Chicken pie for dinner.
For pastry, boleh guna paratha Tisha, or any frozen puff pastry sheet or buat pastry from scratch like what i did.
Chicken pie filing
Part A
1 ekor ayam
1 batang carrot (potong 4)
2 batang celery (potong 4)
2 biji bawang holland (potong 4)
1 tangkai parsley (kalau takde boleh omit)
1 sudu besar thyme (boleh omit jugak kalau takde)
3-4 helai daun bay
1 tbs salt
Rebus ayam dan semua bahan2 diatas selama 2 jam, always add water kalau air kurang. Sejukkan ayam. Shred ayam tu, tulang simpan dan masukkan kembali ke dalam periuk rebusan ayam tadi. Rebus tulang for 1/2 hour, tapis bahan2 di dalam periuk, simpan air rebusan tulang tadi, about 1 cup.
Part B
4 sudu butter
1 sudu minyak
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 cawan tepung gandum
1 tin susu cair (RMO susah nak cari cream)
2 cups mixed vege
1 sudu besar lada hitam
Salt
Melt butter and add minyak. Masukkan bawang yg dah didadu. Bila bawang dah kekuningan, masukkan tepung, goreng sehingga tepung kuning. Kemudian, masukkan susu cair dan air rebusan ayam. Kacau sehingga mendidih. Masukkan shredded chicken, mixed vege, lada hitam dan salt. Kacau sehingga filing pekat. Tutup api dan sejukkan.
Untuk yang nak buat pastry sendiri.
French Pastry (cukup untuk buat sebijik 9" pie)
3 cawan tepung
1 1/2 sudu teh garam
3 sudu besar gula
1 cup shortening
1 biji telur (size B/C)
1 sudu teh cuka
5 sudu besar air
Cara2
Campurkan bahan kering termasuk shortening. Mix shortening sampai jadi macam serbuk roti. Make a well, tuangkan campuran telur, cuka dan air. Jadikan dough. Rehatkan selama 45 min sebelum dicanaikan.
Sebelum masuk pie ke dalam oven, sapukan permukaan pie dengan egg wash (1 biji telur + 3-4 sudu besar fresh milk)