju tu. Banyaknya kereta!!! Abah cakap awal2, kalau takde parking, dia nak balik sebab dia tak kuasa kalau nak kena parking kete jauh, letih dia nak berjalan kaki. Alhamdulillah, ada parking, but kat 4th floor, open parking. Bila turun elevator, terkejut aku tengok manusia macam semut. Ramainya!! Kepala aku dah start pening. Aku tanya mok, what she wants to buy. Since dia takde plan nak beli kain baju, so we went to supermarket section. Erm.. aku rasa murah kot sebab aku tgk ramai tokey2 kedai runcit borong barang sampai 5-6 trolley. Ada yang borong coffemate, nescafe 3 in 1, ribena 1 litre, susu dugro, shieldtox, maggi, and sunquick.

Selalunye, what I do is, aku akan tengok apa yg tokey2 ni borong, then I'll go and check the price for those items. Memang murah la. Coffemate was selling at RM4.50, normal price RM6.50. Pastu susu Dugro pulak RM18.50, normal price RM22.90. Barang2 yang lain aku tak check sebab malas nak cari. Some items takde kat shelf pun, dah habis. Wan kirim belikan Dugro. When I went to the aisle yang jual susu, tengok takde Dugro kat shelf. Pastu kebetulan ada promoter kat situ, dia tolong ambikkan susu kat dalam store. Agaknya dia simpan susu, tak letak kat luar, so that tokey2 yang borong tu tak borong semua. Ye la, kesian kat orang lain, tak dapat nak beli.

Balik dari Jusco, aku sakit kepala giler. Rasanya dah tak sanggup nak pegi Jusco sale ni. Aku somehow prefer Jusco AU2, more organised, pastu tak sempit. Next sale is going to be on 7th May kat Jusco AU2. Every first Friday of the month, Jusco AU2 ada Jusco Fiesta. Yeah! I'm definitely going! hehehe...

Oleh kerana hari ni aku pegi Jusco, I only cooked Nasi Goreng Sotong for lunch. Aku tak ambik gambar sebab M.A.L.A.S.. hehe.. sorry ye.


Dadih Mango for the kids' lunch boxes.

  
I'm missing my other half, my Resident Evil combat partner... huwaaaaa. He sent me sms today "I miss the girls, I miss shooting zombies with you". Duh! He misses me only in Resident Evil.. =.=

Wednesday, April 21, 2010

Jusco Wangsa Maju Member's Day

I went to Jusco today with mok and abah. Beria2 ni nak pegi sale kat Jusco tu, sampai sanggup pegi ambik Iffah awal from KAFA. Instead of pukul 10.45am macam biasa, I went there pukul 10.00am. Ustaz siap tanya lagi, "Ada kokurikulum ke puan?". And I replied, with a sheepish smile, "Tak, saya ada kerja, tak boleh datang pukul 10.45am". Rasa bersalah ni tak cakap kat ustaz yang aku busy sebab nak pegi sale.

Lepas dah ambik Iffah from KAFA, aku pun terus pegi Jusco. Sampai kat entrace Jusco, aku cam pelik, pesal takde orang, takde kete parking haphazardly kat luar, pastu takde manusia sorang pun berlegar2 kat luar tu macam sale2 sebelum ni. Aku siap cakap kat abah, mungkin orang tak pegi sale ni sebab takde duit kot, kan belum gaji lagi (aku la tu, yang tak berduitnya.. hehehe). Pastu bila masuk parking, lagi aku pelik, kenapa takde kete??!!! Pelik giler!!! Rupanya.... aku tersilap haribulan daaaaa.... Adus!! Patutnya sale esok, yang aku kepoh2 nak pegi hari ni pesal?? Aku ingatkan today dah hari khamis.. Kesian parents aku, ikut aku for nothing. Nasib baik aku fully utilised it by buying game Harvest Moon for wii.. hehehe. Oh ya! The guy yang jual game tu cakap, "Akak, beli sorok2 ye. Hari ni ada angin cakap, mau ada rush.".... Angin mana la busy body tu. Terbantut terus hajat nak beli game yang lain.

What did I cook today? Mula2 nak buat roti naik seperti yang dah dijanjikan pada Ain. Tapi aku terlupa nak beli air kelapa. Yes, the recipe calls for 1/2 cup of air kelapa, and kena tunggu 10 jam untuk biarkan dough tu naik! Fuh!! lama giler.. I think I'll have to buat roti naik tu esok or lusa. Now, since hubby takde rumah, hari ni aku istiharkan (suka hati aku je buat pengumuman), hari mee/pasta sedunia. Pagi tadi bfast dgn pasta, lunch with pasta and dinner with Mi Sedap yang sangat sedap!!

Pasta (mix of fettucini & macaroni) with Chicken Balls & Chili Flakes

Dinner! best giler!! :D

Tuesday, April 20, 2010

Alahai Cik Yeast.. ..

Semalam beria2 aku nak buat roti. As usual, bila buat roti, aku tak buat proofing sebab malas. Aku main assume je yg dry yeast yang aku guna tu still ok. But unfortunately, semalam, I was wrong. Letih aku menunggu dough naik, tak naik2 jugak. Last2 aku buang dough dalam tong sampah. Sedih sungguh. Ni la first time aku buat roti tak menjadi. Selalu menjadi, biar la keras pun, but at least jadi. Dah la semalam cuaca mendung. Maybe sebab tu jugak kot dough aku tak mau naik.

Bila tengok entry2 aku kebelakangan ni, rupanya aku dah lama tak up gambar lauk pauk. Today aku nak up gambar la. Actually aku macam malas nak mengupdate blog sebab jari2 gemukku sakit dan sengal oleh kerana main wii banyak sangat. Tadi before hubby went to Johore, aku layan dia main Resident Evil. Hehehe.. it's kind of funny bila dua orang teramat muda (hahahha.. perasan tahap gaban ni) main game tembak2. Jari2 aku jadi sakit sebab banyak sangat tembak zombie. Kalau suruh aku main sorang2 game tu, memang takan main la, too scary for me.

Sweet & Sour Prawns

Another recipe campak2. *sigh*... 

Aku dah lama masak this dish. Udang tu pun aku guna the prawns yang beli masa pegi KK. Remember, aku beli byk udang. Haa... jawabnya, makan udang ler sokmo. Ni tengah tunggu adik aku Abe, to come to KL. Now musim candat sotong kat Terengganu. Sotong yang besar, about RM8-9 perkg. Peh!! heaven!

Monday, April 19, 2010

Fever & Kawasaki

Since Saturday, Akhbar (my nephew, anak adik aku, Harun) has been admitted to Ampang Puteri sebab high fever. Tapi aku kan busy weekend baru ni, so tak nyempat2 nak gi visit. Tadi aku pegi visit Akhbar kat hospital with mok. Kesiannya aku tengok Akhbar, dah la kecik, bila sakit, nampak so frail. Akhbar is going to be 2 in July. He has been having high fever since hari Khamis lepas. So kalau campur hari ni, dah masuk hari ke-6. Bila tengok Akhbar, teringat mat salleh yg duduk ber sunbathing sebab badan akhbar merah2, mata kena conjunctivitis, mulut bengkak and kaler mcm strawberry, badan bengkak2, especially kat joints. Akhbar was diagnosed with Kawasaki earlier this year. This time, it's his 2nd attack.

Kids with Kawasaki disease, if left untreated, boleh lead to heart problem. So today, dia kena masuk gamma globulin (if I'm not mistaken) thru IV. Merengek la si kecik tu sebab seharian tak boleh nak off his drip. Since morning, sampai la masa aku pegi tu, dia asyik cakap sakit je, dah la masa aku sampai tu he was having high fever at 40 degree celcius. Ida (my SIL) cakap, kena tunggu sampai pukul 11pm baru boleh off the drip kejap sebab kena masuk 8 botol ubat. Fuh! banyak betul ubat yang dia kena guna. Tak tau ler brapa pulak hospital bil this time. Last time masa dia masuk, it was more than 10k. The medication to treat Kawasaki tu very expensive. Sian Akhbar. Alhamdulillah company Harun ada medical coverage.

Today somehow, matahari macam malu nak keluar. It has been hiding the whole day. Aku buat roti, sampai sudah tak naik2. Last2 aku masuk dalam tong sampah. Tapi oleh kerana semangan yang kental, aku buat lagi sekali. Now it's raining cats and dogs! Nampak gaya, berjumpa tong sampah lagi la dough aku tu.. huwaaa... Aku sangat2 teringin nak makan roti sendiri. Dah lama rasa aku tak baking.

 
Akhbar & daddy

info on Kawasaki disease : http://www.medicinenet.com/kawasaki_disease/article.htm

Sunday, April 18, 2010

Sambungan Hari Sabtu

Kelmarin Mas called, cakap abah demam lepas jatuh katil. Bila dengar abah demam, rasa berdebar jugak. Ye la, abah jarang sakit. Bila tiba2 dia sakit, rasa susah hati. Aku called abah, tanya apa abah nak makan, and abah wanted to eat steambot for lunch. Kebetulan pulak aku memang busy semlm sebab kawan2 masa sekolah kat Terengganu dulu came over for lunch. Rasa bersalah pulak tak dapat nak memenuhi hasrat abah. I told Mas, kalau petang sikit boleh la aku masakkan. Sudahnya, tak jadi buat steambot, aku kena masak nasik kebuli for mok sebab ada guests nak datang rumah mok. Abah slept the whole day. Mungkin terlalu penat agaknya.

Semalam, aku went on cooking marathon. Bangun pagi, aku siap2 segala yang perlu for meehoon soup, pastu at 10.30am, Nora sampai rumah. Pastu mok datang hantar 4 ekor ayam untuk dimasak for Nasi Kebuli. Aku suruh makcikton basuhkan ayam2 tu, pastu perap dengan garam and kunyit, letak dalam freezer. Masa tu aku tengah siapkan inti for karipap ikan. Lepas Nora balik, Sally, Cikitass pulak sampai. Then tak lama lepas tu, Potek and Niza arrived along with Q & Q (their children :) ). Then Syamsul joined us. Sambil melayan tetamu, aku sempat lagi canai dough karipap. Cikitas tolong kelim karipap and goreng karipap2 tu.

Lepas dah makan, kita orang semua lepak tengok cerita It's Complicated. Best giler layan cite tu. We (aku, Niza, Cikitas and Sally) melangut depan tv while the boys (hubby, Potek and Syamsul) dok berborak. I love the show coz it's hillarious. Aku gelak takleh berenti.




Lepas guests semua dah balik, aku terus memulakan projek membuat nasik kebuli. Argh! letih giler. By the time siap masak, at about 7pm (aku sempat lagi pegi jusco beli wii pukul 6pm), I was dead tired. But memandangkan mok tengah menunggu nasik aku untuk sampai coz her guests will be arriving after maghrib, maka terpaksa la jugak aku hantar nasik tu. Alhamdulillah by the time aku antar nasik, abah dah boleh bangun, and dah tak demam. Sian abah.. masa time sakit ni, abah a bit sensitive. Maka anak2 tak boleh tak visit dia. :)


This is exactly how I felt on Saturday tu..

Saturday, April 17, 2010

Birthday gift

Iman is going to be 10 soon. Kejap je rasa dia dah besar, how time flies. She was quite big as a premie, weighing at 2.3kg at 33 weeks. I believe, ada hikmah disebalik nya when Iman decided to greet us at 33 weeks. Kalau she decided to stay on til 40th week, she might weigh over 4kg, pengsan la mama nak bersalin nanti. Giving birth to Iman was easy peasy. The labour was less than 20 mins. The pain before labour started was less than 2 hours, alhamdulillah.

When Dr Amir Farid put her in my arms, I couldnt believe that I gave birth to such a beautiful baby. But I didnt get to hold her for long coz she was having difficulty to breath. Since aku gave birth to her kat Kohilal, Melawati yang takde facilities mcm hospital, maka Iman was transferred to Ampang Puteri. She stayed there for more than 2 weeks. She looked very frail and fragile, breathing from the ventilation machine, with wires attached to her body. Hubby became the milk delivery man. Every 2-3 hours, he will deliver the expressed milk to the hospital until one day, one of the nurses told him not to deliver any more milk coz Iman had enough expressed milk supply to last for a month. hehe.. banyak giler susu yg dihantar. Memang dedicated la milkman tu.. hahahah.. You can read it here too.

Anyway, since her birthday is coming up in less than 10 days, maka mama dan abahnya dah pening2 kepala, cracking our brain, apa la nak bagi kat dia. Abah decided to buy Wii... Weeeeeeeeeee... duit pun terbang!! Argh!
Ok, ni gambar from pakcik amazon.com sebab mama malas nak keluarkan camera utk ambik gambar the new wii that Abah bought tadi.
Ni pulak abah beli specially untuk mama kuruskan badan

Friday, April 16, 2010

World Book Day

In celebration of World Book Day, MPH & Popular are having discounts and promotions on selected books (tak sure about other bookstores sebab aku baru pegi MPH and Popular je). I went to Popular and bought few books for me, termasuk la Eclipse which is for Nora, ganti her book yang dah lunyai dibaca Iman. Kat Popular, they have selected titles, which kalau beli satu, the 2nd book will be at 50% discount. Kat MPH pulak, items with tag MH014, will get 20% off kalau buy 2 or more. The next few days, I'll immerse myself in books... hehehe

Photos courtesy of Amazon.com






Thursday, April 15, 2010

Merajuk

Yesterday, Wan (my cousin) called nak ajak keluar. Kebetulan dia tak pegi keje sebab dia takde mood. Masa Wan called tu, dah petang, hubby cakap dia dah lapar. I thought dia lapar, boleh la makan roti ke apa dulu as alas perut. Then pukul 7.30pm (I was about to leave the kopitiam), dia sms cakap he's so hungry, dah gastric. I told him, dah on the way balik.

Alih-alih sampai rumah, dah merajuk. Aduhai! susah betul layan orang tua merajuk ni. Terpaksa la masak dalam masa 20 minit. Alhamdulillah semua sempat siap. Rasa geram jugak kat hubby, macam la tak boleh makan something else dulu untuk alas perut. Nak jugak tunggu orang masak. I cooked Sambal Tumis Udang, Soft Tofu with Minced Chicken and Mixed Veges, pastu sempat lagi buat Sambal Belacan campur Buah Kuini (As bagi buah kuini ni) with Lemon.

As came over and bagi buah kuini earlier. Buah kuini As memang sedap, langsung tak buruk. Ulat pun takde. Normally buah kuini yang aku ambik from pokok depan rumah my MIL, penuh dengan ulat. Kalau ambik yang muda, tak berulat but bergetah pulak. Susah nak cari buah kuini yang cantik macam pokok kat rumah As. Pastu As bagi one loaf of bread. Thank you so much As. Kenyang kita orang makan roti tu. Belum sempat aku letak kat dapur, hubby dah ngap sisi tepi roti tu. Ishk! cacat roti pemberian As tu.

Roti pemberian As. Nampak tak sisi roti tu yang cacat sikit? Tu bekas gigitan hubby.. =.=


Sambal Tumis Udang Express!


Sambal Belacan with Kuini. Ni aku letak dalam mortar kaca yang my Korean SIL bagi.

Wednesday, April 14, 2010

Kuih Melayu

Tiba-tiba, aku jadi kemaruk buat kuih melayu. Pagi-pagi lagi, aku dah gi kedai runcit tepi rumah mok, beli santan fresh sebab hari ni teringin nak makan Tepung Bokoh. Haa... I know, sure ramai yang tak tau apa kebendanya tepung bokoh ni. Aku pun baru belajar makan lepas kawin sebab after aku kawin, my parents moved to Terengganu. So masa tengah pregnantkan Iman, selalu la aku berulang alik balik Terenggu. Kat pasar Jertih ni, ada sorang makcik tua, maybe umur dah 70+ yang jual this tepung bokoh. Aku managed to makan kuih ni for few years but not anymore. Tak tau what happened to that makcik, maybe sakit ke apa.

Rasanya dah tua sangat agaknya, tak larat nak masak lagi dah. Hari ni aku teringat sangat2 kuih tu. Aku called mok, tanya mcm mana nak buat tepung bokoh. Mok pun tak pernah buat jugak, but she said, adunan lebih kurang lompat tikam, except letak air nisang. Pastu lapisan putih/santan tu kena lagi firm dari yg dibuat untuk lompat tikam.

Hasilnya.....

Tepung Bokoh

Rupa dia macam kuih talam, but lagi lembik. Kalau nak makan, kena scoop masuk dalam mangkuk. Kuih ni sangat sesuai untuk orang yang takde gigi sebab main telan je. Mok said it taste really good. Cuma yang frustnya since supply nisang aku dah dwindling, aku kena substitute guna gula melaka, which tak sedap sangat. Iffah managed to finished 1/2 talam. Aku buat 2 talam, by the time aku bangun tido (I slept after isyak tadi sebab too tired), tinggal lagi 1/2 talam je.

What will I cook tomorrow?? Erm... tengah pikir ni.... maybe I'll make Seri Muka.

Tuesday, April 13, 2010

Posto from Aussie

I had a pleasant suprise upon returning home from makan2 kat rumah mok, a parcel was waiting for me. Rupanya parcel from K.Sha yang duduk di Canberra. Actually aku yang kirim kat K.Sha to buy legging for Iman and Iffah sebab susahnya nak cari legging for them. Kalau beli adult size, besar sgt, but beli children size, kecik pulak. Even yg size 14 senteng dengan Iman. So last2, aku mintakkan K.Sha belikan. Kebetulan now ada summer sale, the leggings teramat la murahnya.

Nama atas parcel tu telah didelete atas sebab kesihatan.. ops! keselamatan.. hehe


One of the shirt yg k.sha belikan. I'm pretty sure Iman will adore this!

This shirt is definitely Iffah. But unfortunately it's too big for her. So kena la bagi kat Iman


Finally, something for Iffah. But she hates pink! (sorry aunty Nora)

Ada few lagi shirts and leggings, tapi malas nak ambik gambar. Lagipun lately ni takde mood betul nak ambik gambar, which is so unlike me. Hubby wanted to buy me a new dslr, this time nak upgrade to D90. I told him, pesal ler nak berabiskan duit. I'm not an avid photographer, kalau dia beli pun, it will be a gajah putih in my room. Men and gadgets, macam aur dgn tebing, tak boleh dipisahkan.

Yesterday, I put up in my fb status "orang mintak belikan BIJI ketumbar, dalam sms pun dah tulis BIJI ketumbar. Dia pegi beli DAUN ketumbar!! BIJI ketumbar and DAUN ketumbar sama ke?? ejaan pun dah lain!! GRRRR.... buat orang naik angin je!". Peh! punya la banyaknya comment dari kawan2. In general, aku boleh buat conclusion bahawasanya, lelaki, kalau kita suruh beli barang dapur, mesti silap beli punya. Yang kelakarnya, k.mini cakap, she asked her hubby untuk belikan peach, hubby dia belikan peas. hahahhaha.. macam mana la boleh tersilap? Pastu yang paling tak tahan, kalau kita suruh beli sawi for example, dia akan beli sawi sampai sekilo, pastu yg dah kuning2 pulak tu. Mamak kat kedai tu sure happy sebab sawi dia yg paling buruk, habis dijual. Grr... memang buat aku naik angin betul.

Tapi yang paling tak best, ada few male friends, yang buat comment berbaur sexist. Aku really hate typical malay men! Jenis yang tak reti nak buat apa2 sendiri. Pastu expect bini jadi macam hamba, buatkan segala-galanya untuk dia. Alhamdulillah hubby is not a typical malay man. Kalau tak, sure sakit jiwa aku dibuatnya.

Monday, April 12, 2010

Lompat Tikam

Aku cukup tak suka makan lompat tikam. 10 kali mok masak, tak sekali pun aku makan. But abah loves lompat tikam, thus mok selalu buat lompat tikam. Hubby pun suka lompat tikam, especially yang mok buat. So today, I decided to buat lompat tikam. Saje je nak tengok, jadi ke tak macam yang mok buat.

The verdict : Memang sedap!! hehehe.. Actually, lompat tikam yang menjadi tu adalah percubaan aku yg ke-3. The first and the second one yang aku buat before tu, ended up dalam tong sampah. Setelah 2 kali cuba, and masuk tong sampah, aku pun telepon mok, to find out, what I did wrong. Rupanya, aku lupa masukkan air kapur. No wonder tak jadi! Bila dah buat sendiri lompat tikam tu, baru la aku tau, betapa susahnya mok buat selama ni. Especially part yang kena berdiri tepi periuk and kacau non stop for 1/2 hour. Keluar habis segala peluh jantan betina aku... Aku decided to not to say NO to lompat tikam mok anymore. :)

Alhamdulillah, lompat tikam aku sold out!! hubby loves it so much. Dia sorang makan 1/2 talam. Jemput semua, silalah menjamu mata... hehe

Lompat Tikam

Lompat Tikam
Bahan2
A. untuk base hijau
250gm tepung beras
1/2 tbs kapur (bancuh dgn air sikit)
beberapa helai daun pandan - blend and tapis air
1.8 litre air + air daun pandan
2-3 titik warna hijau
cara2
1. campur semua bahan, kacau rata. adunan will be very watery
2. tuangkan adunan dalam periuk, slowkan api, kacau adunan sampai likat and nampak berminyak which will take about 1/2 jam or so. then remove it, masukkan dalam loyang, sejukkan for about 4-6 hours

B. Santan
1/2kg santan pekat
2 cups water
2 tbs tepung beras
2 tsp salt
cara2
1. masukkan semua bahan dalam periuk, kacau atas api yg perlahan sampai santan jadi pekat.
2. sejukkan jugak for about 4-6 hours.

C. Air Nisang
3-4 kerek nisang
daun pandan1 cup water
cara2
1. masukkan semua dalam periuk, biarkan mendidih for 5-8 minutes, then sejukkan.

Saturday, April 10, 2010

Bubur Pulut Hitam

I'm home alone. Iman and Iffah ada kat rumah mok. They insisted going there sebab nak main dgn Dzia and Nuri. Hubby pulak keluar for a meeting. Setelah bosan melayan main Dinner Dash 5, baru teringat nak update blog. Yesterday tak sempat nak update sebab by the time balik rumah dah pukul 12mlm.

Semalam seharian keluar. Lepas hantar Iffah to school at about 1.30pm, I went to Bangsar, ambik K.Mei and Zulaikha. We were to meet To' Puan Rosita, the author of buku Kulit Manis kat rumah dia at Jalan Gurney. The appointment was supposed to be at 3pm, but we arrived there almost 4.30pm sebab kita orang detour. The truth is, I dont like to be late for appointment, but K.Mei wanted to eat dulu before pegi rumah To' Puan Rosita. Dah la masa berlepas from rumah K.Mei, it was already 2.30pm. I had to wait for K.Mei to siap dulu. *sigh*...

Lepas lunch kat Wangsa Maju, we went to Jalan Gurney. It was raining cats and dogs. I could hardly see the cars in front of me. Dah la tu, angin ribut kuat pulak tu. Alhamdulillah we arrived at To' Puan's house safe and sound. She served nasi himpit with sambal ikan, karipap ikan, Qasidah and Lompat Tikam. I prefer my mum's lompat tikam. I think my mum made the best lompat tikam ever! hehe.. and hubby also agrees to that. To' Puan Rosita is a very nice lady, sedara tu my hubby. As posted previously dalam one of my entry, her book is about Terengganu's heritage. Kalau tengok gambar cover buku tu, it featured gambar yang diambil oleh arwah Sultan Ismail about 50 years ago. Recipe2 dalam buku tu pun, recipe lama2. Some of the recipes were contributed by hubby's aunts, Che Hab (my mentor dalam belajar masakan istana) and Che Aroh.

Balik dari rumah To' Puan Rosita, we went back to Melawati dulu sebab Iffah wanted to play with Zulaikha. K.Mei stayed kat rumah aku sampai pukul 8.30pm, then I sent her home. Dah sampai rumah K.Mei, ingat nak duduk kejap je, tengok2, pukul 12mlm baru balik. Best duduk berborak dengan K.Mei, tak sedar masa berlalu. K.Mei told me that K.Ta, hubby's 3rd kakak, just bought a Beetle. huwaaaa... I want that too... Masa aku mintak hubby belikan my fossil handbag, dah rasa bersalah giler. K.Ta pulak mintak hubby dia belikan Beetle for her. *sigh*... hubby dia boleh afford it, ok la. Kalau aku mintak from my hubby, mau dia jegil bijik mata dia sampai terkeluar.. hahahahha..

Anyway, remember pulut hitam yang aku beli kat KK hari tu? Aku dah masak menjadi bubur pulut hitam..Sedap!! aku suka sangat pulut yg aku beli tu sebab dia gemuk2 dan gebu

Bubur Pulut Hitam

Thursday, April 8, 2010

Sour Plum Tenggiri

Masa pegi KK baru ni, I bought 2 ekor tenggiri weighted about 10kg. Seksa jugak tengok hubby mengangkut kotak tu sebab AirAsia doesnt allow for seafood to be checked in sekali dengan baggage. Maka terpaksa la mengangkut 2 kotak seafood, satu ikan tenggiri, satu lagi penuh dengan udang. Every day, menu kat rumah adalah seafood sahaja. Anyway, aku pun memang dah tak lalu nak makan ayam.

This time, aku masa sour plum tenggiri. It's actually mix and match, campur2, pastu voila! jadilah sour plum tenggiri.

Sour Plum Tenggiri

Tadi aku ke Metrojaya Warehouse Sale again. Semalam dah pegi dengan my parents, today pegi lagi, dengan dear hubby pulak. Yesterday aku belikan hubby 2 helai seluar dockers, it's now selling at RM39 a pair. Pastu bila hubby tengok semlm, dia berkenan la pulak. He said he wants to buy some more. So today, lepas ambik je iman from school, terus kita orang ke Stadium Bukit Jalil. Since semalam dah pegi, today aku pandai la sikit cari parking. This time aku cari parking dekat dengan entrance keluar.

Semalam aku parking jauh giler dari exit warehouse sale tu. Pastu bila nak balik ke kete, dengan barang yang sarat kat tangan, rasa bercinta giler. Menyesal pun ada jugak. Ye  la, sapa suruh aku beli barang banyak2. The truth is, aku takde la beli barang banyak sangat, but parents aku yang sakan bershopping. Rebeh bahu aku angkut the blue bag untuk sumbat barang before bayar kat cashier. Hubby said that he wants to go again tomorrow. Wah! aku surrender, takmau dah pegi. Takpe la.. lagipun bukannya aku nak beli apa2 pun. I bought a T shirt semlm that says "Feel Free to Feel Me".. hahahha.. I like it very much. But definitely wouldnt wear it kat luar :D

Wednesday, April 7, 2010

Egg rolls


Egg rolls

My Korean sister in law, selalu buat eggrolls ni. Aku tried many times, tapi tak menjadi sebab selalunya akan pecah, nampak serabai. Then K.hani cakap dalam facebook, in order for the telur tak koyak, kena letak air sikit. I tried using k.hani's method, and it works! Thank you k.hani.

Ingredients
4 biji telur
daun sup - mince
cili besar - mince
chicken ham - mince (or boleh letak apa2 je, even seafood and cheese)
salt, pepper
4 tbs water

cara2
1. masukkan semua bahan dalam bowl, pukul sampai sebati.
2. panaskan skillet with a bit of oil, pastu tuang adunan telur dalam skillet, buat layer telur yang nipis, bila dah garing, slowly roll ke tepi, then add lagi adunan telur tu. jap ye, aku post maangchi's video, then u'll get the idea.


alamak! takleh pulak nak embed the link.

Saturday, April 3, 2010

Kota Kinabalu - 3rd Day

Malam second day kita orang kat Sabah, we had dinner kat Pine Resort. Lin managed to get breakfast and dinner for the 1 night stay for only RM160, which was a really good deal.  Alhamdulillah ayah Lin happens to be on board of Kinabalu Park trustee.. hehe.. menggunakan kuasa crony! hahahaha..


Iman and Malik kat gazebo, Pine Resort.

Dinner was not bad, suprisingly. Well, for orang semenanjung, the dishes sangat la tawar. But at least, the dishes served tak berenang dalam minyak. Phew! kalau tak, bertambah la fat content dalam badan aku ni. After dinner, we just lepak kat verandah, the kids pulak sibuk main nyorok2 mlm2 buta. Then I went to have coffee with Hubby and Faisal kat cafe at Pine Resort.  I cooked maggi for the kids that nite coz the kids were so hungry. Ye la, we had dinner early, by 9pm, the kids dah lapar balik. Oh ya! I bought coffee Tenom. Kan aku ada obsession towards coffee.. hehe. I love kopi Tenom sebab rasa dia mcm brazillian coffee, but minus the headache. Selalunya kalau aku minum instant coffee, aku akan sakit kepala. But this kopi tenom, memang tak menyakitkan kepala langsung! Macam iklan la pulak :D


mount kinabalu is playing hide and seek with us. tak nampak the peaks. :(



The girls, always together..
Pagi on the 3rd day tu, I woke up at 6am. Faisal cakap, usually, pukul 6am, boleh nampak mount kinabalu. I woke up the kids and hubby, untuk tunggu the clouds to clear up. Sadly, as yesterday, tunggu punya tunggu, sampai pukul 8am, cuma nampak peak sikit je. Huwaaa... takde rezeki betul aku nak tengok gunung. After breakfast, kita orang siap2 untuk check out. The first place that we visited pagi tu was Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti (yang ni FOC for us sebab ayah Lin .. hehehe) Kampung Luanti ni famous sangat for the fish spa. Dia orang guna ikan sungai, untuk massage kaki and badan orang. Ada charges untuk rendam kaki saje and rendam the whole body. Before kita orang enter the fish spa, we were given a brief introduction of what tagal is all about by En. Jeffri. A guide was provided to assist us on the do's and the dont's while using the fish spa. Aku rasa mcm nak pengsan kegelian bila ikan2 besar datang urut kaki aku. Tak sanggup aku nak tahan geli..Fuh! kalau ingat, rasa meremang bulu telinga!!! For some people, they really enjoy it. But this fish spa thing, is definitely NOT for me!


These four kids drove me nuts!

Singgah kejap kat Sabah Tea, tapi takde apa2 yang menarik. Frust je!

Tagal Sg. Moroli. En. Jeffri tengah bercerita..


Besar tak ikan2 kat fish spa ni?? menakutkan!
After the fish spa, we went to Poring Hot Spring, Ranau. Aku wasn't too excited about the hotspring sebab kat Kampung La, Jabi, lagi best. We didnt make a stop kat hot spring, instead we walk passed the butterfly farm to the canopy walk. We had to walk up steep steps about 400m to the stairs that lead to the canopy walk. Aku ni dah la penakut bila duduk tempat tinggi. All together, ada 4 bridges. The 1st one tu, aku dah ketar lutut. By the time aku jalan on the 4th one, aku dah menyesal tak sudah coz halfway across, tiba2 the bridge tu rasa mcm stark naked sebab kat bawah dah takde pokok2, cuma ada gaung yang about 50m high. Rasa mcm nak patah balik je. Memang aku takan go for the canopy walk ever again! Iffah nangis lepas turun dari canopy walk tu. She was dead scared! According to Lin, kat Maliau Basin, the canopy walk maybe triple the height of the ones kat Poring.



Poring!



Tengok, betapa jauhnya bat cave tu..


Beautiful kan?


Iffah and Malik.. a rare scene. Usually Iffah and Sophia, Malik and Iman.
Kat Poring ada bat cave and two waterfalls. Initially we wanted to go to the bat cave, tapi on the way to bat cave, kita orang singgah kat Kipungit Waterfall. It was so beautiful! Air kat situ bersih sangat and it was extremely cold. Mula-mula the kids takmau mandi, sebab too cold, tapi lepas dah berendam for few minutes, terus semua terjun mandi. We spent about 1 hour kat situ. Lepas dah puas mandi, the kids wanted to go to bat cave. Malik (anak Lin and Faisal) siap nangis lagi. Isk! aku memang takmau pegi coz the path looks dangerous for kids, takde railing. Menakutkan! Furthermore, kita orang pun dah lambat coz plannya nak balik before 6pm so that aku sempat masak dinner.



Kipungit Waterfall

Sophia and Iffah sunbathing..


On the way to waterfront.
Alhamdulillah we reached KK at 6.30pm. Aku drop the kids, terus pegi pasar kat waterfront with hubby and Faisal. This time aku beli udang, sotong and ayam. Since Malik tak makan seafood, kena la masak extra dish for him. The menu for dinner was Udang Goreng Tepung, Sambal Tumis Sotong, Ayam Goreng Berempah and Sayur Campur, cooked by me! hehe.. rasa nak tercabut tumit kaki aku. Dila came over with her hubby Rizal. Initially dia nak ajak pegi dinner, but since kita orang dah dinner, terus tak jadi keluar. Kita orang just lepas kat rumah Lin and Faisal.

will upload gambar in a short while

Friday, April 2, 2010

Kota Kinabalu - 2nd day (Part 2)

We arrived at Kinabalu Park at about 12noon. Initially we wanted to check in straight away at Pine Resort in Kundasang, but check in time is at 2pm. Huwaaa.. kena tunggu la pulak. So we spent our time kat Kinabalu Park. Entrance fee for the park cost us RM3 for adult, RM1 for children. Somehow Mount Kinabalu eluded us during our stay at the mountain base. Sedih giler.. Everytime tengok the mountain, aku cuma nampak clouds, clouds and more clouds. Lin showed us where she stayed during her honeymoon week. The cottage is breathtakingly beautiful. According to Lin, before the place is being managed by Sutera, the rental was dirt cheap. Now, it's too expensive to stay there. So tengok2 je la. Takyah nak berangan nak tido kat chalet kat situ.


Chalet at Kinabalu Park

Kita orang make a stop over kat Timpohon, eh! ke Tinpohon? Thank you pakcik Google! It's Timpohon. Sorry ye, makcik sangat2 la pelupanya. Bila aku baca signage kat Sabah, aku cam blur blur gitu. Cant remember a thing! Kat Timpohon tu, kita orang kena bayar lagi sekali entrance fee. That entrance is untuk orang yang nak panjat gunung kinabalu (starting point for aku and Sally in october).


Look! a squirrel decided to greet us upon our arrival at Timpohon entrance.


On less cloudy days, belakang tu dah boleh nampak the majestic mount kinabalu

We went down the stairs sampai Carson Waterfall (I think it's called Carson). Pastu Lin ajak panjat sikit lagi, kononnya nak experience la panjat kinabalu, walaupun just few metres. Kebetulan, masa nak naik tangga batu tu, ada climbers yang baru turun. Nampak muka dia orang, mcm nak pengsan tergolek2 je expression sorang2. I was mesra alam enuff (hahaha.. so unlike me) to tegur dia orang. Rupanya dia orang from Singapore. I though orang Malaysia. Dia orang cite la, they trained for 3 months, panjat tangga flats, panjat bukit, still not enuff untuk panjat gunung kinabalu. They managed to reached the peak, but they were dead tired and exhausted. Tu pun nyaris nak give up. Aku tanya dia orang, dia orang panjat bukit timah ke kat singapore. They were suprised that aku tau bukit timah. hahahha.. tak sangka geography aku still ok. Ye la, Singapore mana ada gunung, paling tinggi pun, peak bukit timah tu.


Haaa.. nama dia Carson Waterfall.


The Singaporeans - wa caya sama lu.


Tengok la abang ni, on that day alone, dia dah turun naik from Laban Rata - Timpohon more than 3 kali dah. Aku dengar nak terbeliak bijik mata. He said, earlier pun dia buang sampah jugak. Caya la!!

Turun from Kinabalu Park, we went to Kundasang to check in. The kids were hungry. Nasib baik bawak bekal. Aku memang takmau dah eat out, food tak sedap, and iman iffah pulak dah start sakit perut sebab tak biasa makan makanan kat sabah yg banyak msg and oily tu. Then Puan Maryam and her daughter visited us. Pastu we went to Kundasang War Memorial sama2. Bila baca kesah Australian soldiers and British soldiers yang mati, went missing during Japanese occupation, rasa kesian sangat2. The War Memorial is to commemorate the brave soldiers yang survive the death marches.


Pine Resort



Kundasang War Memorial - punya la susah aku nak suruh iffah posing


Nampak tak the boy yang tengah mengintai tu? haaa.. tu secret admirer iman.. hehe


Cant see the mountain, just a sneak peek of the peak.. sob sob..