Monday, November 2, 2015

Kacang Pool

Akibat malas nak masak hari ni,  maka terpaksa la cook something simple.  Pepagi lagi aku dah keluarkan minced mutton.  Mula2 ingat nak masak patties utk hubby,  but since today dia tak sihat,  aku terpaksa masak something healthier for him. Eh! kacang pool healthy kan? hahahaha

Anyway,  kacang foul medammas tu aku beli kat Berkat Madinah Ampang. Kacang2 lain pun beli kat situ,  cheaper.  Sila google,  in syaa Allah jumpa the address.

Kacang Pool
Adapted from Mr Google

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gm minced mutton /beef
2 tin  foul medammas
1 tin baked bean
1 tin kacang kuda/chickpeas
2 camca besar rempah kari daging
1 tbs. chili flakes (optional)

*semua kacang tidak perlu ditoskan.

blend halus
1 tsp ketumbar -  sangai
1 tsp jintan manis -  sangai
1 tsp lada hitam
2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Roti
Bawang besar - dadu
Tomato - dadu
Cili hijau/cili merah, dipotong

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan kuali,  masukkan minyak dan  minyak sapi.  Tumis. bahan blend sampai garing. 

2. Masukkan rempah kari dan 1/4 cawan. air.  Apabila rempah garing,  masukkan minced mutton.  Masak hingga mutton kering.  Masukkan baked beans,  chickpea,  foul medammas bersama air dalam tin. 

3. Masukkan garam,  gula.  Masak dengan menggunakan api perlahan selama 10-15 min. Jika  kacang pool terlalu pekat,  boleh masukkan sedikit air panas.

4. Hidangkan bersama telur mata lembu,  bawang dadu,  tomato  dadu,  cili hijau dan sedikit cili sos jika suka. 

No comments:

Post a Comment