Thursday, July 29, 2010

I'm Slacking...

I know.. I know.. I've been slacking in updating my blog. Everyday is a busy day for me. For the past few days, I've been dedicating my time replying to comments made in our 20th annivesary dinner's album on facebook. Three days, more than 1000 comments!! Rasa macam artis pulak.. hehehe..

Semalam lepas Iman balik sekolah, at 3pm, we went back to Terengganu. I went back to ambik buah durian and manggis. Alhamdulillah, we managed to collect more than 100kg of durian and 100kg of manggis. And sekarang I'm having backache. Mana tak sakit pinggang, duduk terbongkok2 kutip buah from more than 30 trees. Today, at 11pm, I'm back in KL. Balik for only one night, not even 24 hours. Badan now semua sakit. Haiya! rasa mcm orang yang dah sangat tua...

That's part of the activities that I did this week. Tomorrow, I'll need to accompany Iman to buy things for her to bring this weekend. My baby is going camping for the 1st time with her schoolmates. It's a 3 days, 2 nights trip to Bukit Lagong, Gombak. Though it's only a 15-minutes drive from home, but I doubt Iman wants to see her mama visiting her during her camping. It's so not cool having mama around, I know... I'm a bit anxious.. nak tarik balik kebenaran pegi camping tu, tapi kesian pulak kat Iman. *sigh*...

While Iman away, mama will be having some time out with friends, again? hehehe... Asyik keluar dengan member je. Oh ya! lupa pulak nak cerita. Last weekend, on Sunday, after the dinner event, I went to KLCC to have lunch at Chili's (again?? hehe), with Nora and Anne. Lepas lunch, kita orang turun to concourse level using the escalator. Then lalu tepi Harrod's, nampak Harrod's tengah sale, I asked Nora to stop, nak check out their coffee. As I was oogling the handbags on sale, I saw this one lady, looking so familiar, standing next to me, and she was staring at me too. Then tiba2, dua2 screamed, "Azel!! Shidah!!"... havoc kejap depan Harrod's. People were staring at us, agaknya dia org pelik, makcik2 giler mana la ni. There, standing next to me was my bff masa sekolah, Azel. I was too excited, sampai tergamam. Nora and Anne pun suprised jugak. Tak sangka, after 20 years, kita orang jumpa balik. Azel didnt attend the dinner sebab she thought the dinner is going to be this weekend. I was so happy to see Azel again.. Alhamdulillah. Tak sangka kan?

But today, I read an email from Nora, telling us that Azel was once a cancer patient. The reason why she didnt contact any of us was because she had Thyroid Cancer. Alhamdulillah after an operation and few session of chemo, she's now free of cancer. Tak sangka betul that Azel was once a cancer patient. Nampak on sunday lepas, sihat je. I think lepas ni, I'll make the effort to keep in touch with my friends so that at least when they need me, I'll be there for them.

Ni gambar the committee members but minus eena.. huwaaa... eena... mana engkau??

Monday, July 26, 2010

20 years later..

20 years later, on 24th July, we met... Some, I've keep in touch with, some, memang lost contact since school. Alhamdulillah, thank you Allah, for giving us the opportunity to meet again.

These were, 2 days ago.

me & zmin

 with imi, neli and dila

the girls!

Friday, July 23, 2010

20th Anniversary Dinner

Finally, the much awaited event is less than 12 hours away. After leaving school for 20 years, we're going to gather again tomorrow at Seri Pacific Hotel. There were 93 of us, 60 agreed to attend the dinner, which to me is a success. Ye la, 2/3 of our batch, tu dah boleh undi kalau during AGM... hehe

As one of the committee for the dinner, I'm happy with the progress of our event. It started with just talk among us. Then Roger picked a date, which is tomorrow, and now it's a reality. We started to talk about having a dinner since last year, maybe mid of last year. Punya la lama planning tu..hehe.. Pastu biasa la, cakap, then senyap, then cakap lagi, pastu senyap, until we had our first meeting at Tony Romas Pavillion end of last year. Those yang datang to the meeting tu, automatically jadi AJK. Of course, ada AJK yang non functional, which buatkan aku somehow sakit hati la jugak. But bila dah tua ni, aku kindda malas nak membebel or bermulut laser lagi dah, maka aku pun ambik jalan yang mudah, which is, diam. So far, cuma sorang je la yang non functional, yang lain bertungkus lumus, especially Imi yang asyik kejar dateline and updates je, which without her, maybe this event might not be a success.

I would like to thank the committee members, Normi, Lily, Roger, Imi, Milia, and Yeen for their effort and contribution in making this dinner possible. Thank you to the main sponsors (you know who you are) yang sponsor handbags Coach and few other valuable items. Thank you to everyone yang sponsor prizes for the lucky draw and also thank you to Anne and Ella for the door gifts contribution. Aku tak sabar nak jumpa some of my schoolmates yang dah more than 20 years tak jumpa. I wonder are they as fat as I am now.. hahahha.. jahat betul aku.

It's funny though, aku always thought that as you grow older, you'll automatically be wiser. Suprisingly, that's not the case. Some of the girls yang initially dah bagi agreement nak datang, which we have included them in our reservation with the hotel, pulled out last minute. And without feeling guilt pulak tu. Dah la tak bayar the dinner cost. Bengkak betul aku dengan orang macam ni. Takde sense of responsibility, perangai macam budak umur 15 tahun. Not one, but few of the girls macam tu. Pelik aku, macam mana la agaknya their working attitude, sure jenis yang suka menyusahkan orang jugak. Bila pikir pasal orang2 macam tu, rasa malas nak organize the next event, which will be on our 25th anniversary. But bila terkenang friends yang sanggup balik from overseas, just to attend the dinner, kesian pulak. Anyway, nak tengok tak gambar masa aku muda2 dulu? hehe... sangat2 toye, I tell you! :D

on the way to our classes

rasanya ni lepas basketball match kat Sekolah Menengah Sains Selangor

 after debate masa form 5. dila, neli, me and june bergambar with our ex-es

Wednesday, July 21, 2010

Ikan Bilis Goreng with Rice Congee

Shariff was supposed to come today, tapi tak jadi sebab pagi tadi hujan lebat, so his daddy decided not to go outstation. Maka dia pun duduk rumah dengan ayah dia. Oleh kerana I thought that Shariff is coming today, last nite aku tido pukul 3am, gosok baju sekolah the kids so that hari ni aku takyah guna iron. Risau takut Shariff pegang iron.

Anyway, pagi2 lagi aku dah mengemas rumah. Dah few days hubby tak mop lantai. I decided to mop lantai hari ni. Adoi!! sakitnya pinggang aku mengemop satu rumah. Mop lantai, sapu sampah, bersih dapur, laundry dan mcm2 lagi menyebabkan aku tersangat la malasnya nak masak. Since mood malas masak telah datang, aku pun terpaksa la masak yang sempoi2, yang tak memeningkan kepala aku. The result is, bubur nasi and ikan bilis goreng. Aku lupa nak ambik gambar bubur tadi. Sejak dua menjak Makcik Ton takde, nak ambik gambar food pun malas. Ishk! teruk betul aku..

Dah few days aku promised hubby nak masakkan dia sambal tumis ikan tongkol. Now dalam sink aku, terbaring seekor ikan tongkol yang sangat besar, weighing about 1.5kg, menanti untuk dipotong dan dibuang perut. Urgh!! malas sungguh! Lepas ni terpaksa la aku berperang dengan ikan tongkol tu kat dapur. To get the best tasting sambal tumis ikan tongkol, ikan tongkol kena kukus and simpan overnight. Kalau malas nak masak sambal tumis, goreng and perah asam limau pun sedap! Hubby suka ikan tongkol bakar makan with pulut. Yum!

Buah manggis mok banyak berjasa. Semalam, my Ausmat mate,  Zuera (yang aku tak jumpa berbelas tahun), datang visit. She was in KL with her dear hubby, ada keje kat PJ. Aku suruh dia singgah kejap kat rumah aku, ambik manggis. Thank you Zuera for visiting. Lama betul kita tak jumpe yek. Then Lily pun datang jugak, ambik manggis. Lily and Zuera pun dah lama tak jumpa, since lepas Ausmat, before fly to Aussie. Then today, aku hantar some manggis to rumah Erlina, my schoolmate masa sekolah rendah, yang dah berbelas tahun tak jumpa jugak. hehe.. tak sangka betul, sebab manggis, I get to see people that I havent seen for ages, Alhamdulillah.

Ikan Bilis Jepun Goreng

Tuesday, July 20, 2010

Back in KL!

It was such a short trip, sampai sekarang rasa sengal2 badan. We went back to Jabi, Terengganu on Saturday, sampai rumah mok dah almost 1am. Bangun pagi, pegi breakfast kat Jerteh, pastu start pusing mencari ikan fresh. Mula-mula, pegi Panchakan beli ikan kering and tengok2 kalau2 ada ikan baru naik. Sampai situ, cuma ada ketam je. Now musim ketam, so it's ketam everywhere. Since abah malas nak tunggu, mok just bought ketam and ikan kering. Then kita orang terus pegi ke Beting Lintang.

Sampai kat Beting Lintang, kebetulan bot2 nelayan baru naik. Again, ketam, ketam, ketam dan ketam. Cuma ketam kat Beting Lintang murah dari kat Panchakan by RM1 and ketam kat situ banyak betina. Mok bought another 4 kg of ketam. Ikan tak banyak naik, yang ada pun ikan kerisi. Aku cukup anti ikan kerisi, really hate the tasteless meat. But hubby loves it, especially yang baru naik from laut. Ikan kerapu pun ada gak, but very small. Some of the fish yang baru naik tu, still bernafas lagi.

Then ada sorang pakcik ni, bawak naik sotong. Rezeki aku hari tu, dapat makan sotong fresh. Bila aku pegang sotong tu, aku nampak bintik2 kat kepala sotong tu macam berkelip2, exactly macam lampu kelip2 masa raya. Bintik2 tu timbul and tenggelam. Terkejut aku, macam cite alien pulak. Aku tanya la pakcik tu, kenapa bintik atas badan sotong tu timbul tenggelam. Rupanya sebab sotong tu still alive. Urgh!! ngeri aku dengar. Balik rumah, sotong2 tu semua dah mati. Tapi masa nak bersihkan sotong tu, aku memang ngeri giler coz the tentacles tu melekat2 kat sink, ada suction. Ewww!! terus aku tinggal sotong tu, and mok yang tolong bersihkan. Ampun mok... kesian pulak tengok mok aku berdiri tepi sink bersihkan sotong. Tapi nak buat mcm mana, aku tak rela!!

Udang Kara/Crayfish.

I've never seen crayfish before. Bila tokey ikan kat Beting Lintang tu tunjuk Udang Kara ni, I thought it was some siput species. Rupanya udang kara ni, sedap. Since ada 3 ekor je, makcik tu bagi free je kat Iman. I forgot to bring it back to KL. Hopefully mok tak buang udang kara ni. I want to cook it coz few of my friends yang dah penah rasa, cakap sedap. 

Buah Maggis belakang rumah my parents in Jabi. Dear Uncle Lee, I left some for you. Please come and collect at my house ye. These manggis are extra sweet, semanis tuan rumahnya.. hehehe

Ikan bilis jepun, putih, halus and blue-eyed.

According to makcik mah, tokey ikan bilis kat Beting Lintang, these ikan bilis is quite rare and expensive. Sepanjang almost 2 years aku beli ikan bilis kat situ, ni first time aku jumpa those ikan bilis. I love buying bilis kat Beting Lintang tu sebab ikan bilis is catch daily. Balik je from laut, the bilis will be boiled, and dried. Pastu akan dijual the next day. Dia orang tak simpan stock bilis sebab everyday akan ada pemborong yang datang beli. So bilis kat sini dijamin bersih and it's dirt cheap too! :D

Saturday, July 17, 2010

Manggis!!!

Wahai Cik Manggis, daku pulang ke pangkuan mu!! Yay!! For the next few days, I'm gonna devote my time to you. Bangun manggis, makan manggis, tido manggis. Boleh la aku bergolek2 kat bawah pokok manggis mok :D

Friday, July 16, 2010

Menu Sempoi

Bila dah penat, malas nak pikir nak masak apa. The easiest is to cook nasi goreng. Mula2 nasi goreng cina, pastu nasi goreng kampung, then nasi goreng tomyam, pastu nasi goreng ikan bilis. Ni nasi goreng ikan bilis yang aku masak menggunakan perencah nasi goreng ikan bilis adabi. Masa pegi Mihas hari tu, semua perencah goreng2 were selling at 40 sen each. Kalau beli kat Jusco, it's priced at 65 sen. Rasa menyesal aku tak beli banyak2.


Nasi Goreng Ikan Bilis with Khepok Lekor

Perencah Adabi

Sapa tau ni buah apa?? Buah Binjai!! My favourite!! :D

Last nite adik aku Maulud came over, hantar buah manggis, buah binjai, petai and buah salak. Fuh! memang heaven makan buah manggis. Favourite aku tu. Abah telepon bagitau buah manggis dah masak. Tak sabar2 aku nak balik esok. So mungkin for the next few days I wont be able to update my blog. Pokok Manggis!! Here I come!!!! 

Jangan jeles ye, pokok manggis belakang rumah abah ada more than 50 pokok yang rendang2, buah lebat sampai tak nampak daun (I might be exaggerating about the buah though.. hehe)

Thursday, July 15, 2010

Howl's Moving Castle & Sogo

I'm hooked on Ghibli's movies especially Howl's Moving Castle sampai hubby tanya "You tak bosan ke tengok cerita sama over and over again?". Suprisingly, no.. hahaha.. Bila tengok rupa Howl yang handsome tu, I wanna be Sophie!

Howl yang hensem

Castle Howl yang sangat la buruknya..

Today aku pegi Sogo Warehouse sale. This time memang worth it untuk pegi. Kalau nak tengok the catalogue, boleh tengok kat sini. Aku memborong snacks for the kids' lunch boxes. Sejak dua menjak Makcik Ton takde ni, terpaksa la aku masak everything express. Tak sempat la nak buat semua benda sendiri. Dah la aku still kena jalankan tugas supir sepenuh masa tu, which means, at least 7 times keluar masuk rumah to send and pick up the kids. *sigh*..

Masa DKSH warehouse sale, I bought rubbermaid food containers for RM2-RM3. Tadi tengok kat Sogo, those are selling for RM10 and above. Fuh! nasib baik aku borong byk2 containers rubbermaid masa sale hari tu. Tengok the price tag, sale 50% off, but still way too expensive dari warehouse DKSH. But botol susu Avent, ada discount 40%. Which is actually a very good buy. Selalunya Avent sale pun, dalam 20% off je. Paling tak tahan kalau pegi Sogo sale ni, part membayar. Adus! letihnya aku beratur.. panjang giler... Dah la ada 2-3 orang pemborong yang memborong maggi and Ali Cafe coffee. Beratus2 pack Ali Cafe dia org borong. Kesian those yang beratur belakang pemborong tu.

Since hari ni aku pose, balik from Sogo, nak taknak, terpaksa jugak masak. Aku bukak pose makan nasik goreng kampung with kepok lekor. I was dead tired.. tak larat sangat2. I spend more than RM600 memborong macam2, dah la kena heret barang sorang, pastu unload pun kena buat sorang2. Well, Iman did help. Dia tak pegi sekolah today coz she's not feeling very well. But oleh kerana Makcik Ton (lagi!) takde, maka aku terpaksa jugak bawak dia pegi Sogo.

Wednesday, July 14, 2010

Lunch date

I wanted to update this yesterday, but I was too tired with housekeeping (macam keje housekeeping hotel pulak.. hehe) and socialising. Kalau cakap pasal keje rumah, memang sampai sudah tak habis. The sweeping, mopping, cleaning up, dusting, dish washing, laundry etc are like a never ending story. Tiba2 teringat lagu Never Ending Story by Limahl. Eh! langsung takde kena mengena dengan entry aku ni.. ishk! melalut la pulak.

After picking up Iman from school, I went to the author of Kulit Manis - A Taste of Terengganu's Heritage's house at Jalan Gurney. Dah lama dah plan for this lunch date. Alina who lives in Paris came back for a three weeks gastronomy adventure with Spanish and Portugese journalists. The program is under Tourism Malaysia Paris. Part of the program is to experience Terengganu gastronomy. When she came across buku Kulit Manis tu, she was very excited. Since the author is hubby's relative, I introduced Alina to the author. But the funny thing is, before this, aku pun tak kenal Alina. I got to know her dalam facebook thru Jeni. Semalam tu first time jumpa Alina :D

We were served Nasi Dagang (aku makan sikit je sebab dah tak lalu nak makan nasik dagang), rojak betik (mok used to masak rojak ni masa aku kecik dulu) and kepok lekor. Aku makan kepok lekor la banyak, yang lain semua dah biasa makan. But the food was delicious! Lama jugak la duduk kat sana.

The beautiful garden

Lawa kan bunga ni?

Nasi Dagang

Gulai Ikan Aye/Tongkol

Rojak Betik makan dengan kuah yang dibuat daripada ikan

Sira Palembang for dessert

Monday, July 12, 2010

Potluck Tea @ Harun's

On Saturday, Harun (adik aku yg ke-3) invited us to his new condo kat Taman Melati. Dia baru je pindah kat situ 2 weeks ago. Kalau from my house, it takes about 5 minutes drive utk sampai kat rumah dia. It's quite convenient for me, takyah susah2 nak rentas bandar, jam etc. But entrace to the condo is  a bit confusing. If driving from zoo, kena masuk before Esso kat tepi Sate Haji Samuri. As usual, hubby terlepas, so kena pusing jauh jugak. *sigh*... it's so like him.

Since it was a potluck party. I decided to buat puding. Aku berkenan tengok puding marble roti kat rumah hana. Femes betul puding roti hana ni. As usual, aku malas nak copy down the recipe, just main agak2 je. Sorry ye hana, but thank you nontheless sebab agar2 tu sungguh sedap. 

For petang tu, aku bawak puding marble roti and sausage rolls. The kids were excited with the sausage rolls. Baru je hidang dalam pinggan, tengok2 dah habis. Sabar je la aku.. Tak sempat mak2 dan bapak2 semua nak merasa. Adik aku Mas bawak bubur gandum. Ida (wife harun) pulak masak roast chicken. Memang kenyang la kita orang petang tu. 

The Condo, develepor : Platinum Victory. Aku still prefer condo adik aku, Maulud, Opal Damansara. 


Puding Marble Roti ~ Hana

I'll paste from Hana's blog. Thx again Hana for the delicious, tested recipe :)

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair ( aku guna 1 tin susu cair)
  • 8gram serbuk agar2 ( instead of agar2 serbuk, aku guna 20gm of agar2 strips)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) (I omitted butter)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml (I used 400ml air)
  • 2 sudu besar serbuk koko (aku guna 3 tbs cocoa powder, bancuh dengan sedikit air panas)
  • Tambahan - 2 tbs vanilla essence
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Sunday, July 11, 2010

Nasi Lemak with Ikan Tongkol/Aye

Day 4 without Makcik Ton...

I thought I would be dead tired sampai  takde masa nak masak. Rupanya tak. Bila Makcik Ton takde, lagi rajin aku masak. Maybe jugak sebab aku ada 2 orang anak dara yang boleh dikerah. Buruh free la katakan, so boleh la disuruh buat macam2. Bangun tido tadi, dia orang dipaksa mengemas bilik mama, pastu menjemur baju yang mama dah basuh, semuanya ada dalam 4 bakul besar. Peh! banyak betul baju yang dibasuh oleh mama. Sorry ye En. Washing Machine, hari ni awak terpaksa bekerja keras pulak. Lepas jemur baju, kena basuh kasut, pastu kena tolong mama kat dapur. Hehehe.. sure dia orang tension giler..

Hubby cakap he misses Makcik Ton a lot! sebab masa Makcik Ton ada, aku jarang membebel. Bila Makcik Ton takde, keje aku membebel je. Ye la, melampau betul. Ada ke patut kotak rokok dibuang kat atas lantai. Rumah aku bukannya takde tong sampah. Dah la tu, pinggan mangkuk yang dah guna, letak bersepah. Apa salahnya letak kat dalam sink. Pastu tuala lepas dah guna, sangkut la kat penyidai. Lantai is not penyidai. Grr..... Mana la aku tak geram.

Last nite lepas dinner, aku kukus ikan tongkol. Ok, this might be a bit confusing. Kukus kat sini bukan steam ye, but rebus dalam periuk. Mok panggil ikan kukus, aku pun panggil ikan kukus jugak la. Dunno why org Terengganu tak panggil ikan rebus. Anyway, nak buat sambal tumis ikan tongkol ni, ikan tongkol kena kukus and biarkan overnight. Kalau kukus, then terus guna, isi akan lerai, tak pejal.

Nasi Lemak with Sambal Tumis Ikan Tongkol

Ikan Tongkol atau lebih mesra dengan panggil ikan aye for orang Terengganu/Kelantan :D

Recipe : Sambal Tumis Ikan Tongkol

Ikan Kukus
bahan2
1 ekor ikan aye (approx. 1kg - 1.5kg) - potong 4-5 bhgn
5-6 asam keping
1 kerek nisang (K.Hani cakap orang kedah panggil
ge'ghek)
3 tbs salt
3 cups air

cara2
1. masukkan air, garam, nisang, asam keping and ikan dalam periuk. bila dah mendidih, kecikkan api.
2. masak approx 1 jam or sampai air almost kering.
3. biarkan overnite.

Sambal Tumis
Bahan2
20 ulas bwg merah
10 ulas bwg putih
1tbs belacan
2 tbs asam jawa - ambik air
6-8 tbs cili giling
salt, sugar

cara2
1. blend bwg merah, bwg putih and belacan.
2. panaskan minyak, tumis bahan blend and cili giling sampai garing.
3. add 4 tbs sugar, then tumis lagi sampai cili betul2 masak. i cooked my sambal about 45 minutes, guna api kecik je.
4. masukkan ikan tongkol, with remaining air yg ada. rasa dulu, baru add garam, air asam jawa and gula sebab ikan tu dah masin and masam. 


Selamat mencuba! :D

Saturday, July 10, 2010

My beloved...

When they're asleep, gazing at them, I can feel my heart is exploding with the love that I have for them...


Kakak sleeping peacefully..

Adik, as usual, quite restless..

and mama........



terpaksa lipat baju yang bertimbun.. huwaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, July 8, 2010

Hectic Thursday

Day 1 of Makcik Ton meninggalkan rumah aku.

I slept at 4.30am last nite sebab I slept earlier lepas maghrib  and bangun at 10pm coz I wasnt feeling very well. Rasa mcm nak demam, badan seram sejuk. Balik from hantar Makcik Ton ke LCCT, terus rasa tak sihat. Semalam, on the way to LCCT, it was raining Godzilla and Mozilla. I left Melawati at 1.00pm lepas antar Iffah to school and ambik Iman from school. Iman terpaksa ponteng KAFA sebab aku risau takut tak sempat nak ambik dia at 5.30pm. Mana la tau kot2 jam ke apa ke. From Melawati 1.30pm, aku sampai LCCT at 3pm. Patutnya, kalau tak hujan lebat macam semalam, dalam 1/2 jam dah sampai kalau aku lalu ikut MEX. But it was raining heavily, I could hardly see the road, yang nampak cuma tail light kete depan je. I was driving at 50-60km/h, which is so unlike me.. hehe

Sampai kat LCCT, aku terus check-in Makcik Ton, and suruh dia tunggu depan gate. Her flight was at 6.15pm, but aku takleh tunggu sampai dia naik flight coz nak ambik Iffah from school at 6.30pm. On the way balik, aku nak ikut MEX, but entah macam mana, I ended up kat Putrajaya. Dah pening kepala aku, tak tau nak pusing mana. From Putrajaya, aku sesat pulak kat Seri Kembangan. Sakit giler kepala aku nak cari jalan keluar. Last2 entah mcm mana, sampai kat UPM. Lega sangat2 bila nampak UPM. Aku pun terus ambik highway, keluar kat Sg. Besi Tol. Pastu from tol Sg Besi, aku ambik SMART tunnel (which buatkan aku rasa loya sgt2 sebab aku claustrophobic), then aku ambik AKLEH, terus sampai rumah. Bila sampai rumah tu, leganya!! What an adventure. Orang KL pun boleh sesat barat.. hehehe

Aku rasa SMART tunnel tu yang buat aku rasa mcm nak demam. Memang menyesal giler la ambik that tunnel. Masa drive dalam tunnel tu, rasa mcm the tunnel cave in. I was driving extremely slow, at 40-50km/h. Mesti kete2 belakang aku ingat aku ni typical pompuan, bawak kete menyusahkan orang.. Aku hope lepas ni I dont have to take SMART tunnel anymore. Tobat makcik!

Back to cerita hari ni. Since Makcik Ton dah takde, walaupun aku tido at 4.30am, aku terpaksa jugak bangun pukul 6.30am, siapkan breakfast for the kids. I made them nasik goreng cina dan pagi2 lagi tangan aku dah melecur. Besar pulak tu.. sob sob.. kena minyak panas, akibat mengoreng nasi masa mata 3/4 tutup. Lepas hantar the kids to school, aku tido sampai la pukul 10am. Bila bangun tu, baru la rasa kurang weng.

Suprisingly, without Makcik Ton, I managed to siapkan banyak keje, termasuk la basuk baju, masak, kemas rumah. hehehe.. Pastu petang tadi, Ella datang nak makan Pulut Cawang. Buat cooking demo la pulak untuk Ella. Ella, hope engkau dah puas makan pulut cawang tu, at least dah tak mengidam lagi dah kan? :)

Now, I'm dead tired... I'm so sleepy............


Sunny, mati on Saturday (3rd July). RIP Sunny gemuk!

Tuesday, July 6, 2010

Makcik Ton balik Jawa Tengah..

Huwaaaaaaaa... itu la perasaan aku bila aku bangun pagi tadi, makcik ton cakap that she wants to go back tomorrow. I was like.. WTH! kan tiket aku beli untuk dia balik is another month from now. Pesal lak tiba2 nak balik esok?? Banyak la benda tak kemas. Spring cleaning dapur tak start lagi. Argh!!! Tidak!!!!

Rupanya pagi tadi, her siblings telepon, adik pompuan Makcik Ton, K.Sue, tengah nazak kat hospital in Surabaya. Dia dah muntah darah. Sakit apa, aku tak sure. Doctor suspected sakit buah pinggang. She was supposed to go for a transplant last month but her condition got worse. So takleh operation sampai dia ok sikit. Tapi nampak gayanya macam takan ok sampai bila2. Makcik Ton cakap, kalau dia tak balik, dia takut menyesal nanti. *sigh*... dengan berat hati, aku terpaksa bagi Makcik Ton balik esok. So tadi aku belikan one way ticket (to the blue) untuk Makcik Ton balik Surabaya. Balik Msia nanti, dia boleh guna tiket yang aku dah belikan, which is dated 3 months from now. Tiga bulan??!!!! Argh!! bagi seorang yang penggeli macam aku, memang pengsan la kalau aku kena bersihkan cicak mati atau apa2 yang sewaktu dengannya. I can survive!! hopefully...

The truth is, boleh sangat aku survive without Makcik Ton. With just 2 daughters yang dah besar, InsyaAllah I'll be able to delegate tasks to them. Tapi, given that aku dah hidup dengan Makcik Ton for 22 years, rasa macam patah kaki bila dia balik lama macam ni. Selama ni, kalau dia balik cuti, paling lama pun 2 months. Ni pun ada ura2 that maybe she'll be coming back here later than expected. Adus!! This year mok timang 4 orang cucu, one is coming soon next month. Kalau ada Makcik Ton, at least ada orang yang tolong mok while Mina (adik ipar aku) dalam confinement next month. Without Makcik Ton, mok sure letih giler....

Oleh kerana Makcik Ton nak balik dah esok, aku takde mood terus nak masak. Hari ni semua kena gi makan kat kedai. Walaupun aku pose, tapi mood memasak tu langsung dok mari. Aku berbuka dengan lauk pasar malam je la nampaknya. Tadi aku bertungkus lumus membuang dan mengemas dapur. Sampai naik pening kepala aku..

Monday, July 5, 2010

Lancome

My mum introduced me to Lancome when I started working. Masa tu Lancome products takde la semahal sekarang. Kalau beli 1 set of skin care, selalunya will not cost you more than RM400. Sekarang ni, satu tub anti wrinkle cream je dah almost RM400. I stopped using Lancome bila kawin. Sedih jugak sebab I've been a sworn Lancome follower for more than 5 years dah masa tu. But I cant afford to buy Lancome anymore bila Iman and Iffah came into the picture. Dari habiskan duit beli Lancome, might as well aku beli toys for them.

Kiranya, dah lama jugak la aku tak beli Lancome product. Lagipun aku ni bukannya rajin sangat nak jaga kulit. Sometimes, seminggu sekali cuci muka dengan facial wash pun malas. Takat basuh muka dengan air sejuk je. My skincare brand ranges from Himalaya, to Missha and sometimes bila K.Ta taknak habiskan her SK11, then aku akan guna SK11 yang K.Ta bagi. Alhamdulillah, I'm blessed with good skin. Though I'm suffering from PCOS, but aku takde acne problems. Aku sangat2 bersyukur. I take it for granted that, good skin doesnt need tender loving care as much as problematic skin. But as I grow older, I find it hard not to care anymore.

Recently, Azli went to Paris, dia offer nak belikan Lancome. Aku pun apa lagi, kirim la kat dia belikan Lancome primordiale range. Aku suka primordiale sebab lepas pakai seminggu je, dah boleh nampak kesan on the skin. Skin will look radiant and soft.

Day cream

Night cream

Both cream cost me less than RM400. Aku dapat Primordiale Yeux for the eyes FOC. I'm so happy!! Finally dapat pakai balik Lancome setelah lama menunggu. Kalau beli kat Msia, rasanya it will cost me almost RM800 for both cream. Thank you Azli! Believe it or not, mok has been using Lancome for more than 30 years, until recently. Now she's using SK11 sebab dia ada pigmentation problem on her skin. I think I should stick to Lancome for at least another 25 years :D

Sunday, July 4, 2010

Harimau Kuat on Saturday!

Kalau baca the title, mesti orang ingat aku akan bercerita pasal rimau. Salah tu.. Aku nak bercerita macam mana aku berjaya mendapat kuasa harimau kuat semalam. Macam real je kan? hahahha..

The day started as early as 8am. We went to sekolah Iman and Iffah untuk ambik report card. Alhamdulillah this semester, Iffah improved a lot compared with last semester. Her overall percentage increased more than 15%. I felt relieved. But unfortunately, cikgu Ifatitah cakap she has to improve more coz with her percentage, she might not be able to stay in her class now. Ye la, budak2 punya percentage mostly about 94%, hers was only 89%. Susah hati betul... The problem with iffah is, her BM teruk, pemahaman and penulisan semua dapat rendah. Dah tu macam mana nak dapat more than 90%.

Iman's result tak memberansangkan sangat. Her percentage dropped by more than 5%. I dont want to be a kiasu mom, yang sibuk menghantar anak tuition ke sana sini. But I dont think I should just duduk diam, doing nothing. Aku suka hidup aku masa kecik2 dulu. Mok and abah tak pernah pressure aku untuk belajar. Asalkan aku pegi sekolah tak bunuh orang, tak cari gaduh, tak pukul cikgu, they're ok with it. Aku try nak treat my children the same too... no pressure in studying, as long as they get their homework done. Tapi nampaknya macam tak berkesan je.. What should I do??

Dalam susah hati tengok the kids' results, aku sempat lagi menjoyah dengan kengkawan. Lepas ambik report card Iman and Iffah, I went to Pavillion with Iffah, jumpa Sally, Nito, Ally, Roger and Azli. Azli belanja kita orang makan kat Ichiban at Pavillion. Aku takde la suka sangat makan japanese food, tapi layan je la. Suprisingly, the food kat Ichiban Boshi tu sedap. Next time boleh pegi lagi.

Ally's lunch set. Salmon tu sedap sangat2 :D

Lepas semua dah kekenyangan seperti ular sawa, Azli ajak makan Japanese ice cream. I was like... can we please not eat anymore japanese?? Last sekali, kita orang decided to pegi Baskin Robbins (actually, aku yang nak sangat makan Baskin Robbins.. hehe). Punya la jauh nak naik lift pegi Baskin Robbins. Ichiban is located kat food court, which is kat lower ground floor. Baskin Robbins pulak kat 6th floor, near Times Bookstore. I chose Jamoca Almond, same flavour with Nito and Sally. Roger pulak ambik Chocolate. Iffah wanted to try the Choc Chips, which is sooo tak sedap, manis yang amat. Ally's ice cream pun manis jugak coz she chose pralin. Azli makan apa yek? Aku dah lupa flavour yg dia ambik. I wanted to order for another serving of Jamoca Almond, tapi rasa bersalah pulak kat Azli sebab dia yang kena belanja.. hehe.. last-last tak jadi. Lagipun perut aku rasa mcm nak burst, kenyang teramat sangat. Thank you Azli for the wonderful lunch and successful menjoyah session :)

Me and Roger with the girls (aku orang pertama yang menghabiskan ice cream :) )

Balik rumah, Sally hantar. Nasib baik jugak coz I didnt drive. Kalau aku suruh hubby ambik kat Pavillion, mau mengamuk pakcik tu.. hehe. Nito pun ikut sama sebab dia nak makan Nasi Minyak. And yes, I cooked nasik minyak yesterday. Balik from sessi menjoyah, aku terus masuk dapur masak ayam masak merah for the nasik minyak dish. Daging nasik minyak aku masak the nite before sebab nak bagi masa for the daging mesra. Nito and Sally makan nasik minyak tu siap bertambah. By tengah malam, lauk semua dah habis. Punya la banyak aku masak semalam 4kg basmathi, 4kg daging, 4 ekor ayam and semua licin. Hubby invited some friends over for dinner, itu yang licin semua nasi and lauk pauk. I was so tired by the time guests semua balik. Alhamdulillah, it was a success.

Saturday, July 3, 2010

Shariff Dancing

















Shariff dancing while Iman singing a song from The Mask and Happy Feet.

Alamak! I dunno how to turn the video 90 degree clockwise. Aiyo!

Friday, July 2, 2010

Busy Friday,,,,,,,,,,

Hari ni aku kena buat macam2 benda. Pagi tadi dah la bangun lambat, almost 7am baru terjaga, dah kelam kabut kejut the kids untuk mandi, solat and pegi sekolah. Yang peliknya, last nite aku tido awal, at 10pm. Selalunya pukul 2-3am baru tido. Tak tau apa mimpi last nite, alih2, 10pm dah terlelap. Kalau tido lewat, boleh pulak bangun awal, but bila tido awal, susahnya nak bangun awal.

Kejap lagi aku nak pegi Jusco AU2. Today ada J-Card Fiesta kat situ. Every 1st friday of the month, Jusco AU2 akan ada Jcard Fiesta. Usually aku akan beli groceries time tu sebab every RM100 you spent, you'll get RM5 voucher. But yesterday aku dah beli barang kat Tesco, so I'll just go to Jusco untuk beli sayur and buah saje. Balik from Jusco, I wanna bake banana cake. Banyak sangat pisang kat rumah ni. Pokok pisang belakang rumah menghasilkan setandan pisang berangan yang sangat gemuk! Jenuh nak menghabiskan.

Popia Goreng 

Dadih Chocolate for kids' lunch box

Esok hubby wants me to cook Nasi Minyak Hujan Panas. Malasnya rasa.. He's friend is going to Vietnam for a year, so dia nak buat makan2 for his friend plus a belated birthday party for Iffah. Kebetulan esok his siblings pun ada kat KL. Dia orang datang untuk registration anak sedara hubby yang dapat masuk UTM, Jalan Semarak. Sempat ke tak aku nak masak esok ni. Dah ler esok jadual aku pack. Pagi2 lagi nak kena pegi ambik report card iffah & iman, then Mas ajak pegi DKSH sale, then lunch with Azli and friends kat japanese restaurant kat Pavillion, pastu makan2 kat rumah.. adoi! pengsan aku esok.

 

Location
DKSH Malaysia Sdn Bhd
Lot 74 Jalan Universiti
P.O. Box 77
46700 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
http://www.shoppingnsales.com/2010/07/01/3-4-july-2010-dksh-stock-clearance/

Thursday, July 1, 2010

Lemon Cheese Tart

This recipe was posted by Ella in our egroup ages ago. Aku suka sangat this recipe sebab senang dan insyaAllah jadi. The original recipe uses blueberry, but aku tak suka blueberry yg manis tu. Aku gantikan dengan lemon. Bila buat lemon cheese tart, aku teringat Pak Abu, kawan masa sekolah kat Terengganu. Punya la lama aku janji dengan dia nak buat lemon cheese tart, tapi tak tersampai hajat sebab selalunya time dia balik msia, aku ada kat KL. Dia pulak bila balik je msia, terus balik Terengganu. He's working kat Qatar, selalu jugak balik, every month at least once. Sorry ye Pak Abu, insyaAllah ada rezeki awak tu.

Kenapa ye tiba2 minggu ni aku jadi extra rajin buat cheese tart? Aku saje je nak menghabiskan stock cream cheese yang berlambak2 dalam peti. I'm the kind yang, bila ada sale je, aku akan beli, beli dan beli. Last2, bila tengok dalam peti, macam2 ada, tak guna pun. In order not to membazir, maka aku harus habiskan stock2 yang ada before aku beli yang baru.. hahahhaa..

Lemon Cheese Tart

Recipe (source : Norzailina Noordin)

Bahan2 pastri
250 gm tepung gandum
80gm butter
40 gm marjerin
10 gm gula (aku guna 2 tbs)
1tsp salt
1-2 tbs iced cold water
1 egg yolk

bahan2 inti
100gm butter
100gm castor sugar
225gm cream cheese (i used 250gm at room temperature)
1 egg
blueberry filling (I used lemon filling, yellow colouring)

Cara2
1. Untuk buat pastri : gaul garam, tepung, butter and marjerin, sampai jadi macam bread crumbs. kemudian masukkan gula.gaul rata.
2. masukkan telur dan air. uli sampai jadi dough. masukkan dalam bekas (I used ziplock), biarkan dalam peti for 1/2 hour. panaskan oven.
3. kemudian canaikan dough setebal 3mm, masukkan dalam tart tin, bakar for 10 minutes pada suhu 200 celcius, keluarkan
4. untuk buat inti : pukul gula dan butter sampai gebu, masukkan telur dan cream cheese, pukul lagi sampai gebu.
5. sudukan sikit adunan cream cheese dalam kulit tart, kemudian masukkan blueberry or lemon filling, tutup dengan cream cheese filling. lorekkan dengan hujung pisau untuk buat corak. 
6. bakar for 25-30 minutes dalam oven at 190 celcius. 

selamat mencuba!! :D