Monday, May 31, 2010

Date with x-BF

Last nite, I went on a date with my x-bf. Lama betul tak keluar berdua tengok wayang dgn dia. Before kawin dulu, pantang ada movie baru, mesti tengok berdua punya. I remember our first movie together, it was Braveheart. I went with Nora. Thank you Nora, tolong temankan aku. We went to watch it at Cathay cinema belakang Central Market. Tu favourite panggung aku. Dulu dengan my xx-bf (xx-bf = the bf before my x-bf ni.. hehe) pun selalu lepak kat situ jugak.



I fell head over heel with Mel Gibson lepas tgk cite ni... hensem giler!!

What did we watch last nite? Prince of Persia!! Bila sebut Prince of Persia, teringat masa zaman kecik2 dulu. Tu la computer game yang paling femes sekali. Best giler main game tu. I was so excited nak gi tengok cite tu semlm. We went to Wangsa Walk, hoping to catch the 4.30pm movie, tapi semua sold out. So we bought tickets for show 9.30pm.I was kind of disappointed with the movie. I expected more, but erm.. rasa mcm the climax cite tu takde. At least my x-bf get to drool over Gemma Arterton.




Saturday, May 29, 2010

Wesak Day

My day started as early as 10am. Aku ada lunch date with Anne, Nora, Ina & Elin kat Chili's KLCC. Anne nak belanja we all lunch. Ina brought along her 3 broods, Elin with her 2 boys, Aku with Iman and Iffah. Riuh rendah Chili's KLCC tu. We were there from 11am, sampai la pukul 3pm. Punya la lama kita orang lepak kat situ. Aku was a bit late sebab kena temankan hubby breakfast dulu. Eee.. geram betul. Time kita nak cepat la, dia nak bermanja2. Letih betul!!

Ni semua muka kekenyangan.

Ina and Elin had to leave early sebab Ina kena pegi airport ambik hubby dia yang baru sampai from Sudan. Elin pulak on call. So tinggal aku, nora and anne. Adik aku, Mas, joined us for a while pastu dia ambik iman and iffah bawak pegi tengok cerita Prince of Persia kat Wangsa Walk.

After lunch kat KLCC, Nora went to the gym, while aku and Anne walked to Restoran Rasa Sayang at Jalan Yap Kwan Seng for another appointment with SSP friends. This time meeting committee members untuk 20th Anniversary dinner on 24th July nanti.





Meeting kat Rasa Sayang finished at 6.45pm. I reached home at 7pm, thank you Eena for sending me home. Sampai rumah je, aku terus ke Jusco with hubby to buy chicken and salad. Hubby wanted me to cook dinner for his friends. Aku letih giler, but bila dia dah request mcm tu, hard to say NO. Balik from Jusco at about 8pm, I started cooking Nasi Kebuli. Dinner was served at 9.30pm. Yeah.. I know, it was a bit late for dinner, but nak buat mcm mana, dah start masak lambat. Mads, hubby's Danish friend, ate 5 pinggan of nasi kebuli. I was SHOCKED! Biar betul mamat Danish ni. He loves it so much.

Lepas dinner at about 10.40pm, Bob and Mads kena dera angkat sofa. We went to rumah K.Mei, hubby's sister, in Bangsar untuk ambik her sofabed. She wanted to disposed it sebab dia dah beli kerusi baru for her house. I wanted her sofa bed sebab bed tu dia beli masa kat NY. It's tough and durable sofa bed, bila duduk atas the bed, very comfy.

Aku ingatkan senang la nak mengangkat the sofa bed. Rupanya, susah giler. It was so heavy and my hubby's triton is a bit small for the sofa. Nasib baik boleh jugak load atas triton tu. Risau jugak aku takut the sofa jatuh. Alhamdulillah tak kena saman dengan polis. We reached home at about 1am. I was exhausted. Rasa kaki macam nak tercabut. Oh! Abg Zainul dapat chocolate that depicts flags of countries yang masuk World Cup. I wanted to take photo of it, but I didnt bring any camera. It's too cute to be eaten.  

Thursday, May 27, 2010

Movie Marathon

 Minggu ni adalah minggu movie marathon. It started with this movie


ni movie wajib hari2, kena paksa dengan shariff

then..




















baru tengok alice in wonderland, setelah lama keluar kat wayang

pastu...




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 I love this movie, aku gelak sorang2 mcm orang giler.
 
now...



















Aku on episode 3 of this korean drama. Semua ni aku tengok within a span of 2 days. Adik aku, Ayu, tolong copykan dalam my new harddisk, 500GB, more than 50 movies, tak termasuk drama korea and jepun and also mini series in english. Aku akan bertapa depan pc ni selama boleh.. muahahahha

Wednesday, May 26, 2010

Masak Lemak Kampung Udang

One of my favourite dish.Masa kecik2,  mok selalu masak lemak macam ni guna udang sungai yang kecik2. Pastu makan dengan pulut or nasik dagang. Peh!! memang makan tak ingat dunia la. Masa zaman kecik2 dulu, makan nasik 5 pinggan pun takpe, sebab takan gemuk. Sekarang ni, memang terpaksa jaga apa yang masuk dalam mulut. Nanti termasuk dalam senarai calun "The Biggest Loser Asia" kang susah pulak.


How to cook masak lemak ni? Err.. please take note that aku masak menggunakan udang besar size XL. Susah la nak dapat udang sungai. Udang sungai and udang laut, rasa memang lain. I prefer udang sungai. Cuma zaman sekarang ni, mana nak cari, unless pegi memukat sendiri.

Recipe

Bahan2 (blend)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 tbs cili giling

2 batang serai - ketuk
1 kg udang sungai/udang laut
1/2 kg santan pekat

2 1/2 tbs salt
4 tbs sugar

cara2
1. Masukkan santan dan bahan yang dah di blend dalam periuk, biarkan sampai menggelegak.
2. masukkan udang dan serai. bila udang dah 3/4 masak, masukkan gula dan garam.
3. kalau tak suka kuah yg pekat, masukkan dalam 1/2 cup of water. Bila udang dah masak, boleh la hidang dan makan dgn nasik yg panas or makan dengan pulut.

Tuesday, May 25, 2010

AirAsia Free Tickets

Last weekend semua orang (aku la tu) went crazy over Airasia free tickets. Initially, I wanted to go somewhere closer, maybe around Msia je, tapi pikir2, kat mana aku nak pegi, semua tempat dah pegi. Last2 aku booked tiket to Ho Chi Minh. Masa aku booking tu, tiket pegi balik termasuk tax was RM100 per person. Tapi setelah berdiscuss dgn K.Mei and hubby, dia orang pulak takmau ke sana. Dia orang kata kesian kat the kids, they wont be able to enjoy the trip.

Ades! Seksa aku nak check tickets to tempat lain. Sadly London tak termasuk dalam free tickets tu.. Aku dah siap berangan nak pegi London. Accomodation dah free, provided aku pegi dengan KMei la. Kalau pegi dengan K.Mei, then aku boleh menumpang kat apartment NST kat tepi Harold's. Bila check tickets to London, it was selling at almost RM8k for 4 pax. Kim salam ler aku nak spend that much on flight tickets. Tak mampu aku.

Pastu Abang Zainol suggested Gold Coast. Argh! seksa nak masuk the booking page Airasia. Aku bertapa depan PC from 7am til 3pm untuk masuk to their booking page. Bila check harga tiket, it was selling at RM500 person termasuk tax and baggage. From just 7 orang yang nak pegi, now dah jadi 15 orang. So for 12 people, we paid RM6000. Suhaila booked her tickets a day after kita org and she had to pay RM3300 for 3 tickets. Phew! alhamdulillah kita orang dapat murah giler.

Now aku pening bila memikirkan mcm mana nak handle the group next year. Hopefully everything run smoothly. We're going end of March, balik 1st week of April. Memang bukan time cuti sekolah. Maybe time exam kot. Tak kesah la.. Kalau beli tiket time cuti sekolah, kim salam ler nak dapat RM0 fare. Anyway, Iman and Iffah not taking any major exam next year. Ponteng sekolah la nampak gayanya.. hehe.

Oleh kerana aku dah masak beria2 last week sebab MIL ada kat rumah, this week aku nak masak simple je. Today masak ikan bakar, sayur air bayam and prawn pasta.

Monday, May 24, 2010

FREE Lunch @ Chili's, Empire Subang

I made arrangement dengan hubby to send and pick up the girls from school so that aku boleh pegi melepak kat Chili's. Since hari ni a bit warm, I dont feel like driving. So I asked Sally to picked me up kat LRT station Kelana Jaya. We were very lucky coz it was easy for us to get a parking spot. Our lunch date was at 2.10pm. Aku ingatkan kena pegi sharp at 2.10pm, rupanya tidak. Boleh pegi awal rupanya. Oleh kerana aku was punctual, I had to wait for about 10 minutes before we were seated.

To kill time, I read "The Kite Runner", buku yang dah lama aku beli, tapi belum berkesempatan utk baca lagi. I was so immersed reading it that it was hard to put it down. I love it!! Betul la apa Speda cakap, once dah baca buku tu, susah nak put it down. I'm gonna spend the next few days, menghabiskan cerita itu.

The person to complain if u have any problem.. hehehe.. habis la warque lepas ni :)

Photo courtesy of photo album fb warque :D

What did I order for lunch? We were given 2 sets of menu. I ordered Honey cipotle ribs, sally pulak makan club sandwich. Appetizer cuma ada 1 je, which was buffalo wings. Pastu we were served soups with jacob's weetameal (what??? not garlic bread.. huwaaa). Do remember, this is just a mock run, maka cant expect much anyway. On wednesday, bila bukak, then only they will serve full blown menu. The ribs were superb, tender and moist. I was one happy customer tadi.. hehehe. I was too full, sampai nak jalan pun tak larat.. huwaaa.. Sally pun kenyang giler.

Sunday, May 23, 2010

Invitation to Role Play @ Chili's Empire Shopping Gallery, Subang

When Warque sent me a message in my facebook inbox, asking me whether I want a ticket to Role Play. My reply was "Role Play? Movie baru ke?".. hehe.. Punya la blurnya aku ni. Warque told me that Role Play is makan free, invation only to VIPs. Aku ni termasuk dalam senarai VIP la tu.. hahahha.. Anyway, I got two tickets, one for lunch on 24th May, the other one is for dinner on 25th May. Aku ajak my hubby to temankan, tapi dia takmau... huwaaa... sedih giler la ni! Last sekali, aku terpaksa ajak orang lain. Thank you Sally sebab sudi temankan aku makan free.



I went to Empire Shopping Gallery yesterday to pick up the tickets. Terserempak pulak dengan Fida and her broods. Fida cakap, aku ni boleh dijumpa kat merata2. hehehe.. I take it as a compliment. Ye la, Subang dgn Melawati punya la jauh. Sanggup tu aku pegi Subang, semata2 nak ambik tiket makan free tu.

Before aku lupa, pisang yang aku goreng untuk buat Pisang Kaki tu, can also be eaten mcm tu je. K.Amy suggested dusting the  caramalised bananas with cinnamon. Shariff prefers to eat it coated with sugar.


Pisang Lemak Manis yang dah siap caramalised. To those yang malas nak add susu cair to it, can just coat it with brown sugar or white sugar and dust it with cinnamon.


Shariff, kusyuk betul makan.

Saturday, May 22, 2010

Body Shop Sale

Yesterday, I went to Jusco Wangsa Maju with mok, pastu lalu depan kedai bodyshop, then I saw that they are having huge discounts on all products, members will get additional 10% discount on top of it. Dah lama jugak aku tak beli barang bodyshop ni sebab kat Msia ni punya la mahal. Padahal masa aku student dulu, shower gel, lipstick, lotion dan segala mak nenek body care aku guna bodyshop sebab murah giler. Bila balik Msia, tengok harga, rasa nak terkeluar bijik mata.

Dulu, aku suka guna grapefruit showergel, which cost about AUD$10 or maybe less, cant really remember. Tu botol yang besar. Bila balik sini, tengok shower gel yang sama selling for more than RM40, terus aku tukar my shower gel to followme (hehe.. that's an exaggeration, I'm not using followme :) ).

So, what did I get for myself yesterday?


Instead of strawberry, I bought promegranate. It was selling for RM38, but with 70% +10% (for members), I paid RM9.80.

Cant remember apa nama product ni, but the soap comes with a small pouch that works as body scrub. The original price was RM69, but I paid only RM18.60. Total damage = RM28.40. Yay!! I'm actually proud of myself coz I didnt go overboard when I shopped at bodyshop yesterday. I only picked items marked 70% off. Phew! nasib baik tak tergoda dengan barang lain.

One more day to go!! To those yang nak beli barang bodyshop, better head to the nearest outlet before it's gone.

http://1.bp.blogspot.com/_KsDWDMbz6PI/S_UrwDMR8II/AAAAAAAABFg/ZGLUWLEClUw/s1600/shopping+tbs.jpg

Friday, May 21, 2010

Breakfast in Terengganu

Nowadays, kalau nak breakfast kat KT, we will go to a small gerai depan bangunan Sinar di Ladang. K.noor (my SIL) yang introduced the gerai. Kita orang pegi mula2 tu sebab nak cari paung goreng. Memang sedap paung goreng kat situ. They have quite a selection of makanan untuk breakfast. Ada Nasi Dagang (urgh! cant take any more of those), Nasi Kunyit, Nasi Lemak, Pulut Cawang (my favourite), Laksam, Mee Goreng, Meehoon Goreng, Sate with Nasi Himpit, kuih2 and of course, Paung Goreng!

Kalau nak pegi makan kat situ, kena pegi pagi sebab ramai betul orang. Parking is limited sebab gerai tu tepi rumah orang. Yang bestnya, kalau duduk situ, rasa nyaman je sebab banyak pokok, unlike kat atas Pasar Payang. Kalau makan kat Pasar Payang, peluh macam ge babi (sweating like a pig) as my SIL, K.Mei, would say it, I wouldnt though.. hahahhaa..

Nasik Lemak Ikan Aya for Iman and Nasik Lemak Ikan Bilis for Iffah.

Meehoon Goreng for Mama

Wednesday, May 19, 2010

Balik Terengganu For The Weekend..

Last week on Friday, tiba-tiba, hubby cakap, "Jom balik Terengganu!". That was before Friday prayer, two hours later, lepas prayer, kita orang pun balik la ke Terengganu. Nasib baik anak ada dua orang je, so packing is quite easy. Kalau anak ada 4 orang, mau pengsan kalau hubby bagi short notice macam tu. The reason we all balik was because hubby nak ambik his mom, and dia pun memang ada keje kat Terengganu. But because of the short stay in Terengganu, aku tak sempat nak update blog as promised during my stay there.

Since it was a short stay, jadual kita orang memang packed! And guess what?? Aku kena masak!!! Huwaaaa.... Even balik for 2 hari, pun kena masak jugak. I told hubby, I have no complaint about cooking for his mom, cuma .... *sigh*... malas la nak cakap. Seriously! aku memang takde complaint la about cooking, cuma kadang2 sakit hati jugak tengok individu lain yg bersenang lenang, lepas aku dah habis masak, duduk kat meja makan untuk makan je. I told hubby, if I didnt cook, then his mom will have to do the cooking. Walaupun aku penat, takpe, aku rela masak supaya his mom tak letih. Argh! rasa mcm nak tulis lagi, but aku malas ler nak bermasam muka dgn orang. GRrr......

Anyway, hari ni aku buat Pisang Kaki for tea. Enjoy!! :D

recipe can be found here.

ps : aku baru tau, the name of this dish is pisang kaki

Tuesday, May 18, 2010

Sayur Kolok

What is sayur kolok? Aku pun tak pernah dengar before. Hari ni baru aku tau apa sayur kolok tu. Rupanya sayur lemak jambu golok (buah gajus), petai, keladi, kacang panjang, sotong, and a bit of belacan. Today first time aku masak sayur kolok. MIL belikan jambu golok kat Pasar Payang before balik ke KL. Yes, MIL is in KL, duduk kat rumah aku sekarang. Hubby and his sister, K.Mei, memang suka sangat2 makan sayur kolok ni. So tadi, pagi2 lagi, aku pegi ke Jusco AU2 searching for sotong sebab one of the main ingredient dalam sayur kolok ni ialah sotong.


Sayur Kolok 

Recipe

Bahan2
santan - 1/2kg
1/2 cup air
Jambu Golok - 1/2kg
kacang panjang - 100gm (potong dalam 2 inci )
petai - satu papan
keladi - 100gm
sotong - 200gm
1/2 tsp belacan
2 biji bwg besar - potong 4
1 biji cili merah - belah 4
garam/gula

cara2
1. jambu golok tu cincang and ramas buang air. then rendam dalam air garam for 1/2 hour, tapis dan set aside
2. didihkan santan, masukkan 1/2 cup air, bawang besar dan sotong.
3. bila sotong dah 3/4 masak, masukkan belacan yg dah ditumbuk, kacang panjang, keladi, petai dan jambu golok.
4. biarkan mendidih sampai kacang empuk, masukkan garam, gula dan cili merah

Friday, May 14, 2010

Balik Kampung........

Puan rumah bercuti ke Terengganu for the weekend. Will update from Terengganu :D

Steamed Chocolate Cake Ciksu

Minggu malas sedunia masih diteruskan. Ni cake chocolate yang Ciksu (adik aku, Ayu) buat tadi. Aku cuma jadi mandur sahaja.. hahahha.. sorry je dik, sebab kena jadi buruh paksa hari ni

Steamed Chocolate Cake (tak sesedap yg aku buat.. muahahaha)

Shariff tengah tunggu turn untuk dijemur oleh Makcik Ton :D

Wednesday, May 12, 2010

Bechamel Chicken Pasta

This week adalah minggu malas masak sedunia. Bila malas masak, aku akan ambik jalan shortcut, which is, masak pasta. Kan semalam aku ada mentioned dalam entry, nak masak this dish, but sebab takde cheese, makan terbantut hasrat aku yang setinggi gunung fiji tu. So tadi, dengan semangat yang berkobar2, aku pegi Jusco untuk beli barang. Kopak duit makcik beli 500gm shredded Mozarella.. huwaaa... Tapi takpe, demi menyahut cabaran yang telah aku laungkan dalam facebook pada Jeni and Elisa, aku rela.

This recipe is taken from allrecipes.com. I didnt make any alteration to the original recipe, except part dill and cilantro tu, which aku terus omit. In a way, i regretted using peas sebab rasa weird (hubby loves it!) bagi aku. Maybe jugak sebab aku bukan peminat setia peas. Sorry ye encik peas, u're not in my list of favourite food.

Fresh from the oven

Tak sabar tunggu sejuk, terus aku potong and hidang pada hubby :)
source : http://allrecipes.com/Recipe/Bechamel-Chicken-Pasta/Detail.aspx

Ingredients 

  • 1 (16 ounce) package dried penne pasta
  • 2 tablespoons olive oil
  • 1 small onion, diced
  • 1 green bell pepper, diced
  • 3 cloves garlic, minced
  • 2 skinless, boneless chicken breast halves - cubed
  • 1/2 cup frozen peas (replace with mushroom, will taste better)
  • 1 bunch cilantro ( I omitted this)
  • 3 sprigs fresh dill weed, chopped (I didnt add any)
  • 1 (6 ounce) can  tomato paste/puree
  • 1/2 cup water
  • salt and pepper to taste
Bechamel Sauce
  •  10 tablespoons butter
  •   2 tbs chicken cube
  •  10 tablespoons all-purpose flour
  •   6 cups milk
  • pepper to taste
  • 2 cups shredded mozzarella cheese

Directions

  1. Bring a large pot of lightly salted water to a boil, cook the penne pasta 10 to 12 minutes, until al dente, and drain.
  2. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  3. Heat the oil in a skillet over medium heat, and saute the onion, green bell pepper, and garlic until tender. Stir in the chicken, and cook until almost done. Mix in the peas, cilantro, dill, tomato paste, and enough water to make a thick sauce. Continue to cook and stir until chicken is no longer pink and juices run clear, and all the ingredients are heated through. Season with salt and pepper to taste.
  4. To prepare the bechamel sauce, melt the butter in a saucepan over medium heat. Dissolve the chicken bouillon cube in the melted butter. Stirring constantly, blend in the flour until smooth. Mix in the milk, season with pepper, and continue to cook and stir until the sauce is thick enough to coat the back of a spoon.
  5. In a bowl, mix the cooked pasta with 1/2 the bechamel sauce. Place 1/2 the pasta in a baking dish, layer with 1/2 the chicken mixture, and 1/2 the mozzarella cheese. Layer with the remaining pasta, remaining chicken mixture, and remaining bechamel sauce. Top with remaining mozzarella cheese.
  6. Bake 30 minutes in the preheated oven, or until bubbly.

Next cabaran is buat Pineapple Upside Down Cake this weekend. Aduh! kena bertungkus lumus study ni.. hehe

Tuesday, May 11, 2010

Spicy Chicken Spaghetti

Initially aku nak masak Bachamel Chicken Pasta, tapi bila tengok dalam peti, takde stock cheese pulak. Frust betul!! So terpaksa la masak something simple, menggunakan ingredients yg dah ada dalam stock.

Spicy Chicken Pasta

Recipe
Ingredients
1/2kg chicken breast - cube
4-5 garlic - crushed
3 tbs corn oil
1 tsp cili boh/cili giling
1/2 cup mixed veges
500gm spaghetti (cook until al-dante)
5 tbs tomato paste
1 tsp chicken stock
2 tsp salt
3 tbs sugar

cara2
1. heat the oil in the wok, masukkan garlic for few secs, then add cili boh.
2. masukkan chicken breast, tomato paste and chicken stock.
3. bila ayam dah masak, then add mixed vege and spaghetti.
4. voila! dah siap! :D

Monday, May 10, 2010

Iron Man 2 Trailer (OFFICIAL)



Iman, Iffah and I watched Ironman 2 last week with Roger. Roger had to be on call, thus she had to be around KLCC viccinity. Since she doesnt wanna wait doing nothing, she asked me and the girls to joined her watch Ironman 2. Some people might not like the second installment of Ironman due to the bizarre character of Ironman this time. Well, Ironman is dying, so I guess, that gave him a license to do whatever he wants. I love the show! Kan ni adaptation from comic, thus, kena la byk yang tak logic kan.

Tengahari tadi, I went to Wangsa Walk with the kids, Abbas and hubby. Hubby is on MC today coz he's having a flu. Tapi dalam tak sihat, sempat jugak tengok cerita Ironman (again). And yes, he was ogling Miss Natalie Rushman (Scarlett Johansson) just like Tony Stark did when he first saw Miss Rushman. *sigh*..

Saturday, May 8, 2010

Where Were We Yesterday?

Hubby dapat free night stay at Sunway Hotel last nite, courtesy of his friend Sairi. Initially I wanted to leave Iffah kat rumah her nenek sebab kan dia kata dia sakit kaki, banyak sangat jalan masa shopping dengan mama yesterday. But she refused to stay dengan nenek, dia kata kaki dia dah ok. Haaa.. kan dah cakap, dia berlakun je. Nasib baik takde orang report kat teledera kisah budak kena dera dengan mak yang suka bershopping.. hehe

I'm still very tired dengan macam2 activity hari ni, so aku taknak mengomel panjang panjang. Ops! before aku lupa, tadi aku dah beli washing machine front loader yang baru, menggantikan washing machine lama aku yang dah meninggal 2 weeks ago. For the past 2 weeks, makcik ton buat laundry kat rumah mok. Sian makcik ton. I went to Sharp warehouse sale dengan hubby pagi tadi (I woke up at 5.45am, by 7.30am dah sampai kat depan Sharp building, punya la beria2 nak gi sale tu, padahal they opened at 9am) to buy a washing machine and a TV. We spent total RM1030 for a 21" tv and a front loader washing machine. Kalau tak, both items would cost us about RM 2000+. I love bargain hunting!! hehe..

Gambar masa kat Sunway Hotel


Nampak tak buku Yayah tu? Iffah loves reading that book. Punya la tebal.

 Iman dislike the roast lamb yang dia ambik.

Oyster. Yucks!

The famous landmark kat Sunway :)

I love the interior design of this room. Lawa!

Nampak macam budak sakit kaki sebab kena paksa ikut mama bershopping ke?? Langsung tak kan?! Grrr..

Friday, May 7, 2010

A Call from Penyelia Petang SKTM (2)

Tengah aku dok guling2 atas katil sambil melayan hubby aku berfb on his phone, tiba2 telepon aku bunyi. Bila tengok number, tak kenal. Nasib baik aku jenis yang akan angkat number sesapa je pun, tak kesah whether number tu aku kenal ke tak. Orang yang menelepon tu cakap "Hello, ini mama tengku nur iffah ke? saya penyelia petang SKTM (2). Anak puan complaint kaki dia sakit, tak boleh jalan, terlalu letih sebab tengahari tadi dia ikut mama dia pegi shopping di Jusco. Sila ambil anak puan di pejabat sekolah ye".

Aduss!! Malu giler aku. Memang la Iffah ikut aku pegi Jusco Fiesta kat AU2 tadi, but she was sitting with her datuk kat foodcourt while aku ikut mok beli barang. Kalau dia jalan2 ikut aku pun, it was less than 30 minutes. Rasa bengkak pun ada jugak. Memang la balik jusco tadi, she told me she doesnt want to go to school sebab kaki dia sakit sangat. I told her to get ready and I WILL send her to school. Dengan muka sedih, dia pegi sekolah. 

For the past few days, she has been spending time on wii, playing wii fit plus, trying to beat my score on the Marching game. Dah tu dok marching pagi petang siang malam, mana la kaki tak sakit. Kalau ye pun nak balik, jangan la bagitau sakit kaki sebab ikut mama shopping. Sure penyelia petang tu ingat mama ni jenis mak yang so irresponsible, shopping tak ingat dunia, sampai anak jatuh sakit. huwaaa... sedih la mcm ni. Habis reputation mama kat sekolah tu. Agaknya kalau penyelia tu ada FB, mau dia up dalam status FB dia, betapa seorang mak tu syok sangat bershopping, sampai anak jadi mangsa dera. Like Watie cakap (in FB), ni penderaan zaman moden.. hehehe

anyway, recipe gummy as promised to Nisa. 
 bahan2
1 box of nona crystal jeli
4 tbs gelatine
2 cups of water
few drops of colouring (red)
1/4 cup of raspberry juice (if u have it at home)

cara2
1. soak the gelatine for few minutes with water, then add the nona crystal jeli powder, bring it to boil until the gelatine completely disolved. then add food colouring, pastu boleh la dibekukan dalam acuan bear comel tu :)

ps : if u add raspberry juice, i suggest that u add 1/2 tbs of gelatine more to the mixture. please note that, gummy aku ni soft, not that hard sebab aku bykkan air. if u want the gummy to be hard, just add 1 cup of water instead of 2 cups.

my Iffah

Wednesday, May 5, 2010

Pulut with Ayam Goreng Berempah

Pulut has always been on my top list of carbo. Antara nasi and pulut, aku prefer pulut. Especially pulut kuning yang mok masak. Peh! memang heaven. Bulan posa tahun lepas kan aku dilanda demam pulut cawang. Almost everyday aku buat pulut cawang. Those yang kenal aku tau that once aku dah suka satu dish tu, aku akan masak everyday sampai dah tak boleh nak telan lagi.. hehe.

Pulut with Ayam Goreng Berempah is one of my favourite dish. Aku mula makan pulut ni kat kedai abah, cooked by one of the Thai cook. Dulu abah ada kedai kat fasa 6, jual tomyam. Saje dia suka2 bukak kedai makan. Bukan dia duduk situ pun. The kedai was doing very well sampai la MPAJ robohkan kedai tu sebab illegal. Eleh! MPAJ ni, saje je cari pasal. The kedai has been around for more than 15 years, baru sibuk nak robohkan. Now MPAJ buat gerai baru, elok sikit je dari kandang lembu. Buruk giler!!

Entah macam mana, tiba2 teringin sangat nak makan pulut tu. So aku decided to try masak sendiri. Ayam berempah tu, senang je masak. Cuma the difficult part is untuk buat sambal. Adik aku cakap it's just sambal cili merah with cuka. Alhamdulillah menjadi! I was so happy!!


Recipe

Pulut ditanak seperti biasa sehingga masak.

Ayam Goreng Berempah/ayam bumbu - resipi ada di sini jugak.

Ingredients
Ayam 1 ekor - potong 16
20 ulas bwg merah
10 ulas bwg putih
5 biji buah keras
2 inci halia
5 inci lengkuas
1 btg serai - titik
3-4 helai daun salam

Directions
1. Blend bwg merah, bwg putih, buah keras, halia and lengkuas.
2. Masukkan bhn yg dah diblend dalam kuali, masukkan serai, daun salam & ayam. Tambah air sikit je.
3. Masak ayam sampai kering, tambah garam.
4. Panas kan kuali utk menggoreng
5. Keluarkan ayam dari bumbu tadi, goreng dalam kuali sampai garing. Make sure minyak jgn kuat sgt, nanti hangit.
6. Bila ayam dah garing, toskan, last sekali goreng bumbu tadi. Bila bumbu dah garing, gunakan penapis utk angkat bumbu.
7. Dah siap ayam bumbu. Kalau suka lebih bumbu, tambah lagi bwg dan lengkuas.

Sambal
10 biji Cili Merah
4-5 tbs cuka
4 tbs sugar
2 tsp salt
2 ulas bwg putih (kalau suka)

Cara2
1. Blend semua bahan sambal, dan hidangkan.

Monday, May 3, 2010

Cinta Seorang Suami

My hubby is the homely type, the romantic type, jenis yang bila cakap, semut pun boleh mati sebab manis sangat. hehehe.. Today aku baca on his FB wall, what he wrote in response to his friend's jest

"zubir..bukan suami hebat bro...isteri aku yang hebat...she tamed me, she loved me, and she's just too wonderful a wife..i used to wonder mana pegi semua doa doa aku, was god even listenin?? Rupanya Dia makbul in a much better way..He gave me my wife..so, that said, semoga one fine day, I shall overcome my demons and be worthy of her :)"

Wohooo!! I'm so happy.. on cloud 9 now. I guess my cooking does help.. hehe. Oleh kerana hari ni malas giler nak update blog, aku up gambar je la ye. Oh! hari ni aku start balik exercising, setelah 2 months berenti. Reason being, kepala aku dah start sakit balik, severe migraine. Today, rasa blur sotong, takleh nak buat apa2 coz it was too painful. But, alhamdulillah, lepas exercise, rasa lega sikit. 


Roti Arab with Ayam masak Gulai Kampung

Mangkuk comel kat atas  tu aku dapat from cukur jambul kat rumah Nila Kurnia (on Saturday lepas), DJ Sinar FM. Nila is Panjang's (hubby's best friend fromWestern Michigan Uni) wife. Nila baru je dapat baby no. 3, a girl named Oede. So now, Panjang and Nila dah ada 3 children, Mira, Arif Stephen & Oede. Congrats Nila.