Adoi! letihnya jadi tukang masak sepenuh masa. Why tukang masak sepenuh masa? coz kat rumah mak aku, aku yang masak, now kat rumah mak mertua, aku jugak kena masak. 1st day posa, kat rumah mak aku. My mum jatuh kat dapur few weeks ago, tangan dia terkehel, tulang kat pergelangan tangan dia terkeluar sikit allignment, so kena la pegi kat bomoh patah, urut, then kena balut. So now tangan belah kiri dia tu tak kuat sangat. For the past 2 weeks ni, dia orang makan luar je, or beli lauk. Kesian kat mak aku, nak nangis jugak tengok. The problem is, bila jatuh hari tu, dia tak cakap kat sesapa pun, mana la we all tahu.
Oleh kerana kesian kat mak, so aku offer untuk masak sepenuh masa. Makcik ton pulak tak ikut, ish! letihnya nak kena masak sorang2. 1st day posa, aku masak crab sweet sour, ikan merah goreng with bwang and cili, sayur campur, kerutup daging. Kerutup daging tu aku masak for sahur and bukak posa on 2nd day posa. Hehe.. awal2 lagi aku dah masakkan so that my mum takyah susah2 masuk dapur. Lepas bukak posa, kita orang balik to KT.
Semalam, aku masak lagi. Aku buat prawn sweet n sour, gulai kampung ayam bandar, sayur campur, ne'bak, roti john and kueyteow goreng. Rasanya memang banyak aku masak. Mak mertua aku tak habis2 bising sebab aku masak banyak sangat. hehehe.. takpe la, sekali sekala. Alhamdulillah habis jugak lauk pauk tu sebab aku masak in small quantity.
Today... *sigh*.... should i talk about what i cooked today?? Aku buat nasik minyak, roti john, kueyteow goreng and ne'bak. Tengahari tadi, masa pegi pasar nak beli basmathi for the nasik minyak, aku tertinggal handbag. Tak perasan pun aku tertinggal handbag, petang tadi baru perasan. Hubby punya la bising, nasib baik duit ada RM50 je, sebab duit2 lain aku masukkan dalam poket jubah yang aku pakai. But yang bosannya, bila pikir nak kena buat mykad, credit card, bank card, buku2 bank etc etc... Pesal la aku boleh lupa handbag. Aku ni jenis jarang bawak handbag, sebab tu la boleh terlupa. Sedih pun ada... sob sob..
Takpe la, malas nak cerita or pikir pasal handbag, kita layan gambar the kids hari ni.
No comments:
Post a Comment