Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Bawal Goreng Berempah

Bawal ni dah hampir jadi penduduk tetap dalam freezer. Punya la lama dia bermastautin dalam peti tu. Rasanya nak dekat 3 bulan kot. hehehe.. Tapi oleh kerana bawal tu fresh, maka rasa pun takde effect. Kalau aku beli the ones yg jual kat pasar kat sini, mau dah selamat disumbat dalam tong sampah. This bawal, mok beli from nelayan bot kecik kat tepi pantai.

Kadang2 bila nak masak ikan besar ni, aku memang bercinta sangat. Kat rumah ni, the girls tak suka makan ikan besar. Well, ikan kecik pun tak suka, dia org prefer sup ayam or makan daging or kambing. *sigh*.. memang susah la nak tukar their eating habit.




Bawal Goreng Berempah

Bahan2
1 ekor ikan bawal (approx 1kg ) – potong 2

Bahan untuk blend
2 biji bwg besar
6 ulas bwg putih
2 tbs cili boh (boleh kurangkan)
2 tbs rempah kari ikan
2 tsp salt

Bahan  Goreng
3 biji bawang besar – mayang halus
4 ulas bwg putih – mayang halus
A bunch of daun kari
6-8 tangkai cili kering – potong serong

Cara2
1.       Lumur ikan dengan bahan blend, perap for about 1 hour, goreng dengan minyak yg banyak.
2.       Apabila ikan dah garing, tos minyak dan hidangkan.
3.       Masukkan minyak yg baru ke dalam kuali, tumis bahan goreng sehingga garing. Tabur di atas ikan goreng.

Thursday, August 4, 2011

Butter Prawn

Bila buat butter prawn, aku teringat kawan aku kat Ausmat, Jahd. The first butter prawn recipe yang aku dapat was from him. That was way back in 2007. Punya la detail pakcik tu tulis recipe. Tapi bila tengok the butter yang digunakan, fuh! memang boleh demam. Banyak sungguh!

Semalam, I googled for butter prawn recipe. Hubby wanted to eat butter prawn. Dah lama aku tak masak butter prawn. Bukan takmau masak, tapi bila masak, the egg floss tu tak jadi. Huhuhu.. tu yang malas nak buat butter prawn. But semalam, setelah baca few recipes plus the tips and tricks untuk buat the egg floss, maka, aku pun cuba la. The result?




Butter Prawn
Bahan2
Bahan A
1kg Udang
2 tbs butter
1 tbs oil

Bahan B
1 bunch of daun kari
6-7 biji cili padi – potong serong
6 ulas bwg putih – mayang
1 biji bwg besar – mayang
2 tbs butter
1 tbs oil
1 tsp chicken stock granules
1 tsp salt

Bahan C
5 biji kuning telur – (dicampur 1tsp chicken stock granules, 2 tbs air, pukul dgn garpu dan dimasukkan kedalam botol mayo muncung 3 or dalam acuan roti jala)
2 tbs butter
1 tbs oil

Cara2
1. Mula2, panas minyak dan butter. Bila minyak dah panas, masukkan udang dan goreng sehingga udang garing. Angkat dan tapis minyak.


2. Untuk bahan B, panaskan minyak dan butter, tumis bwg putih dan bwg merah serta daun kari hingga garing. Masukkan cili padi, chicken stock, garam dan udang.


3. Goreng seketika, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.


4. Untuk bahan C. Panaskan minyak dan butter. Bila minyak dah betul2 panas, tutup api. Jala kuning telur ke dalam kuali menggunakan tangan kanan, sambil tangan kiri pegang garfu dan digunakan untuk swirl laju2 telur dalam kuali. Make sure swirl ikut pusingan. Bila telur dah garing, keluarkan dan tapis minyak. 


5. Bila minyak dah kering, boleh la ditabur di atas udang. Voila! Boleh makan dengan gumbira! :)

Friday, July 15, 2011

Roti Jala & Kari Sardin

Err.. aku rasa aku dah jatuh cinta dengan roti jala. Semalam, aku buat roti jala dengan kari sardin pulak. Kan semalam hari malas, thus, the kari sardin. Kalau hari rajin, mau aku buat kari daging ke, kari udang ke. Dah lama sebenarnya aku tak masak kari sardin tu. Tak sangka, dah lama tak makan, rasa sedap pulak. Licin periuk. Roti jala aku buat 2 batches.

Iffah balik from school semalam, complain sakit kepala. So, dia skipped KAFA. Aku cuma hantar Iman sorang je. Balik from hantar Iman KAFA, badan iffah panas, demam pulak anak aku sorang tu. With Shariff and Raina around, memang aku tak boleh nak pay attention pada Iffah. Kesian Iffah. By malam, demam dia dah kebah sikit, but this morning, panas lagi.

Alhamdulillah hari ni hujan, at least jerebu tak teruk sangat. I hope iffah will be well enough untuk pegi tengok cerita Harry Potter tonite. Yes, we're going to watch Harry Potter mlm ni. Aku dah beli tiket since last week. Baru 2 days ago aku pegi ambik tiket kat TGV, booking dah seminggu  lebih. Nowadays, it's easier to buy online then pegi collect tiket. Tak payah la aku susah2 nak beratur panjang.




Recipe utk kari sardine
bahan2
1 tin sardine
3 biji kentang - peeled, potong 6
1 biji bawang besar - hiris halus
4 ulas bwg putih - hiris halus
2cm halia - hiris halus
1/2 sudu teh halba
1 tbs cili boh
3 tbs rempah kari ikan
250ml santan
1 cup air (kalau taknak pekat sgt, tambah air lagi)



cara2
1. mula2, panaskan minyak, tumis bwg besar, bwg putih, halia dan halba sampai garing.
2. masukkan rempah kari, daun kari (i didnt have any) dan sedikit air
3. bila rempah dah garing, masukkan santan dan air serta ubi kentang. kacau hingga mendidih.
4. biarkan for few minutes hingga kentang empuk.
5. masukkan sardine in tomato sauce ke dalam kari. make sure masukkan sekali dengan tomato sauce dalam tin sardine tu.
6. boleh la add garam dan a bit of sugar.

Monday, June 27, 2011

Ketupat Sotong aka Sotong Pulut

Iffah loves this dish. Oleh kerana sotong ada few kilos dalam peti (yang beli kat Terengganu 2 weeks ago), maka aku pun decided to cook sotong pulut. Iffah grew up with nenek's version of sotong pulut, ie sotong pulut version Kelate. Hubby pulak, grew up with Terengganu's version of sotong pulut. Tapi, oleh kerana dia kawin dengan orang Besut, maka, dia pun terpaksa makan Kelate version.

Mama Iffah ni gatal la pulak, instead of cooking Kelate version, dia gi masak Terengganu version. Masak sotong 10 ekor je, tapi sebab it's Terengganu version, cuma 2 ekor je yang dimakan. Iman memang tak sentuh langsung sebab dia kata the sotong pulut tasted weird. Makcik Ton makan satu, Iffah makan satu. Selalunya, kalau aku masak sotong pulut, Iffah akan makan at least 4 ekor, tapi this time, nak habiskan sekor pun nampak terkulat2.

As for me and hubby, we didnt eat any sebab I cooked the sotong pulut on weekdays, not Sundays. Makcik Ton terpaksa la simpan dalam freezer sotong pulut yang tak habis tu. So, lain kali, kalau nak suruh the girls makan, aku kena masak Kelate version. Hubby is flexible, both Kelate and Terengganu punya dia makan. Err.. actually, aku pun rasa pelik makan sotong pulut version Terengganu. But, I'm pretty sure, orang Terengganu pun pelik kalau makan sotong pulut version Kelate.

Why la aku ni jadi orang Besut?? Kan dah mistaken identity. Nak kate orang Kelate, duduk Terengganu. Nak kata orang Terengganu, cakap dialect Kelate, food pun macam orang Kelate.



Ketupat Sotong  Versi Terengganu
bahan2 (step by step recipe can be found here, but Kelate version)

1kg sotong - bersihkan, tos.
250ml santan pekat
1 pot beras pulut - cuci, rendam dalam 1/2 hour - 1 hour, then toskan
garam, gula (kalau takde nisang, guna gula je)

1 tsp halba
1 inci halia - mayang halus
lidi untuk cucuk

cara2
1. sumbat pulut dalam sotong, about 3/4 full, pastu tutup dengan kepala sotong and cucuk dengan lidi
2. masukkan air dalam periuk, cukup2 untuk cover sotong, rebus sotong yg dah disumbat pulut for about 20 minutes.
3. then masukkan santan, halba, halia, gula and garam.

Tuesday, June 14, 2011

Sotong Kicap

While in Terengganu, kat rumah mok, aku masak Sotong Kicap. Mok bought sotong yang baru naik dari laut kat Kg. Lampu. Sekarang, walaupun musim sotong, sotong is not cheap anymore. Kalau dulu, boleh dapat dalam RM8 perkg, sotong yang size XL. Now, dah naik to RM15 perkg. Walaupun mahal, beli la jugak sebab fresh sgt2.

Kebetulan masa aku kat kampung, mok wasnt feeling very well. Aku rasa she has low blood pressure. Seharian tak boleh bangun, pening or mcm orang Terengganu cakap, mussing rumoh. Aku terpaksa la jadi cook. Walaupun penat, terpaksa jugak masak.

 Sotong Kicap

Sotong ni fresh sangat, bau langsung takde.

Sotong Kicap
Ingredients
1kg sotong - bersihkan, tos
5 ulas bawang putih - crushed
2 biji bawang besar - hiris bulat
2 inci halia - julienne
1 tbs sos tiram
3 tbs kicap manis
1 tbs serbuk lada hitam
a pinch of salt, gula

cara2
1. panaskan minyak, tumis bawang putih. Bila bawang putih dah garing, masukkan sotong.
2. Biarkan selama beberapa minit sehingga sotong 3/4 masak, masukkan halia, sos tiram, kicap manis, lada hitam, garam dan gula.
3. Bila sotong dah masak, masukkan bawang besar dan cili merah yang telah dihiris. Biarkan for another 2-3 minutes before dihidangkan.

Thursday, June 9, 2011

Seafood Pizza

Pizza lagi? hehe.. ni la akibatnya bila anak2 dan suami takde kat rumah. I cooked this weekend baru ni. Tak tau nak masak apa, dah kehabisan idea. Bila bukak peti, tengok ada lagi about 1kg of mozarella yang mesti dihabiskan. So, aku pun start la menguli dough. Well, bukan aku yg uli dough, but Mr. Kenwood yang bersusah payah tolong uli. Aku cuma tolong campak2 mana2 yang patut je. :D

The dough boleh buat 2 bijik large pizza. Aku buatkan sebijik untuk rumah, sebijik lagi untuk adik aku Mas bawak balik. Tak larat weh nak menghabiskan 2 bijik sorang2. Dah ler takde sesapa kat rumah except Makcik Ton and adik aku, Ayu.

Aku rasa buat seafood pizza is a bit tricky. Aku googled few recipes, and in the end, came up with my own after some reading. This pizza leceh sikit sebab kena buat the bechamel sauce dulu. But the same sauce, aku tambah tomyam paste and buat Thai Seafood Pizza! Sedap!! But, I'll update the recipe nanti ye. The initial plan was nak campur calamari and prawn, tapi alih2 prawn aku dah habis. Tinggal calamari je, sedih sungguh..



Seafood Pizza
Use dough recipe from here.

500gm of mixed seafood
2 large onion - sliced
2 green chilies - sliced
a bunch of cilantro - chopped
2 large tomatoes - seeded, diced
2 tbs olive oil
4 clove garlic - finely sliced
250gm mozarella - shredded

bechamel sauce
1 cup of milk
2 tbs butter
2 tbs flour
1 tsp chicken stock
salt & pepper

method
1. Bechamel Sauce : Mula2, cairkan butter dalam pan, then masukkan flour, goreng sekejap hingga kekuningan, remove from heat, add milk, stir, panaskan kembali. Stir constantly, sampai pekat. add salt, pepper and chicken stock. kalau sauce terlalu pekat, campurkan sedikit air.

2. panaskan pan, masukkan olive oil, goreng bawang yang telah di hiris. Goreng sehingga garing, remove from heat.

3. guna kuali yang sama, masukkan seafood, goreng sehingga 3/4 masak, add salt & pepper, remove from heat.

4. Canai dough, sapukan bechamel sauce sebagai base pizza. tabur seafood, bawang, cili hijau, diced tomatoes. tabur mozarella cheese dan akhir sekali, sprinkle cilantro. bakar selama 25-40 minutes.

Friday, April 3, 2009

Recipes - Ayam Gulai Kampung, Sambal Udang

As promised, below are the recipes for the 2 dishes yang aku tak sempat2 nak up.

Sambal Tumis Udang


Bahan2
1kg udang
2-3 tangkai daun kari

bahan2 blend
30 biji bwg merah
10 biji bwg putih
8 tbs cili boh
1 tbs belacan

cara2
1. tumis daun kari dalam kuali, then masukkan bahan2 blend.
2. bila dah garing, masukkan gula, tumis lagi sampai gula hancur.
3. masukkan udang, 1/2 cup of air.
4. bila udang dah masak, masukkan garam and maybe tambah gula kalau perlu.


Ayam Gulai Kampung


bahan2
1 ekor ayam - potong 16
20 ulas bwg merah - mayang halus... Read More
10 ulas bwg putih - mayang halus
3 inci halia - mayang halus
2 inci lengkuas - ketuk
6-8 tbs cili boh
kerisik - from 1/2 biji kelapa
santan 1/2 kg
2 asam keping
1 keping nisang kecik
garam, gula
5 tbs rempah gulai kampung (ganti rempah kari pun takpe)
rempah kasar (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga)
4 tbs bwg putih + bwg merah yg dah diblend

cara2
1. panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah kasar.
2. then masukkan bwg & halia, goreng sampai garing.
3. masukkan cili boh, tumis sampai garing, then masukkan bwg blend & rempah gulai kampung, masukkan air sikit. then masukkan kerisik, asam keping & nisang
4. tumis sampai naik minyak.
5. once rempah dah garing, masukkan ayam sampai 1/2 masak. then masukkan santan & 3 cups of water. bila ayam dah masak, masukkan garam & gula