Wednesday, May 30, 2012

Nasi Udang Pakistan

Oleh kerana hari ni aku nak balik Jabi to my parents' place, maka, hari ni we (me and k.ta) decided to masak something simple. K.Ta ambik this recipe from buku saji. Recipe ni ada dalam section promotion microwave Panasonic. Kalau ikutkan the book, memang kena masak guna microwave, but aku just masak macam biasa.

Bila masak nasi macam ni, teringat hubby coz he loves to makan nasi yg ala2 nasi arab mcm ni. Mak mertua aku pun sama. Dia org memang citarasa sama. Huhuhuh.. rindunya kat hubby. Dah la kat hotel tempat dia org duduk wifi rosak. Maka boleh ber sms je la. Nak telepon, punya la mahal. Aku beli iTalk RM30, aku cuma boleh cakap for 3 minutes je. Seminit, RM10!! Giler mahal!!

Takpe la, aku pendam rindu dalam hati.

Nasi Udang Pakistan

Nasi Udang Pakistan
Adapted from Panasonic (telah diubah suai ikut selera aku)

Bahan2

6 pot beras basmathi extra long - basuh, dan rendam dengan 3 tbs kunyit serbuk for 2 hours, toskan.

3 kuntum bunga lawang
6 biji pelaga
1 batang kayu manis
7 biji bunga cengkih
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 tbs stock ayam (kalau takde yg liquid, guna 2 ketul stock ayam maggi/knor)
2 tbs serbuk lada sulah
4 helai daun pandan
4 tbs ghee
1 tbs minyak masak
1kg udang - dibersihkan, tos
9 pot air - sukat menggunakan pot beras tadi
3 tsp garam

cara2
1. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan ghee dan minyak masak, tumis bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kayu manis. Masukkan bawang yg dah diblend, tumis sehingga garing. Apabila dah garing, masukkan udang, tumis sekejap dan masukkan air.

2. Masukkan daun pandan, stock ayam, lada sulah, garam. Apabila air dah menggelegak, tutup api. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan air bercampur udang, dan boleh tekan cook sampai la nasi masak.

For this nasi, aku hidangkan dengan ayam goreng and pajeri nenas. Recipe for ayam boleh dapat kat sini.


8 comments:

  1. sedapnya kak! di suatu hari nan indah pasti saya akan cuba resepi ni :D
    eh kak.. will u go to the being me conference? jomla kak. i hv some tix to sell.. tp tak terjual2 pun huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Ju,

    Tak pegi. I balik kl 2nd week of june. My hubby balik on 7th. I wish boleh pegi that convention :(

    ReplyDelete
  3. kak, its on 30th june.. u r not around on that day? 30th may is the last date for early bird tix.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju, i takk sure. So i cant commit. U know la my hubby :)

      Delete
  4. Shidah
    I sama league dgn your hubby n MIL sebab I suka this kinda rice.. Senang makan, boleh fokus, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CS, i pun suka sebab i tak payah masak byk2 lauk. Jenis main campak2 je.. Hhehe.. Kalau hari2 masak mcm ni, lagi i suka :P

      Delete
  5. jauhnya jabi & kerteh... mau jgk i intai2 apa lagi yg u nak masak esok lusa tu... i suka semua yg u masak... sbb i tau mesti sedap...!!!

    ReplyDelete
  6. Mulan, i balik KT this wednesday! Jom la datang. I masak for u :)

    ReplyDelete