It's quite a challenge bila adik aku, Mas, mintak tolong masakkan dish jagung. Since she's now selling jagung mutiara from Cameron Highland, every 2 weeks, rumah aku akan penuh dengan jagung yg sangat manis.
Penat google recipe, aku ternampak recipe puding roti jagung kat blog kak Ct Delima. From that recipe, aku olah jadi this recipe puding roti jagung mutiara. Thank you kak CT kerana memberi aku ilham.
Puding Roti Jagung Mutiara
Bahan2
3 cawan jagung yang telah lerai dari the cob (guna pisau untuk hiris isi jagung keluar dari batang)
10 keping roti ( di sapu butter on one side, dan dipotong kecil)
Bahan blend
2 keping roti
250ml santan
500ml susu cair
1 cawan gula
1 sudu teh garam halus
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
Cara2
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2. Gris bekas berukuran 9x9, susunkan roti selapis, tuang bahan blend, tabur 1/3 jagung. Ulang sehingga habis. Biarkan adunan puding selama 30 minit sebelum dibakar di dalam oven.
3. Bakar selama 40-50 minit. Jika bahagian atas sedikit hangus, tutup dengan aluminium foil sehingga puding betul2 masak. Sejukkan sebelum dipotong.
Note
4. Kalau nak buat the puding jadi 2 lapisan berlainan warna, bahagikan bahan blend kepada 2 bahagian. Warna satu bahagian menjadi hijau. Susun 1/2 roti, tuang bahagian hijau, tabur jagung, biarkan adunan di luar selama 30 minit, kemudian bakar selama 20 minit. Kemudian Ulang proses diatas dengan adunan yang berwarna putih pulak.
PS : puding ni sangat sedap.. Sekian terima kasih.. Hehe
Btw, aku bakar guna magic pan yg besar. Just gris the pan, susun roti, tuang adunan batter, jagung, then ulang, pastu bakar. Api kena sangat kecik. It will take about 25-30 mins utk masak
No comments:
Post a Comment