Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Solok Lada

Mok buat solok lada semalam. My sister Ayu ajak makan rumah mok, but aku tak dengar masa dia ajak tu. So aku terlepas the opportunity to makan solok lada yang mok buat.  Sedih nya! Mok made the best solok lada. And she took the effort to pegi cari lada hijau kampung kat pasar malam. Kalau buat solok lada, lada hijau tu is the best sebab pedas dan besar, senang nak sumbat the kelapa and ikan mix.

Oleh kerana takde lada hijau kampung, aku beli je lada hijau biasa kat Giant. Ni semua sebab kes teringin sangat la ni. I freeze lebihan inti ikan tu, nanti boleh buat lagi.

Solok Lada

Bahan2 
1 biji kelapa - preferably beli kelapa yang tak terlalu tua
6 ekor ikan sardine – rebus, buang tulang dan tumbuk lumat
250ml santan pekat

Bahan tumbuk 
10 ulas bwg merah or 2 biji bawang besar
2 inci halia
2 1/2 tsp garam halus
3 tbs gula

 Cara2 1.
 1. Kelapa di tumbuk lumat dan digaul dengan ikan dan bahan tumbuk.
2. Sumbat ke dalam lada hijau yang telah dibelah dan dibuang biji.
3. Susun ke dalam periuk, dan tuangkan santan pekat. Tutup periuk
4. Didihkan, kemudian, perlahan api dan masak for another 5 minutes or so.

Friday, May 25, 2012

In Terengganu

The girls ponteng sekolah this week coz hubby and mother in law is going for umrah tonite from Kuala Terengganu. Hubby was a bit confused about the date. Mula2 Ingatkan semlm flight, rupanya hari ni. Sian the girls, lama ponteng.

What do we do everyday since kita orang balik? Naik basikal! Orang Terengganu kata, gateh basikal :)

Thursday, March 22, 2012

Terengganu again

Cuti sekolah, as usual, we will be in Terengganu. And this cuti sekolah, we were in Terengganu.



Thursday, February 9, 2012

Nasi Dagang

Our menu for cuti on thaipusam day. Dah lama teringin nak makan nasi dagang tapi malas sungguh nak masak. Aku paling tak suka masak the nasi. It's so leceh. Kena rendam, kukus, kacau, kukus dan kacau lagi. Masak nasi putih lagi senang. But, that's what makes nasi dagang so special.


Nasi Dagang Terengganu

Nasik Dagang
Recipe can be found here.

bahan2
5 pot beras siam wangi AAA
2 1/2 pot air
2 1/2 pot santan (ambik from 1 biji kelapa)
daun pandan
2 tbs halba
2 inches halia - julienne
10 biji bwg merah - potong nipis
2 1/2 tbs garam (masuk dalam santan)

cara2
1. rendam beras for about 5-8 hours.
2. then kukus beras for about 1/2 hour, until 3/4 masak.
3. keluarkan dari kukusan, then masuk dalam bekas besar, tuang air, kacau sampai air kering dan nasi sejuk.
4. masukkan balik nasi dalam kukusan, then tabur halba, halia and bawang.
5. kukus sampai nasi masak dan jadi gemuk :)
6. tuang nasi dalam bekas besar, masukkan santan, kacau/harung sampai nasi tak berwap

Gulai Ikan Tongkol
bahan2
2 kg ikan tongkol besar, potong 3-4, rebus dengan nisan, garam and asam keping.

bahan untuk blend
25 biji bwg merah (i used 5 biji bwg besar)
10 ulas bwg putih
2 inci halia
3 inches lengkuas
12 tbs cili boh
1 tbs belacan
5 tbs rempah nasik dagang

santan 1 kg
nisan
garam, gula

cara2
1. masukkan santan dalam periuk, tuang bahan blend. masukkan dalam 5-8 cups of air
2. masak sampai santan naik minyak.
3. bila santan dah naik minyak, masukkan nisan, garam, gula, ikan tongkol dan air rebusan ikan tongkol.
4. masak for about 10-15 minutes, then masukkan cili padi, belimbing buluh

Saturday, December 31, 2011

Kemaman Trip

On Wednesday, we went to Kemaman. Hubby ada meeting, kita orang ditinggalkan di zoo kemaman. Masa kita orang sampai, dah almost 3.30pm. The zoo closing time is 5pm! Grr... kejap je masa tinggal nak masuk the zoo. Tickets for adult is priced at RM10 each and children RM7. From the entrance to the center, a buggy ride awaits the visitors. Lepas tu kena jalan kaki sendiri. Letih giler berjalan kat zoo tu. Dah la hujan, jalan memang penuh dengan lopak air.

Mula2 aku ingatkan zoo tu besar, rupanya, sangat kecik. Aku suka the tigers kat situ. Sangat2 sihat and cantik. But the animals semua tido. I guess the gloomy weather makes everybody sleepy termasuk la aku. Masa kita orang jalan2 kat zoo tu, cuma ada 3 other families je. Yer la, sapa la yang gile nak jalan2 dalam hujan, with jalan yang berlumpur. Err.. aku termasuk dalam orang giler tu.. hehe..

At about 4.30pm, we're done! Sejam je berjalan2. Sebenarnya aku nak balik lagi awal. It was almost void of visitors, some jalan very quiet and secluded, memang menakutkan for 3 orang pompuan jelita untuk berjalan2. Dah la ramai construction workers coz there is an on going construction kat zoo tu.

At 4.30pm, kita orang dah terpacak depan zoo. Hubby tak habis meeting lagi. He dropped us at the zoo and went to town for a meeting. Luckily I managed to get a cab from Kemaman Teksi. The ride from the zoo to town cost me RM15, which is not bad la. We made a stop at HaiPeng Kopitiam, makan2. Ingatkan lepas makan2, hubby sure dah habis meeting and ready to pick us up, tengok2, tak habis jugak meeting dia. Then we walked to A&W, and lepas kat situ sampai la hubby datang at about 7.30pm. Lama giler!! Luckily the girls tak complaint.

 On the buggy

 Tapir yang tengah tido dengan nyenyak

 Baby elephant yang sangat comel.

 This suspension bridge is built over the lions' and tigers' den. Aku tak tau pun. Masa tengah jalan atas bridge tu aku bau bangkai yg sangat kuat. Bila turun, baru tau, bawah tu ada rimau and singa!!

Iffah, camera shy this time sebab dia pakai baju tido!! Grrr.... We picked them up kat rumah their aunt, and Iffah was still wearing baju tido. Since hubby was in a hurry, tak sempat balik tukar baju.

Friday, December 23, 2011

Pantai Batu Buruk..

What do you do bila petang in Kuala Terengganu? Drive to pantai!! It's just 5 minutes drive from my mother in law's house. Well, it took more than 5 minutes today sebab jam yang amat dasyat kat depan Masjid Putih because of Al-Hijrah concert ke apa tah kat Shahbandar tu. Grrr... memang sakit hati sangat2. 







Monday, December 19, 2011

Rindu...

I miss home.. It has been 5 weeks since I left home. Patutnya hari ni balik KL tapi hubby decided to balik Sunday ni pulak. Huhuhu.. Terpaksa la cancel jumpa Rima and K.Yani this week.

Once I get my hands on the laptop, I will upload few photos during asyura making kat dalam kampung ni. The girls were so excited to be able to experience first hand making asyura dalam bulan Muharram. Actuallynya kan, aku pun tak pernah tengok orang buat asyura. Kira sabtu lepas tu, first time aku tgk orang buat asyura. Punya la lama nak kacau asyura tu, more than 4 hours. Memang berPeluh la ketiak masing2 :)


Asyura - Topped with sambal ikan, telur dadar and agar2.

Monday, June 13, 2011

Rare Sight

Kampung Kuala Kubang, Jabi, Terengganu (err.. kena click gambar baru nampak bintang :) )

Kalau kat KL, the only thing you can see malam2 is jerebu, jerebu and more jerebu. Tapi kat kampung, it's a different story. Kalau malam yang gelap gelita, langit cerah diterangi cahaya bintang. That's why aku suka sangat balik kampung  rumah my parents. 

Situated near Gunung Tebu, waktu malam, boleh dengar bunyi cengkerik, bunyi serangga, and even bunyi air sungai yang mengalir. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, that I'm still able to rasa nikmat macam ni.

Terengganu..

Pantai Penarik, on the way to Kuala Terengganu from Jabi.

I'm doing my upper body exercises in a short while. Thus, the short entry :)

Monday, March 21, 2011

Terengganu....

Almost every month, mesti aku akan balik kampung. Rasanya orang pun dah bosan dengan gambar2 yang aku upload. hehe.. sorry ye. This time, aku balik rumah my mom lama. In a way, aku bersyukur that I went back to my mom's place sebabnya, bila balik baru aku tau yg mok jatuh atas lantai while menyapu kat tepi kolah. Kaki belah kiri dia lebam and luka teruk sebab tersepak anak tangga. Pastu her chest was hurting pretty bad especially kalau dia batuk. Aku ajak pegi x-ray, dia takmau. Dah la dia nak kena masak everyday for tukang2 yang buat rumah burung walit tu.

Luckily, my SIL, Nora, ada kat rumah sebab it was school holiday. So, masa aku ada kat kampung, Nora will cook breakfast, and I cooked lunch. Rasa muak jugak bila everyday nak kena masak untuk ramai orang. Tapi memikirkan mok yang sakit, terpaksa la jugak. Then on Saturday, aku balik rumah my MIL kat Kuala Terengganu. I left the girls and Shariff kat rumah my mom in Jabi sebab dia orang taknak ikut, sibuk nak tolong their grandfather tanam cili. We went back for 1 night je kat KT. Thank you K.Ta, K.Nor, Suhaila and MIL sebab belikan so many gifts for the girls kat Vietnam.

Pagi semalam, hubby melantak bersungguh2 time breakfast coz it was our free day.

My favourite! Meehoon talam

 Rojok Katih (kaki lembu and lemak2)

 Jala mah (jala emas). Ni hubby's favourite.

Nasik Lemak Ikang Aye. Hubby's favourite too.

An American friend commented dalam fb, saying that this photo looks like New England. Ni gambar pokok2 getah lepas hujan lebat kat kampung my mum. Lawa kan?

Tuesday, March 15, 2011

Balik Kampung!

Balik kampung hari ni. Yay!! Eh! pesal aku tak balik2 lagi? hehe.. patutnya balik on Saturday, but hubby ada urgent meeting yg sepatutnya berlangsung semlm, tapi tak jadi. Pastu ingat nak balik semalam, tapi mak dia pulak datang KL sebab nak pegi Vietnam hari ni. Maka, today la kita org akan berangkat balik. So, for the next few days, aku takan masuk facebook dan update blog sebab takde internet kat rumah my parents.

Huwaaaaaaa... sedih la ni. Pesal la rumah parents aku takde internet. Kalau guna "berukband" pun, takan dapat signal. Punya la ulu rumah parents aku tu. Tapi, kalau ikut peta, takde la ulu sangat, kat Jabi je which is on the way to Jerteh kalau dari Kuala Terengganu. Erm.. tapi, tak tau la pesal internet takleh dapat kat situ. Telephone pun takde. Sedih kan?

Apa2 pun, kita jumpa lagi on Sunday or Monday ye. Unless tiba2 aku tergerak hati nak ke Jerteh untuk menggunakan pc kat cybercafe kat sana..

Monday, February 21, 2011

Tiring Journey Back To KL

A trip that normally takes about 6-7 hours, took us more than 10 hours. Rasa sebu bontot aku duduk dalam kereta & duduk kat kopitiam. We left Dalam Kota at 12 noon, the 1st stop was at BB Kopitiam. Hubby nak jumpa his friend, Zula (Rina's hubby). Pastu pegi rumah my SIL, K.Ta, untuk ambik ikan, udang and sotong yang my mom bagi on Friday that we went to my parents' house. Sekarang kan musim udang, maka, meriahla peti sejuk rumah mak aku tu dengan udang besar. The selling price now is RM35 perkg. The ones yang kat sini selling for more than RM50 perkg. The best part is that udang tu fresh, baru naik dari laut. Kalau beli yang the ones selling kat KL ni, dah beberapa hari duduk dalam air batu.

I asked mok to buy sotong sebab nak buat ketupat sotong. Rindunya nak makan ketupat sotong. Lama betul tak masak sebab malas nak beli sotong kat sini. I hate the smell. Kalau beli kat kampung, tunggu bot2 nelayan kecik balik from candat sotong, the sotong smells of laut, bukan hanyir mcm the ones selling kat pasar sini. I started to like eating sotong pun lepas makan sotong yang baru naik from laut. Kalau tak, dulu, memang langsung tak makan sotong.

After rumah K.Ta, we went to Pasar Payang, I bought 5 ekor kan tongkol hitam. Selalunya aku beli at least 15 ekor ikan tongkol but hubby cakap, next month, we'll be going back to KT again, so beli sikit je la. Lagipun, since we're now on low calorie diet, our main meal cuma 2 je, lunch and dinner, so we dont need that many ikan tongkol.

On the way to Kemaman, I slept the whole journey coz I was having a severe migraine. It was so hot yesterday, nak bukak mata pun silau. Sampai kemaman, hubby wanted to make a stop over kat his office in Kemaman. We had lunch kat Jack's Garden Cafe near his office. We had to wait for more than 1 hour. Pastu pegi pulak kat Kemaman Chendol Kopitiam, tunggu lagi another 1 hour for him to conclude his meeting. Lepas his meeting tu, we went to this one gerai yg jual sata, kat tepi Masjid Geliga in Kemaman. Hubby cakap sata kat situ sedap, but I prefer sata Kuala Besut lagi.

By the time we leave for KL, dah almost 6.30pm. Sampai KL, almost 10.30pm. Letihnya travel. Nasib baik ikan2 aku dalam tong polystyrene tu semua still fresh. Risau jugak kalau ikan jadi busuk sebab almost 12 hours kat dalam polystyrene boxes tu (ada 2 kotak ikan).

Jack's Garden Cafe, Kemaman



Kemaman Chendol Kopitiam, Kemaman (of course la kan, dah nama pun kemaman kopitiam :) )



Gerai Sata, tepi Masjid Geliga, Kemaman




 Sata yang kureng sedap

Temosa (karipap ikan)

Sunday, February 20, 2011

Kampung..

Pagi2 lagi on Friday, aku dah bangun menyahut kicauan burung. Rindunya kat kampung, rindunya kat mok and abah. Lama betul aku tak jumpa dia org, almost 2 months. Bagi aku yang sokmo2 balik, almost every month, 2 month tu sangat2 lama.

Abah tengah dalam proses membuat sarang burung, which dalam 2 months lagi, insyaAllah siap. So, kat tepi rumah tu, penuh dengan batu bata, pasir, kayu, mesin buat simen etc. Rumah burung tu punya la cantik, macam bungalow coz abah buat 4 tingkat. Cuma bezanya, rumah burung tu takde bilik and toilet, and takde dapur. Kalau ada semua tu, nak je aku duduk dalam rumah burung.. hehehe..

Kat kampung sekarang, dah jadi trend untuk buat rumah burung. According to adik aku, Aziz@Abe, jabatan pertanian went to kampung abah aku, and buat sound test nak tengok samada burung walik ada tak kat sana. And memang banyak betul burung walik kat kawasan tu. Maybe sebab dekat dengan gunung tebu. Kawasan bukit, according to Abe, memang banyak burung walik. Sekarang ni, Agro Bank, ada offer loan untuk orang yang nak buat perusahaan burung walik ni. Cuma masalah buat burung walik ni, ada few pantang larang yang nak kena ikut and kecurian yang menjadi2.

Curi sarang burung lagi senang dari curi getah. Sekali curi, maybe boleh dapat more than RM30k hasil. So, kejadian kecurian kat sarang burung walik sekarang, makin menjadi2. Aku hope, insyaAllah, sarang burung abah takde masalah nanti.

 Bungalow burung Walik dalam proses pembinaan

Pokok durian belakang rumah mok.

Saturday, December 25, 2010

GTM & The Loaf

I'm in KT, but yet aku makan roti from The Loaf tadi for dinner. Haaa... pelikkan? Takan The Loaf bukak outlet kat Kuala Trg pulak. Tak caya kan? hehe.. Actually K.Mei (my SIL) bought kat Bangsar Village. Dia baru je sampai from KL, nak ambik her daughter Zuleika. They are going back to KL on Tuesday. InsyaAllah, we will convoy together. Dah tak sabar nak balik KL ni..

 I love this pastry, sangat sedap! Cuma the kekacang is a bit sweet for my taste. Ada pistachios, walnuts, almonds, cashew nuts.


Now, what does GTM stands for? CS, it's not Guerilla Tanah Melayu ye.. hehehhe... It's actually persatuan yang baru ditubuhkan for sedara mara my hubby on his grandfather's side. GTM = Generasi YAM Tengku Ahmas SZA. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara sedara mara semua.

Today is the first function organised by the persatuan. It was held at dewan sekolah SS 1. The event started at 2.30pm and ended at 6.00pm. By the time balik rumah, I was dead tired coz my day started as early as 11am today. Mula2 aku pegi Kopitiam Uncle Chua kat Tanjung at 11am to meet up with Amy and Rizallimi. Pastu balik rumah, solat, then keluar balik. This time pegi kenduri kawin adik Rizal (another Rizal). I didnt stay long coz we were in a hurry. By the time sampai dewan sekolah SS1, dah pukul 3.00pm.


We were a bit late. Malu jugak bila sampai lambat. Nasib baik ler tetamu2 kehormat belum sampai. Kira ok lagi la tu. Balik from the majlis, I went out with K.Mei, K.Nor (SIL) & Lokman (hubby's nephew). We went to First Station Cafe. Lepas til maghrib, then balik rumah. Sekarang rasa nak tercabut kaki.. letih...


The booklet yang mengandungi salasiah keturunan YAM Tengku Ahmad

 Activity for the children - colouring. Iffah & Zuleika tengah tekun mewarna

 Lucky draw. We won a hamper! :D

Muka Iman berbintik2 kena gigit nyamuk.
My cheeky Iffah :)

Thursday, September 10, 2009

Trip to La Hot Spring, Jabi

Masa balik rumah mok kat Kuala Kubang, we decided to go to La Hot Spring. Kita orang nak pegi sendiri, tak berani sebab tempat tu gelap time malam. The spotlights are not on during weekdays, cuma weekends je on. Pastu kat situ takde tiang electric, semua electricity datang dari generator. Since time kita orang balik baru ni early pose, maka, sure lagi sunyi that place, ye la, orang sibuk nak ke masjid terawih.

Aku ajak Abe (adik aku yg no. 6) pegi, but Abe cakap he was too tired. Bila Abe cakap taknak pegi, Iman and Iffah pun taknak pegi jugak sebab takut. Last2, sebab kesian, Abe agreed to tag along. Fuh! Lega rasa. Kita orang pun bertolak ke Hot Spring tu. Sampai sana, jalan dah bertar. Before this, jalan cuma separuh je tar, yg lain jalan batu. Memang seksa la nak sampai kat situ.

Upon arrival, aku nampak takde kete langsung.. sob sob. Kebetulan masa kita orang pegi tu hujan, so maybe sebab tu takde orang kot. Kolam air panas tu tak panas sangat sebab hujan lebat, which was a blessing. Kalau hari tak hujan, nak rendam hujung ibu jari kaki pun tak sanggup sebab panas sangat. Malam tu was heaven, siap boleh berendam ala2 sauna gitu. I brought along Maggi Tomyam yang dah dimasak. Iman and Iffah syok je menikmati Maggi Tomyam tepi kolam air panas.



Iffah menikmati air kelapa.



Nampak tak rantai yang Iman pakai tu? Tu rantai transformers yang dia menang from a gashapon machine. She was very happy about it. It cost me RM1.. huhuhu..



Abe pow maggi budak2 tu



Abe menunjukkan betapa macho nye dia sebab boleh duduk kat mata air panas tu. It was scorching hot during rain, I cant imagine mcm mana la kalau tak hujan, sure scalded my kulit kena air kat situ. Memang tabik spring la kat Abe.

Wednesday, August 26, 2009

Why I love Kuala Terengganu

The beaches, namely Pantai Chendering!!



Pantai Chendering



It was scorching hot and bright. The kids could barely open their eyes.



Iffah in her sweetest mood :)



Iman showing off her mudcake/mudball, whatever she calls it.