Showing posts with label Various. Show all posts
Showing posts with label Various. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Kitchen Aid - arrived

Ni kitchen aid that belongs to few people yang dah ordered and paid.

Empire Red & Cobalt Blue

 Lawa sangat this Cobalt Blue

Boysenberry

Tuesday, October 18, 2011

Demam..

Oleh kerana peristiwa semalam, aku dilanda demam. Oh tidak!! Apakah yang telah berlaku semalam? Chewah! cam suspen je. Actually takde apa2 pun. Kete aku breakdown masa kat LCCT. Semalam, aku menapak jauh sikit, drive all the way to LCCT sebab nak ambik chocolate from a friend, Cana.

Oleh kerana Cana takmau aku bayar for the chocolates, maka aku bake kan utk dia Chocolate Banana Bottom cake. Instead of buat squares with chocolate chips, aku baked dalam bundt pan. Sorry! Lupa nak ambik gambar coz I was running late semalam. Aku janji dengan Cana to meet at Coffee Bean LCCT at 3.00pm, luckily aku sempat sampai kat situ before 3pm. But kete aku pulak buat hal. Just before aku masuk parking kat LCCT tu, kete overheated. Alhamdulillah, ada parking spot. Kalau tak, memang nangis la aku sorang2 kat situ.

Sementara tunggu enjin sejuk, aku lepak kat Coffee Bean tu 3 jam! Kesian Cana, sebab terpaksa melayan aku bercakap.. hahaha.. sorry yek Cana. Tapikan, aku nak cerita something. Semalam masa kat Coffee Bean tu, aku beli sandwich tuna. It cost me RM18.90 for the sandwich. Baru ngap semulut, tiba2 aku nampak rambut!!! GRRRRRR!!! hampeh sungguh!! Berasap kepala aku. Dah ler aku tengah lapar. Nasib baik ler aku complaint dengan penuh berhemah. Budak cashier tu nak ganti with new sandwich, but aku dah tak lalu. Aku suruh dia refund duit aku je. Teruk betul Coffee Bean LCCT tu.

Anyway, at 6pm, hubby came. Dia risau aku balik sorang2 with kete yg ada problem. I reached home at 8.15pm. Alhamdulillah Wan tolong hantar the girls pegi tuition. Sampai rumah, badan dah start seram sejuk, macam nak demam. Tengah malam, aku start demam. Hari ni dah ok, but badan semua sakit2, joints semua rasa sengal seperti tuan dia jugak, sungguh sengal hari ni.. hehehe..


Thursday, September 8, 2011

My cake!! Urgh!

What happened when u lost ur baking mojos? A "broken" cake I guess. That was what happened yesterday. Iman ada jamuan hari raya kat sekolah. I was supposed to bake a cake for her the nite before. But I dont have milk, and I was too lazy to go out. So, pagi semalam, aku pun buat ler cake. My heart wasnt really into it. I havent been baking cakes for more than 3 weeks dah. I just lost it.. I cant find my mojos even now..

It was a simple enuff to do cake, the devil food chocolate cake. No matter how limited the time is, I always managed to bake this cake to perfection. But yesterday was a disaster. The cake crumbled when I flipped it on the cooling rack. I guess it resembles how I feel inside. I wanted to cry. Everytime aku bake, my failure percentage has always been almost 0. But not yesterday.

Iman waited kat pondok guard at her school, hoping for mama's freshly baked cake, but only to be greeted with store bought cake. Takpe la kakak, nanti mama buat lagi ye. Cake semalam, mama buat popsicle cake je la

*sigh*.... 

Tuesday, September 6, 2011

Gambar Raya?

Errk.. Sadly, this year, kita orang lupa nak ambik gambar raya. I did bring back my camera, but I was on a different planet sepanjang cuti raya, and in the end, langsung tak ingat pasal gambar raya.

 Boleh tak gambar ni aku letak as gambar raya too? Ni on the way back to KL. I love this photo. This is them, on happy days :)

 This photo was taken on 1st day of raya. My friend Yeen made a comment, pesal gambar raya aku semua bertema kan katil. hahahhaa..


With my BFF, Sally, 25 years of friendship. TQ Azli for the photo :)

PS : I lost more than 5kg during Ramadhan. 

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya

After two weeks of MIA, I'm back!! Thank you everyone for the support. I really appreciate it especially the emails, sms-es and calls. Thank you from the bottom of my heart.

Sempena hari raya yang mulia ni, izinkan aku memohon maaf diatas segala kekurangan, terlebih, tersalah, tersilap, dan segala2nya. InsyaAllah I'm back for good :)


Thursday, August 18, 2011

Lost....

The truth is, I've lost my blogging mojos. I updated my blog daily, but, there's no essence in it. Too many things in my mind now. Some days I feel like crying, some days, I feel like laughing. But the crying days came more often that the laughing days. Bila K.Lili post a beautiful doa on her blog, I cried buckets


"I know you are there ALLAH. I know you see my tears. 
I know you hear my prayers. I know you are testing me.
And all I ask from you is to strengthen my Iman, so I can handle the struggle in life and have patience.
I love you my Lord. My Allah. Please keep me safe." Ameen.  
 

Sunday, August 14, 2011

Barang from Amazon. Yay!

Rumah ku yang bagai tongkang pecah..

 
One row of kotak

 Another few more boxes at another corner

 Eh! ada lagi few more boxes kat different corner

Luar pun ada!! 

TQ K.Siti tolong angkatkan the boxes!! Kitchenaid pun semua dah selamat sampai, alhamdulillah. Thank you to those yang ordered the kitchenaid. Rumah aku dah jadi tempat borong pinggan mangkuk. TQ Suzana!! *muahs*.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kembali Lagi..

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua kaum muslimin dan muslimat sekalian. I hope with this Ramadhan, ibadat dan ketaatan kita kepada Allah akan berlipat kali ganda. I'm kindda excited nak pegi tarawih malam ni. Rindu sangat dengan Ramadhan. Tapikan, dalam kepala ni dah macam2 menu yg aku pikir untuk esok. It will be a simple one, as last year and InsyaAllah aku takan ke pasar ramadhan, seperti tahun2 yang lepas.


Di kala zaman Rasulullah  seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)

InsyaAllah, malam Lailatul Qadar bakal menjadi ganjaran kita beribadah pada tahun ini. Amin.. 

Friday, July 29, 2011

The Two Mangkuks

Sometimes, I'm speechless dengan kebodohan some manusia. Bukan nak mengutuk or mengeji, but setengah orang, memang otak letak kat lutut, tak boleh nak pikir. Dalam ramai2 manusia, aku paling menyampah orang yang ego tinggi, sombong,  tak berhati perut, tamak haloba dan inconsiderate towards other people. Kalau yang menipu, menyamun, membunuh tu takyah cakap la. Memang dibenci orang sejak azali lagi.

Aku bagi contoh ye

Scene No. 1
Masuk parking lot kat KLCC on weekends, car park fulled, tiba2 nampak ada macam empty lot. Bila pegi dekat, tengok2 ada mangkuk yang parking sebijik kete tapi ambik 2 parking lot. Menyampah giler! Nasib baik aku bukan jenis menyumpah seranah orang, maka terpaksa la sabar.

Scene No. 2
Ni selalu jadi kat Melawati. Parents yang tak reti bahasa, yang sesuka hati park kereta depan sekolah, so that dia org tak payah berjalan jauh nak pick up anak dan anak2 dia orang pun tak payah susah payah nak jalan jauh untuk masuk ke kereta. Kereta2 lain terpaksa la queue panjang sementara menunggu kereta bodoh tu ambik anak dia. Bengang? Everyday macam tu.

Scene No. 3
Ni contoh yang tak pernah aku experience before and I experienced it masa pegi Empire Subang on Wednesday.

 Mangkuk No. 1

 Mangkuk No. 2

Nampak tak? It's not even a parking spot.

Aku memang berapi giler malam tu. Dah ler nak cepat balik sebab nak kena pick up adik aku, Mas kat Shah Alam. Masa aku sampai kat kereta, ada another guy yang tengah menunggu untuk 2 orang mangkuk tu keluar so that he can keluarkan his car. But, setelah more than 1/2 jam kita orang tunggu, tak datang2 jugak walaupun dah buat announcement. Urgh!! Bengang giler. Daripada  2 orang je yang menunggu, dah jadi 6 orang menunggu.

Because of them, ada more than 12 cars stranded tak boleh keluar from the allotted parking spot. Aku tak tau la mana dia orang letak their brain. Agaknya, bila tengok the "empty" space tu, dengan excitednya, terus parking kereta. That "empty" parking space memang betul2 tepi escalator and elevator. Typical Malaysians! Langsung taknak jalan kaki jauh2. Kalau boleh parking kereta dalam kedai, mau dia orang bawak the car and parking kat dlm kedai. Aku benci giler kat inconsiderate people like that. Apa salahnya, take the time to actually pikir, whether dia akan menyusahkan orang tak kalau parking kat situ. Panas hati aku, sampai sekarang tak reda lagi. Nasib baik hubby takde, kalau dia ada, mau dia calar kereta2 tu..

Thursday, July 28, 2011

A trip to Subang..

Semalam, for the first time in many many years, I decided to take public transport to Empire Subang. I parked my car kat LRT Wangsa Maju, then take the LRT to KL Sentral. Naik LRT tu dah biasa, sebab senang walaupun hubby prefers to drive. Cuma taking commuter to Subang Jaya adalah sesuatu yang tak penah aku buat. The girls were very excited. Mula2, Iman taknak ikut sebab dia takmau naik public transport. But aku paksa jugak.. hehe.. mak yang kejam.

Once dah sampai KL Sentral, both of them dah excited giler. Tak penah seumur hidup dia org naik commuter. Ni first time aku naik coach wanita. Rasa bangga pulak naik coach tu. And for the first time, aku salute the government and KTM for initiating the move. Tak payah la aku risau anak2 dara aku tu naik coach commuter bersesak2 dengan lelaki.

The best part is that, the police memang check every coach, to ensure takde lelaki yang terlepas masuk ke coach perempuan. Aku was quite impressed. Biar betul.. Msia ke ni? hehhe.. Selalunya ada je benda yang aku tak puas hati dengan the government.

In the LRT going towards KL Sentral

 Waiting for the commuter to Subang Jaya
Iffah happy je dapat queue kat lane "Wanita Sahaja"

Sampai kat Subang Jaya, kita orang menapak sampai ke Empire. I asked Iman to skip instead of walking. She didnt know how to skip!! I was like... what?? How did I miss that? I didnt know that she didnt know how to skip. Nasib baik la Iffah ada, dengan suka hatinya tunjuk kat kakak dia how to skip. I asked Iman why didnt she skip. Guess what she said? Dia kata, nampak gedik. DUH! 

We celebrated Sally's birthday kat Chili's. Thank you Warque for free meals. hahahha.. sian Warque, manjang kena belanja pompuan ini. Lepas makan kat Chili's, kita orang balik with my sister, Ayu. Dia drive and parked her car kat Empire. Kita orang kena fetched Mas, kat her office in Shah Alam. Pastu, terjadi la kejadian yang tidak diingini. Grrr.. I think I'll have to write about that tomorrow sebab nak tulis dengan panjang lebar. :P

Monday, July 25, 2011

Nite Out With K.Yani

When K.Yani mentioned that she will be going to see Rima last week, aku terus cakap kat K.Yani that I wanna join her. We went to see Rima on Thursday. After Isyak, aku pegi rumah K.Yani to pick her up, then terus gi Concorde. Err.. Oleh kerana aku malas nak parking maka, terpaksa la menggunakan valet service. Kiranya, kete aku la yang paling buruk among kete2 yg ada kat situ.. huhuhu..

Bila duduk bercakap dengan K.Yani and Rima, time stood still. Tak sedar yang we were already very late. Iman and Iffah dah tido atas couch while waiting for Mama and kawan2 to habis berborak. Bila Iffah started sobbing, terpaksa la mama dia balik. Thank you K.Yani and Rima for the great evening! And thx for the goodies! :D

 Thank you K.Yani for the acar buah. Ingat nak simpan for ramadhan nanti, tapi telah dimakan oleh hubby 1/2 tub.. huhuhu..
Thank you Rima for the delicious treats. Iffah makan sorang2 :)

Tuesday, July 19, 2011

Thank you Ella

I know, I made a promise to few people that aku akan translate recipe Rainbow Cake tu to BM. I will do it later today, bila Shariff dah tido. As it is now, my hands are full. Nasib baik Raina dah tido, boleh la aku update blog. Today, Raina buat perangai sikit, takmau duduk main sorang2, nak orang peluk dia, riba dia. Makcik Ton was very tired. Rumah bersepah2. And I'm tired too.

Aku tulis entry ni khas untuk Ella. Thank you so much Ella for the beautiful long dress. Both Iman and Iffah suka sangat2 the dresses. Both of them pakai size 10.








To those interested to buy the dresses, boleh visit MummyNaniell Shop at http://mummynaniellshop.lot.my/



Wanita zaman ini memang hebat cabarannya - untuk menjadi
  1. Hamba Allah yang taat
  2. Isteri yang dicintai suami
  3. Ibu yang dikasihi anak
  4. Pekerja yang berdedikasi.
Koleksi Mummy Naniell memenuhi keperluan di atas dengan:
  1. Menutup aurat dan sopan - potangan baju menyusu bukaan atas ke bawah mengelakkan dedahan tanpa perlu menggunakan 'nursing cover' atau tudung.
  2. Potongan yang menarik dengan corak baju yang menawan dan berkualiti.
  3. Jenis baju yang pelbagai - kurung, blaus, kaftan dan dibuat dari kain kapas untuk kemudahan dan keselesaan menyusu setiap masa.
  4. Harga yang amat murah agar mampu dimiliki semua golongan.

Aku suka Ella punya concept. If only ada kedai mcm ni masa aku breastfeed Iman and Iffah dulu.

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah buat Arwah YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali

Terima kasih yang tak terhingga buat arwah Dr. Lo'Lo' sebab tolong sambut Iman masa Iman dilahirkan di Kohilal. While Dr Amir sibuk berentikan my excessive bleeding, Dr. Lo'lo' tolong bundlekan Iman dan hold Iman in her arms. While aku was pregnant with Iman, every month during the medical check up, aku akan jumpa Dr Lo'Lo'.

The initial plan was, to deliver dengan Dr Lo'Lo. Tapi sebab aku dah start ada contraction at 5 mths, aku decided to deliver dengan Dr. Amir Farid, gynae kat Kohilal. Masa deliver Iman, Dr. Lo'Lo' was there. She was the one yang pegang the oxygen mask kat muka Iman masa nak transfer Iman to Ampang Puteri Hospital. Thank you again. Semoga segala kebaikan yang telah Dr. Lo'Lo' buat dimuka bumi ini, menjamin kebahagiaan di akhirat untuk Dr. Lo'Lo'. Amin.

Sunday, July 17, 2011

Bliss Saturday

I woke up at 6.30am semalam to kejutkan Iman and Iffah. The girls went to Moshi Moshi Sakura event kat Karangkraf with their Ciksu and Piyee (their eldest brother). Makcik Ton still sleeping, maka, terpaksala mama bangun untuk buatkan breakfast and red velvet cake. Sally ordered sebijik cake for her friend's birthday. Patutnya aku buat the nite before, tapi balik from tengok cerita Harry Potter dah almost 1am. Tak larat nak bersengkang mata depan oven.

Bila the girls pegi, tinggal la mama dan abah terkebil2 kat rumah berdua. Aku tak tau pun that Piyee will be joining the girls ke Shah Alam. Aku pulak dah make plan dengan Nora, nak temankan dia tengok cerita Harry Potter. Tiket pun aku dah belikan, couple seat, which I paid RM20 je sebab kita orang tengok morning show, thus, dapat the early bird price.

Bila dapat tahu that Piyee ikut the girls, terpaksa la aku belikan another tiket of cerita Harry Potter tu. Another couple seat.. huhuhu.. rabak makcik ni. At 10am, we went to Wangsa Walk to watch Harry Potter again. Kira ok la, sebab hubby kan missed out 80% of the show the nite before. Tiba2 teringat masa kita orang tengok wayang bertiga, me, Nora and hubby. That was years ago. Masa tu aku belum kawin lagi dengan hubby. Maknanya, at least, 13 years ago. We went to watch cerita Braveheart. Rasa macam masa tengah bercinta la pulak semalam, deja vu ..

Kesian Nora, kena duduk kat couple seat sorang2. Tak sampai hati nak tinggalkan hubby duduk sorang2. Dah la he has been so busy lately ni. Takde masa nak spend time dengan kita orang. We left the cinema early, just few minutes before the show ended. Lepas tengok wayang, we went to Setapak then Jalan Ipoh. Hubby bought protein and supplements untuk his exercise regime. Balik from Jalan Ipoh, aku buat frosting for the red velvet cake.

Sally came at 4.30pm. By then, aku dah siap buat the frosting for the cake. Nasib baik sempat siap. Tapi, lupa la pulak nak ambik gambar cake. Ishk! Sally stayed sampai malam. We went out for early dinner kat Syed dengan hubby. Hubby spent the whole day lepaking with me. Woot! Memang best la... Lepas balik from dinner, I started my Rainbow Cake project. I used 5 inch pan yang aku beli kat Daiso. It was perfect! But ada wastage of 1 tbs of batter for each colour. Takpe la, sikit je. Aku rasa, next time, I will use all the batter. The cake will be slightly tinggi.

Thank you Sally sebab tolong bancuh colour! :D

Sneak peek.. tomorrow I'll post the recipe.

 The beautiful Rainbow Cake. 

Barter trade with K.Zarin. Red Velvet for a box of lindt and hershey's chocolate! Thank you K.Zarin! :)

Saturday, July 16, 2011

Harry Potter & The Deathly Hallows : Part 2

I went to watched HP last nite. I'm going again today. Last nite, I went with Iman and Iffah. Hubby joined us towards the end of the show coz he was caught in a very bad traffic jam at Setiawangsa.


PS : Later I'll show my catch at Daiso yesterday :D

Thursday, July 14, 2011

Malas..

Hari ni rasa sungguh malas. I was supposed to pegi gym today, for my cardio. Tapi malas sangat2. Pagi2 lagi hubby dah called, tanya, "tak pegi gym ke?". He's in Malacca. Malas la, takde mood, nak tido, tu jawapan aku. Bila malas dah melanda, maka, masak pun jadi malas jugak.

Pepagi lagi Shariff dah mintak roti. Roti? Bagi roti gardenia, dia takmau. Rupanya, dia nak makan roti jala. Maka, terpaksa la aku rajinkan sikit diri untuk buat roti jala. So, lunch tadi was roti jala with kari sardine. Aku akan upload gambar esok.

Last nite I went to McD, to buy their Double Cheese burger. It was on sale. Buy one free one. Queue punya la panjang!! Dah la queue panjang, sorang beli sampai 10 bijik! Yang membuatkan aku bengkek adalah, dalam the coupon dah tulis, 1 coupon per customer, per transaction. Tu pun tak paham lagi?? And aku wonder, kenapa staff McD tu allow customers to guna more than 1 voucher. Ye la, dia buat separate bill for each voucher, tapi semua tu from 1 customer!! Errr.. geram!

Ok, enuff of McD! Actually aku nak upload gambar macs ni dah lama, tapi tak berkesempatan. Thank you K.Yani for the macaron shells. I went to K.Yani's and Ju's house to deliver banana cake, and Ju bagi cheesecake yg sedap while K.Yani bagi mac shells. Jazakallah.

 I used chocolate ganache from DFCC yang aku buat for Dato'. Iffah said, those were the most delicious macs she ever tasted. 

Thank you again K.Yani. Ju punya cheese cake tak sempat di ambik gambar, dah licin.

Wednesday, July 13, 2011

Beautiful Blogger Award

Oleh kerana k.Ratna telah tag aku, maka, aku kena habiskan jugak tag ni malam ni, so that aku boleh pass the baton pada orang lain. I'm gonna tag 7 people, sila ambik award dan buat sessi suai kenal ye.. hehe.. Ni takde paksaan, cuma sekadar suka2 je. Thx k.Ratna for the tag.

Those yang kena tag adalah

1) K.Min/K.LG (I'm pretty sure dah ramai yg tag K.Min)
2) Rina (take a break from baking, buat assignment ni ye)
3) Zarin (sila rajinkan diri anda :P. cepat sikit habiskan tau, I really wanna read :D )
4) K.Lili ( sorry K.Lili, I hope this will motivate you to blog more, err.. maybe not? )
5) CS (ciksom sayang, terima kasih kerana sudi terima! :) )
6) Aida (takmau cite panjang2 pun takpe, cite pendek pun boleh :) )
7) K.Siti (kena buat esok tau :) )


I need to talk about 7 things that people dont know about me. Aiyo! seksa ni nak pikir..

1) I met my dear hubby over the internet. Masa tu tahun 1994, he was in Michigan, I was in Hobart. Mula-mula takde cinta cintan sebab masa tu aku ada boyfriend (my x-bf now). But hubby aku tu sangatla pandai menanam tebu di bibir, sampai aku boleh jatuh cinta dengan dia. I ditched my boyfriend then, and married my hubby. Semalam, masa kat Ikea, Iman and Iffah baru tau that mama and abah dia orang bercinta dalam internet dulu. Jumpa a year after that! Iman siap tanya, mama dengan abah chat guna apa? YM? Facebook? MSN messenger? I told her, we chat on IRC. Dia terkebil2. Kelakar kan? :)

2. My BM is really bad. Why? sebab aku sungguh tak suka baca buku melayu, tengok cerita melayu dan yang sewaktu dengannya. Masa form 5, during SPM trial, I got P7 for my BM! huhuhuhu.. I was really sad sebab kalau tak dapat credit for BM kan kena sit for July paper. I was so depressed. Dah ler aku tak suka cikgu BM aku masa tu, Cikgu Tuan Jah or something. Dia siap cakap "Rashidah, awak takan pass BM awak!". Dunno why she was really pissed with me. Alhamdulillah bila dapat result, aku dalam A2 in BM. Weeee... jasa mu tidak dikenang cikgu Tuan Jah! Sorry!

3. Masa aku kecik2 dulu, I was so hitam, that, people always call me budak hitam. Ada one time masa sekolah rendah, mak aku curl my hair, ala2 afro gitu. Dah jadi budak negro pulak. Sedih? Memang la sangat sedih. Especially bila balik dari sekolah, kakak aku yg cantik jelita tu selalu bawak balik bunga from budak2 St John. She was in CBN, aku was in St Mary. Terasa diri ni seperti The Ugly Duckling. Kalau balik kampung, mak2 sedara selalu cakap, kenapa la Shidah ni hitam, tak putih macam Shima etc etc. Bleh!

4. When I was in Form 2, aku telah mendapat gelaran Tarzan. Gelaran itu diberi oleh classmate kakak aku, Rizalimi, or was it Koyeng? Cant really remember. Macam mana aku dapat gelaran Tarzan tu? Kebetulan masa time rehat, aku berdiri atas bench sambil pegang dahan pokok. Entah macam mana, dahan tu patah, aku tergolek jatuh dari bench. Kebetulan masa tu, classmates kakak aku lalu, nampak la aku tergolek atas tanah. Maka, nama aku dah bertukar menjadi Tarzan.

5. Masa sekolah rendah, aku sekolah kat St Mary Primary School. Sekolah menengah pulak, from form 1-3, aku pegi SMSS Kuala Terengganu (coed). Masuk form 4, I went to Sek Seri Puteri. Oleh kerana aku pegi 2 different school masa sekolah menengah, kawan2 pun memang sangat ramai. Sometimes, I'll get message in my facebook inbox, tanya mcm mana aku boleh kenal A, or B or C. Yang paling kelakar, Jeni cakap, husband dia kata aku ni macam Kevin Bacon, a person that connects people. Kembang kejap.. hehehe.

6. People always wonder, kenapa aku ada 2 orang anak, padahal mak aku ada 9 orang anak. The reason why I'm having difficulties in conceiving is because aku ada PCOS. Haaaa.. kalau tak tau apa PCOS tu, kena tanya cikgu Google. It's sad especially bila aku tengok Iman and Iffah suka sangat2 babies. For the time being, terpaksa la dia orang main dengan Shariff and Raina.

7. Some might wonder, kenapa aku ni suka sangat masak kan? Well, I started cooking from a very young age, 7 to be exact. Masa tu mok tengah pregnantkan adik aku Mas. Takde orang tolong dia masak, so aku pun start masuk dapur. For someone yang ada 9 adik beradik, of course kena ada sorang yg rajin ke dapur kan? Since aku tak suka melawa (opposite of kakak aku yg cantik tu), I helped mok in the kitchen. Masa sekolah menengah, aku dah boleh masak nasik dagang, gulai, and most dishes yang mok masak. Bila dah selalu jadi tukang masak rumah, automatically, aku jadi official tukang masak untuk family gathering. Balik rumah MIL pun jadi tukang masak jugak. Masa adik2 aku kawin, aku la yang tolong2 kat dapur. When I was heavily pregnant with Iffah, aku masak 40 ekor ayam masak merah untuk wedding adik aku Harun. Will I quit cooking? I think not. I love cooking.. It's the best way to show love.

Tuesday, July 12, 2011

Daiso & Royal Chulan

Ha! Ni la akibatnya bila tak baca details betul2. I was supposed to meet up with Alina (who's living in Paris and on holiday now in Msia) kat Royal Chulan. But I ended up at Royal Bintang, thus, missing my date with Alina. Huwaaaaaaaaaaaa... I am actually quite a detail person. Before going out, I'll make sure I know where I'm heading and rarely make this kind of blunder. But I guess, once in a blue moon, things like this happens.. huhuhuhu.. I'm sorry Alina.. Hopefully hari ni I dah tak sesat.

I dont know why I thought she's staying at Royal Bintang. Padahal, rasanya, dia dah banyak kali cakap yang dia duduk kat Royal Chulan. Royal Chulan and Royal Bintang is at the opposite side of town. Dah ler aku janji dengan dia at 6.30pm. Memang impossible la nak get to Royal Chulan once dah ada kat area The Curve tu. In the end, aku lepak kat cafe Ikea, makan karipap and minum kopi with Sally. Luckily Sally ada kat area tu.

Since dah sampai kat the Curve tu, aku terus melencong ke Daiso. I've never been to Daiso Msia before. Dulu masa pegi Tokyo, penah la few times aku pegi Daiso Japan. Oleh kerana aku rambang mata, I was RM80 poorer last nite. Tu pun aku dah jadi pembeli berhemah. Kalau ikutkan hati, nak je aku borong semua barang dalam Daiso tu. I managed to grab the mayo bottle yang ada 3 lubang, it was the last one on the shelf. Phew! Rezeki aku. Boleh la aku buat roti jala hari ni.

The RM5 shop which drives me insane! 

Iffah said, this is mama being perasan. Grrr!
Aunty Sally and Iffah. Why la dik u make such face? 

Iman being Iman.

Iman's new notebook from Daiso!

 Iffah tekun buat origami.

Grrr.. tengok muka Iffah tu.

Iman tekun bergossip dengan Aunty Sally

MP baru. :P