Saturday, February 27, 2010

Assalamualaikum

Knock Knock!
Who's there?
Makcik
Makcik who??
Makcik Shariff... hehehe..

Ni la padahnya duduk kat rumah dikelilingi oleh perempuan. Kan dah dipaksa pakai tudung oleh kak Iffah.

 

Tumpang lalu, makcik nak pegi mengaji.. :D. Ops!! Lupa nak pakai baju.. hehehe

  

Apa la yang dibuat tu, sampai meleleh air liur. 

A short update from Kuala Terengganu. I'll be home tomorrow... tungguuuuuuuuuuuu..............

Thursday, February 25, 2010

Penne with Prawn & Chilies

Chinese New Year memang terkenal sebagai musim udang. Time ni la, nelayan-nelayan bot kecil akan dapat udang sampai berpuluh kilo. Before the new year last week, aku dah suruh my brother, Abe, untuk belikan udang besar. Alhamdulillah Abe sempat beli before ombak besar melanda, dia belikan untuk aku 5kg. Mula-mula, rasa macam banyak giler beli 5kg tu. Tapi bila tengok udang tu besar yanag amat, rasa macam tak cukup pulak. hehe... orang tamak la katakan :D

Udang tu kalau kat KL maybe priced at about RM60-80kg. Abe beli kat tepi pantai, about RM38-40 perkg. Banyak beza tu. Yang paling best, udang tu rasa manis sangat2. Ye la, tangkap je dari laut, terus jual. Kalau just rebus saje pun, still sedap sangat2. Iman and Iffah sebenarnya takde la suka sangat udang. Maybe sebab masa kecik-kecik dulu, suka giler makan udang sampai at one point, dah tak boleh makan.

Aku sure ramai yang pernah experience mcm tu when it comes to food. Macam aku pulak, with durian. Masa kecik-kecik dulu, aku suka giler durian. Kebetulan arwah datuk aku (on my mum's side of the family) ada kebun durian about 8 ekar, so everytime musim durian, kita orang kenyang makan durian je, tak makan dah benda lain especially aku, memang hantu durian. Sekali makan, per serving aku, will be 10 bijik durian. Imagine brapa byk lemak and calori yg aku dah kumpul since kecik2 dulu. Maybe sebab tu la bila tua jadi gemuk.. hahahah..

Anyway, back to udang. Suprisingly, with the udang yg aku beli tu, Iman and Iffah suka pulak. Aku rasa sebab the taste and texture memang lain dari udang yg dibeli kat Carrefour, Tesco or Jusco. Minggu ni, rumah aku makan udang je. Nak habiskan 5kg tu. Today aku nak balik kampung lagi, another round of membeli udang ... hehehe

 

Penne with Prawns & Chilies

Wednesday, February 24, 2010

Apakah binatang itu?

Agak-agak la, ada orang tau binatang apa ni? Err.. category binatang ke serangga ye? Ini hanya terdapat di rumah nenek Iman and Iffah which is at kaki Gunung Tebu. Well, not actually kaki gunung tu, but more like tempat letak kasut gunung tu.. hehehe.. about 2km from Gunung Tebu :)

 

Iman wanted to take shower kat kolah besar tepi rumah, then suddenly aku dengar dia menjerit2 kata dia nampak lipan besar. Aku terkejut, risau jugak, takut kena sengat. Pastu bila pegi hendap, rupanya ulat gonggok. Punya la besar, about 12 inches long. Oleh kerana gonggok tu terlalu besar, bila aku ambik gambar, boleh nampak the detail anatomy of the gonggok. 

Kaki gonggok tu nampak mcm sikat kutu. Sikat kutu kan kaler macam tu. Eh! ke ada sikat kutu yang kaler lain? Err.. korang tau ke sikat kutu tu macam mana? Mak aku selalu guna sikat kutu masa kecik-kecik dulu. Punya la senang nak jangkit kutu. Bila dah besar, masuk darjah 5 baru la kutu hilang. Agak-agaknya ada lagi tak orang jual sikat kutu sekarang??

Jap, nak upload gambar depan gonggok ni. Aku suka sangat tengok kaler gonggok ni, lawa. Maybe sebab dah tua kot. Ye la, even manusia pun, kalau dah gelap, bila tua, kulit makin gelap sebab semua dah kedut2. 



 12 inches long, penuh dengan kaki yg nampak mcm sikat kutu...

 

Lepas peristiwa penemuan gonggong besar tu, Iman dan Iffah dijadikan buruh paksa oleh mama.

 
 Iffah memetik sireh nenek.

  
 Buruh paksa.. hehehe

Tuesday, February 23, 2010

Brownies - recipe #2

Rasanya lepas ni dah tobat, takmau dah buat brownies. As I mentioned earlier, memang the kids tak makan. Hubby pulak tengah diet, lagi la tak makan brownies tu. Sob sob... last-last.. makcik ni jugak la yang nak kena berabiskan. Nasib baik la buat 1/2 adunan je. This time, aku buat steamed brownies pulak. Rasanya steamed chocolate cake yg aku buat tu lagi sedap. Somehow I dont really like the densed texture of brownies, rasa mcm terlekat kat tekak je bila makan. The best brownies I've ever tasted was the one made by Azli. Memang sedap betul brownies pakcik tu buat. Next time aku kena paksa dia tulis recipe untuk aku.. muahahaha..

 

Walnut Brownies (steamed) - ni mcm permukaan planet Mars.

The recipe by Maizan. Thank you sis.

200g butter - good brand lagi sedap
200g dark chocolate - chopped
170g gandum
1/2 tsp baking powder
30g cocoa powder
4 eggs - pukul sampai kembang
170g castor sugar
50g walnut - broken into small pieces

1. Cairkan butter dan chocolate secara double-boiled hingga hancur, kacau dan ketepikan hingga suam.
2. Ayak tepung dgn baking powder dan koko bersama.
3. Pukul telur dan gula hingga kembang.
4. Masukkan campuran tepung tadi kacau dengan spatula hingga rata.
5. Masukkan campuran butter tadi kacau lagi hingga rata.
6. Tuangkan dalam loyang bergris dan beralas dan kukus 15 minit.
7. Sejukkan dan potong. Kalau malas buat topping just sieved some icing sugar on top.

* Masa kukus brownies tu just tutup loyang dgn aluminum foil kut air menitik atas adunan.. Just tutup tak yah seal..

I was too lazy to cairkan butter, so what I did was, I put cold butter in the melted chocolate thus turning the chocolate mixture into hardened chocolate mixture. Aduhai! talk about being pemalas. Nasib baik la brownies ni, buat mcm mana pun, will still menjadi. So the end result was still a devilicious brownies. Phew!

Monday, February 22, 2010

Handbags

Aku promised Ina to upload this photo dah 2 minggu. Tapi tak berkesempatan nak upload sebab too busy with kids plus sibuk run errands for my parents. Sorry sangat2 Ina, lama engkau tunggu aku tayang handbags tu. Those yang kenal aku, tau yang aku ni bukan minah handbag. Aku akan guna the same handbag bertahun2, sampai la koyak, or putus tali, or dah tak rupa mcm handbag. Jangan terkejut bila tengok the five handbags yang aku tayangkan ni. hehehe..

 

The five sisters
mine and mum's

Haaaa... ambik engkau! sekali dapat, 5 handbags (bags ni semua K.Ana post in one shipment. thank you K.Ana). But sadly, bukan semua aku punya. Rasa nak rembat je semua handbag ni. But then, kat mana aku nak sangkut handbag2 ni semua. Takan nak sangkut sampai 2-3 handbag kat satu bahu. Mau orang kata aku giler.

The orange handbag yang terang benderang tu adalah pemberian Ina. Ina cakap since dia forever tengok aku pakai segala-galanya hitam, she wants me to wear something colourful and bright for a change. Mula-mula dengar Ina nak bagi aku handbag colour orange, I was horrified! Never before, seumur hidup aku, aku ada handbag kaler orange macam tu. Tapi bila dah sampai ke pangkuan aku, rupanya handbag tu sangat sweet. Thank you so much Ina.

Yang lain-lain tu belongs to orang lain. The hillfiger next to my orange handbag belongs to mok. Pastu bag yang colour brown next to it to, K.Ta (my SIL) punya. Kaler biru kat belakang tu, Zana punya, also pemberian ikhlas Ina. And yang pink tu, kepunyaan cikgu Nora yang sangat la sukanya dengan kaler pink. Aku yang benci giler kaler pink pun boleh terminat dengan handbag Nora yang cantik tu, also yours truly from Ina.

Thank you again Ina for the beautiful handbag. Aku suka sangat2!

Sunday, February 21, 2010

Brownies

Linda said, you can never go wrong with brownies. True enuff, my 1st 2nd attempt  (baru teringat, dulu dah pernah buat) at making brownies menjadi. Happy giler aku. Cuma yang sedihnya, Iman and Iffah tak suka. Letih je aku buat. Aku tergoda bila dengar As cerita that her brownies sedap sangat, sampai licin father in law dia makan. As used the  recipe given by Nita. This is bake brownies, bukan steam brownies.

 

Tengok la, permukaan brownies aku yang macam bulan tu.

Recipe (Thank you Nita)
185g dark cooking choc,
125g butter
2 eggs
3/4 cup caster sugar
1 cup flour
1 cup walnut

1. Melt butter + choc.(in a pot slow fire)
2. Add sugar- kacau2
3. add eggs- (my method- make sure the butter/choc mixture not too hot coz when u add the eggs nanti eggs jadik curdle..)
4. add walnut
5. add flour
6. bake moderate oven 180C for 30 mins.

Coffee Break @ Petronas

After 9 days of holiday, I'm back in KL!! feels so good to be back. Letih jugak balik kampung, sebab kat rumah mak aku or my mertua, aku jadi tukang masak sepenuh masa. Don't get me wrong, I love to cook, but kalau time cuti pun kena masak, rasa teramat la letihnya.

On the way back today, kita orang stopover at two Petronas station to refuel. And guess what?? Aku dapat free coffee and munchies!! It's part of the Coffee Break promotion kat Petronas stations all over Malaysia.


Petronas Kuala Berang, Terengganu

Kebetulan pulak, Petronas stations yang aku berenti tu ada that promotion. Aku pun pulun la minum kopi and juice free. Kat Petronas station Kuala Berang, the kids dapat 1 kotak milo 125ml, 1 kotak Kellog's cornflakes and 1 bungkus roti vanilla from Hi5. They served Twister orange and apple juice and also nescafe. Pastu kat LPT pulak, the kids dapat byk Milo 125ml drinks, cornflakes and Milo wafers. Kebetulan masa kita orang sampai kat that Petronas station, dia orang dah nak tutup the booth. So dia orang bagi in large quantity. Thank you Petronas. Lepas minum nescafe kat Petronas LPT tu, terus hilang mengantuk, sampai la sekarang. Now dah 4am. Argh!!

Gambar akan ku upload esok :D

Friday, February 19, 2010

Langgar Lari

Bila tengok last entry of this blog was tuesday last week, baru perasan yg aku dah lama tak update blog. Actually byk sgt2 cerita yang nak ditulis kat sini, tapi masa tak mengizinkan. I've been so busy with errands these past few weeks, kalau dapat duduk depan PC for 1/2 jam pun dah bersyukur sgt2.

Last nite I went to La Hotspring kat Jabi for the 3rd time this week. Oh ya! I'm in Terengganu. I've been here for more than 5 days dah. We went back on Friday last week, kononnya nak beat the heavy traffic during CNY holidays. Tengok2, we were not early enough. Punya la  banyaknya kete on the road. Alhamdulillah kita orang takde sangkut in traffic jam on Karak Highway. Anyway, back to La Hotspring in Jabi tu, hubby bawak his mum pegi sana almost everynite now untuk helps to heal his mum's osteoathritis. Alhamdulillah, so far, memang byk improvement. Bangun pagi, mak dah tak sakit kaki and joints. Memang la jauh nak berulang from Kuala Terengganu to La Hotspring tu.

The trip takes about 2 1/2 hour from KT sampai the hotspring. Since sekarang siang panas yang amat, we had to go during nite time. Usually we leave KT pukul 5.30pm, sangkut jam atas jambatan for 15-20 minutes sebab orang luar still ramai lagi kat KT ni, pastu sampai kat La hotspring normally about 8.00pm. Tu dah campur dengan singgah rumah my mum kejap kat Jabi. Last nite kita orang sampai KT pukul 1am. Huwaaaa.... letih giler.

Last nite adik aku, Nazri, ikut kita ke hotspring tu. Dia bawak my mum, Mas and Shariff and his family. On the way to the hotspring, Nazri accident and dia langgar lari. Bila Iman cerita kat aku, masa aku tengah syok2 berendam kaki kat hotspring tu, terkejut aku! Ye la, dah la accident tu while driving my car, pastu langgar lari pulak tu. Aku pun tanya Nazri what happened. Dia cerita, masa drive kat kawasan kelapa sawit tu, it was very dark. Memang pun, jalan kelapa sawit nak masuk ke kawasan hotspring tu memang gelap, takde lampu. So dia tak nampak la ada sekor anak babi bersantai kat tepi jalan. Anak babi tu pulak, bila nampak je lampu kete, dia panic. Instead of lari ke tepi, dia lari ke tengah jalan. Aku paham, dah tu, nama pun anak babi. Sah-sah tak boleh nak pikir langsung. Maka tergolek2 la anak babi tu kena langgar.

 

Aku rasa, kalau anak babi tu boleh sepak kete aku tu, agaknya mcm ni la sepakan yang akan dia kenakan.

Aku horror giler dengar cerita. Dah la dia bawak kete aku!! Alhamdulillah kete aku tak kemek. Kena samak ke kete tu?? Hahahaha.. soalan yang tak masuk akal kan? On the way balik ke rumah, bangkai anak babi tu dah hilang. Agak-agaknya sapa la yang ambik tu?? Err.. case langgar lari ni takyah report polis kan? hehehe

Tuesday, February 9, 2010

Abbas Hilang

On Friday, Zulaikha tido kat rumah aku. Mula-mula ingat nak let her stay til majlis doa selamat hari sabtu malam, but I was too tired nak jaga 2 orang budak kecik. Shariff pun duduk rumah sebab mak dia keje, ganti cuti masa Raya nanti. Aku suruh adik aku Harun ambik anak dara dia tu. Harun came tengahari to pick up Zulaikha. Kebetulan Abbas ikut, then Abbas cakap he wants to stay kat rumah aku, main dengan Iman and Iffah. Aku takde hal sebab Abbas dah besar, boleh jaga diri sendiri.

 

Zulaikha yang bulat :)

Aku busy kat dapur masak nasik minyak for 50 people. Makcik Ton pulak busy goreng ayam untuk buat ayam masak merah. Aku biarkan Iman, Iffah and Abbas main sama2. Petang tu aku janji dengan the kids untuk bawak dia orang pergi swimming kat KKlub, but by the time pukul 5pm, nampak macam dah nak hujan. Tak jadi la bawak the kids pegi swimming. Lagipun masa tu aku tengah sibuk masak nasi minyak, lauk semua dah siap. Sebab kesian kat budak2 tu, aku biarkan dia orang main hujan kat luar. Seronok betul tengok budak-budak tu main. Rasa macam nak join dia orang je. But err.. ada ke orang tua yang main hujan? (actually, while writing this entry, mata aku terpaku kat depan tv, tengok cite Precious. Skill yang aku dapat from banyak chatting online masa belajar dulu2, typing without having to look at the keyboard.. hehehe)

About pukul 7pm, masa adik aku Nazri datang ambik nasi minyak and lauk pauk, Abbas cakap dia nak balik rumah. I told him, dia boleh tunggu kat rumah nenek, ikut je la Ayahyi (Nazri). So Abbas pun ikut Nazri balik rumah mak aku. Aku pun takde pikir langsung pasal Abbas, sebab dia ada kat rumah nenek dia. Dalam pukul 8.30pm, aku pegi rumah mok. Masa duduk kat tangga, tunggu orang baca doa selamat, jumpa Ida (mak Abbas), then tiba2 Ida tanya aku, Abbas mana. I told her, Abbas dah ada kat situ since 7pm. Ida cakap dia tak nampak pun Abbas. Masa tu dah almost 9pm. Tiba2 semua orang baru perasan yang Abbas takde. Apa lagi, kelam kabut la semua orang! Nazri went to the police station, buat report budak hilang. Pastu Ida and Harun balik rumah dia orang kat Bukit Antarabangsa to check, just in case Abbas balik.

 

Abbas with Iffah. Ni gambar kat sungai belakang rumah mok. 

Guess what? Abbas tengah tido kat jiran sebelah rumah dia orang. Rupanya, Abbas dah tak sabar nak tunggu abah dia datang, dia pun ambik keputusan untuk balik sendiri dari Melawati to Bukit Antarabangsa. For a standard 2 boy, that is just plain stupid. I was very angry, tapi sebab dia bukan anak aku, takan aku pandai2 nak pukul pulak. If Iman or Iffah were to do that, I'm pretty sure hubby will definitely rotan dia orang. Balik pada cite Abbas. Dia keluar dari rumah nenek, berpeluh2, merah muka, jalan kaki ke jalan besar. Pastu kebetulan ada teksi yang lalu, berenti tanya dia nak pegi mana. Cab driver yang baik hati tu hantar Abbas balik rumah sampai depan pintu rumah. Alhamdulillah jumpa cab driver yang baik hati tu. Aku cakap kat adik ipar aku, Ida, that apa sekali pun, Abbas dah tak boleh datang lepak rumah aku. Taknak aku be responsible if anything happen to him... pening kepala aku...

A Busy Weekend

 This entry was written on Sunday. Punya la lama aku peram :D

Yesterday, jadual aku packed. Bangun pagi, well! takde la pagi sangat, about 8.30am, tu pun K.Siti (thank you!) yang kejutkan, pegi sekolah the kids. Dia orang sekolah sebab kena bayar yuran. Ramai la parents yang beratur membayar yuran anak2. Alhamdulillah kelas Iffah and Iman tak ramai yang menunggu. Since hubby takde, aku la terpaksa turun naik kelas Iman and Iffah untuk bayar yuran. Last year, kita orang share the load. Sorang bayar kat kelas Iffah, sorang lagi bayar kat kelas Iman. This year, berpeluh aku turun naik tangga. Kelas Iffah kat Block A, tingkat 3. Kelas Iman pulak kat Block D, tingkat 3. Aduhai!! semput makcik ni dibuatnya..

Balik dari bayar yuran, aku kena pegi kedai mamak untuk beli gas. Mangkuk betul la orang kat kedai mamak tu, ada ke patut masa Makcik Ton called mintak hantar gas, dia kata gas takde, dah habis. Aku bengkak giler. Dah la berat nak angkat 2 tong gas tu. Terpaksa la aku gagahkan jugak sebab aku dah promised mok nak masak Nasik Minyak untuk majlis doa selamat and baca yaasin malam tu. Mok suruh aku masak for about 50 orang. Balik je dari kedai mamak, aku pun memulakan activity memasak. Mula-mula, aku masak gulai daging nasi minyak dulu, sambil tu Makcik Ton goreng ayam untuk masak ayam merah. Aku start masak dari pukul 2pm sampai la pukul 6pm. Pastu pukul 6.30pm, adik aku datang ambik nasik and lauk pauk semua. Lega aku, sebab sempat siap masak semua before maghrib.

Aku sampai rumah mok a bit late, letih sangat nak pegi awal2. Dalam pukul 8.30pm baru sampai. Padahal rumah aku dengan rumah mok tak jauh  pun, kalau naik kete, dalam 5 minit je. Kalau jalan kaki, mau 30 minutes jugak. Aku kan drebar tak berhemah, bawak kete mcm driver F1.. hehehe.. Anyway, sampai kat rumah mok, aku diberi tugas untuk menjaga anak2 sedara campur anak2 guests yang lebih kurang dalam 10 orang. Apa lagi, general nazi  la aku. Kalah Col Hans Lada (Christoph Waltz) dalam cite Inglourious Basterds. Giler kejap aku rasa jaga 10 orang budak kecik ages ranging from 1 year old to 10 years old. Aku takleh imagine macam mana mak aku besarkan 9 of us. Patut la dia tak pernah gemuk. Maybe instead of embarking on the exercise regime, I should go get pregnant, maybe another 7 times??hahahhaha.... idea yang tak munasabah.

Oh ya! ada drama yang berlaku masa majlis doa selamat tu. But I think I'll continue esok.. to sleepy..

Saturday, February 6, 2010

Happy 62nd Birthday Mok

Happy Birthday Mok!! I love you so much. Aku always had an issue with mok dulu. Ada je benda yang tak kena, I was always angry. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu kena buat kerja, and my sister Shima, duduk lepak2, sambil grooming herself. Menyampahnya aku tengok.I thought mok tak sayang aku. Ye la, manjang aku je yang kena suruh. Tolong masak, tolong kemas, tolong jaga adik dan mcm2 lagi yang kena tolong. I ni macam cinderella (but an ugly one) and mak aku macam the evil stepmother. Dari kecik sampai la besar, aku selalu gaduh dengan mok, ada je benda yang tak kena. Selalunya aku la yang banyak complain nye. I didn't realise pengorbanan mok sampai la aku lahirkan Iman.

Bila kawan2 aku made comments kata dia org tak pernah jumpa mak yang selembut mak aku, baik hati, tak suka membebel, always trying to accomodate anak2, then baru aku realised, all this while, aku failed to actually kenal mak aku. Memang betul pun, come to think about it, dia cuma mintak aku tolong dia je. Kalau aku tak buat, dia tak membebel pun. Kenapa agaknya aku dulu selalu marah kat mok.. erm... I hated myself for that. Rupanya mak aku is the fairy godmother, not the evil stepmother dalam cinderella tu.

Kenapa aku tak nampak semua tu dulu ye. Walau mcm mana pun, aku bersyukur sangat2, that mok sayang aku walaupun aku selalu marah dengan mok dulu. Masa aku dalam pantang, mok yang tido dengan anak2 aku, sebab she wanted me to rest. Kalau Iman or Iffah nak susu, dalam mengantuk dia akan bawak masuk bilik, tunggu aku habis susukan dan bawak masuk balik bilik dia. Dan banyak lagi yang mok buatkan untuk aku. Aku rasa, lepas aku dapat Iman and Iffah, our relationship makin bertambah erat. Aku tempat mok mengadu and mok jugak tempat aku mengadu.

Kalau gi mana2, mesti berdua. Walaupun aku dah pindah from my parents house (masa mula2 kawin kita orang duduk situ sampai iffah was about a year old), mok mesti cari aku kalau nak pegi mana2 or nak buat apa2. Dalam ramai2 adik beradik aku tu, aku jugak yang mok cari. I feel needed and blessed sebab aku boleh berkhidmat untuk mok aku lagi. Thank you mok.. I love you..  (tulis sambil nangis... ishk)

Wednesday, February 3, 2010

Kevin's Suprised Bday Party

I wanted to blog about this, tapi manjang lupa. Watie (Kev's wife) called me few days before the event, cakap pasal nak buat the suprised birthday party. She invited close friends and hubby happens to be one of Kev's close friend way back in Kalamazoo. Initially hubby cakap dia maybe takleh datang sebab dia nak pegi Terengganu that weekend. But I told hubby, bukannya selalu dia kena pegi, why not, for once, buat kawan dia happy. The set back was that masa tu  we all tengah berdiet, dia risau that dia takleh nak tahan his appetite bila tengok makanan kat Tarbush tu. Yes, we went to Tarbush again. This time kat Tarbush Bukit Bintang. Watie asked us to be there at 12.30noon. The birthday boy sampai pukul 1.20pm. The kids dah kelaparan.


 

Iffah dah tak sabar menahan lapar



"Mama, bila food nak sampai ni??"

Kebetulan pulak Iman ada kokurikulum activity in the morning, so masa we all sampai kat Tarbush tu she was famished. Ni first time we went to Tarbush Bukit Bintang. I didnt know that there is no more KL Plaza. Masa aku tengah lepak dalam Tarbush tu, nampak construction is going on at the old KL Plaza building. Tak sure samada dia org refurbish the place or buat apa. Bagus jugak coz KL Plaza tu dah tersangat la tua.

I find Tarbush Bukit Bintang a bit claustrophobic for my liking. The ceiling is a bit too low, so bila berdiri, walaupun aku ni pendek, rasa mcm ceiling nak jatuh atas kepala je. Pastu the seatings arrangement pun too close to one another. Takde privacy. According to Kev, Tarbush kat situ caters mainly for the Middle East tourists during summer. I dont think I wanna go there again. Dah ler susah nak parking, pastu sempit pulak tu. Aku suka layout kat Sunway.


Suprise!!!

 

The birthday cake! Happy 40th Bday Kev!


 

The food!! Cheese crackers kat atas tu sedap sangat2. Even their humus pun sedap :)

Aku up my status kat FB regarding this party, tiba2 K.Noresh (my senior kat SSP) tulis comment kata that she was at the same party and memang ada pun gambar K.Noresh terselit dalam banyak-banyak photo yg hubby snap. Dia kata patutla dia tengok aku mcm kenal je. Ye la, dah more than 20 years tak jumpa, sure macam ingat2 lupa. Dah la dulu aku pakai cermin mata tebal dan besar, ala2 bra gitu.. hahaha.. Memang patut la K.Noresh tak kenal. Aku pulak kat majlis orang, suka tengok orang je, tak rajin nak beramah mesra. With the kids ikut sama, lagi la susah nak beramah mesra dengan orang lain. Sorry K.Noresh sebab tak berkesempatan untuk bersembang. InsyaAllah next time kita jumpa lagi.Punya la kecik dunia sekarang ni kan..

Tuesday, February 2, 2010

Nasi Kebuli - recipe

Dear Ayu, selamat mencuba. Hope ur kids will like it :)
Bahan A
1 ekor ayam - potong 4
garam, kunyit

gaul ayam dengan garam dan kunyit, perap for 8 hours

Bahan B - blend
1 tsp ketumbar
1/2 tsp lada hitam
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai (I letak 2 batang je, coz I dont like the overwhelming taste of serai)
1 tsp serbuk kunyit

Bahan C
4 pot basmathi
4 1/2 pot air
garam
1 tbs chicken stock granules (optional)
cara2
1. basuh dan toskan basmathi
2. masukkan air dalam periuk, bersama dengan bahan A and B.
3. biarkan mendidih sehingga ayam 3/4 cooked.
4. keluarkan ayam, masukkan beras, garam and chicken stock
5. transfer the whole periuk masuk dalam rice cooker, masak hingga nasik empuk (i'm too lazy utk jaga api while masak nasik tu)
6. ayam yg 3/4 masak tu, goreng hingga garing, hidangkan dengan nasik.

note : instead of masukkan bahan B dalam air and rebus, I fried the paste sampai fragrant, pastu baru masukkan dalam periuk. guna minyak sikit je.

Monday, February 1, 2010

ronasofia.com

As promised (to K.Ana), this entry will be about k.ana's blog/shopping site. Aku tak pernah beli anything online before. Ops! I did, aku beli bento accessories for the kids. But that's it! Tak pernah la aku beli barang yang harga sampai beratus online. I was skeptical about online seller's honesty and trustworthiness. Takut kalau aku bayar, nanti barang tak sampai, which happened to my dear friend Nora. She bought a handbag on ebay, dah bayar, tak sampai2. Kesian Nora.

Then one day, Ina bercerita pasal K.Ana's blog dalam our egroup. Before that Ina dah introduced Nekrock's website to me. Tapi aku cam tak interested nak beli apa2 sebab too expensive. Ye la, kalau handbag sampai almost RM1000, makan pasir la anak2 aku nanti. Then bila ina bagitau pasal K.Ana's blog, aku tertarik. The handbags, ada yang aku suka, the pricing pun not bad. Kalau beli handbag kat Msia pun, lebih kurang sama je harga. Kebetulan pulak aku dah lama tak beli handbag. Aku pun cuba la beli from K.Ana. My Hillfiger crossbody arrived as promised, in fact awal pulak. Pastu now, I'm waiting for err.. more than 5 items in the next shipment, which should arrive maybe esok or lusa. And ada lagi few items going to leave US today, and hopefully arrive by mid February.

Rasanya aku dah spend more than RM1k kat blog K.Ana. Nasib baik la bukan semua barang aku. Ada barang mok, my SILs, my sister, my hubby. Phew! kalau tak, sure mengamuk hubby.. hehehe..

One of the sunglasses yang aku beli from K.Ana. Ni aku ambik gambar from K.Ana's
website.http://ronasofia.com/blog1.php/2010/01/22/2010-54-simply-vera-by-vera-wang-sunglas-85071


Vera Wang! :D

To those interested, please visit http://www.ronasofia.com/

Thank you! Happy shopping all! :D