On the way balik KL, Hubby cakap kat aku, perangkap tikus yg Makcik Ton pasang tu ada tikus. Rumah ni rumah lama, more than 30 years, so mcm2 serangga dan binatang ada dalam rumah ni. Bila Hubby cakap mcm tu, aku dah terbayang tikus yang mati kering dalam perangkap tu sebab we were not home for more than 1 week. Huhuhu.. sedihnya.. rupanya apa yang aku bayangkan tu, ternyata benar. Ada tikus kering dalam perangkap tu!! Argh!! aku being aku, penggeli yang amat sangat, tak masuk dapur pun semlm. Alhamdulillah bangun pagi tadi, dapur and rumah dah bersih. Kesian Makcik Ton sebab dia kena bersihkan sorang.
Ni yang susah kalau jadi penggeli ni. Dulu masa 1st year, baru belajar nak siang ikan, siap muntah2 tepi sink. Nak taknak, kena buat jugak sebab everyone ada turn masak. Potong ayam pun mcm tu, siap muntah2. Yang paling ngeri, bila ada housemate yang lepas masak, tak reti nak bersihkan balik periuk. Bila periuk dah basi, aku nak bersihkan pun tak lalu, mesti muntah few round punya.
Tiba2 teringat ada one day tu, nak makan telur. Oleh kerana JPA cuma bagi AUS440 a month, maka makanan ruji utk student yg kopak seperti aku was telur. Telur masak merah, telur kicap, tumis telur, kari telur, telur bistik, name it! segala macam recipe telur. Ada one day ni, nak buat telur mata (every morning, breakfast telur mata dgn roti, miskin sgt), so aku pecahkan sebijik telur masuk kuali. Tiba2 ternampak gumpalan darah dalam kuali tu. Telur aku telur berdarah!! Argh!! terus muntah kat situ. Lepas tu 2 tahun tak makan telur, sebab geli.
Even sekarang, kalau nak pecahkan telur, aku akan suruh Iman or Iffah tolong pecahkan. Paling seksa kalau nak buat kuih sekaya telur. Sekali masak, kena guna 30 bijik telur, jenuh la anak2 dara aku tolong pecahkan telur. hehehe.. takpe, byk pahala anak2 Mama.
Ni gambar Shariff. He's so in love with Aunty Shidah dia. Sayang dan cinta yang amat pada aku.. hehe. Mak dia pun jeles :D
No comments:
Post a Comment