Showing posts with label Malay Dish. Show all posts
Showing posts with label Malay Dish. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Solok Lada

Mok buat solok lada semalam. My sister Ayu ajak makan rumah mok, but aku tak dengar masa dia ajak tu. So aku terlepas the opportunity to makan solok lada yang mok buat.  Sedih nya! Mok made the best solok lada. And she took the effort to pegi cari lada hijau kampung kat pasar malam. Kalau buat solok lada, lada hijau tu is the best sebab pedas dan besar, senang nak sumbat the kelapa and ikan mix.

Oleh kerana takde lada hijau kampung, aku beli je lada hijau biasa kat Giant. Ni semua sebab kes teringin sangat la ni. I freeze lebihan inti ikan tu, nanti boleh buat lagi.

Solok Lada

Bahan2 
1 biji kelapa - preferably beli kelapa yang tak terlalu tua
6 ekor ikan sardine – rebus, buang tulang dan tumbuk lumat
250ml santan pekat

Bahan tumbuk 
10 ulas bwg merah or 2 biji bawang besar
2 inci halia
2 1/2 tsp garam halus
3 tbs gula

 Cara2 1.
 1. Kelapa di tumbuk lumat dan digaul dengan ikan dan bahan tumbuk.
2. Sumbat ke dalam lada hijau yang telah dibelah dan dibuang biji.
3. Susun ke dalam periuk, dan tuangkan santan pekat. Tutup periuk
4. Didihkan, kemudian, perlahan api dan masak for another 5 minutes or so.

Saturday, January 5, 2013

Pajeri Nenas

Instead of the pajeri bersantan, aku Buat this version.


Bahan2
2 biji Nenas Josephine - peel, diced
Rempah 4 sekawan (cengkih, kayu manis, bunga lawang and buah pelaga)
8 ulas bwg merah - mayang
5 ulas bwg putih - mayang
2 inci halia - mayang
60gm butter/minyak sapi
Garam, gula

Cara2
1. Panaskan butter, masukkan bwg merah, bwg putih, halia dan rempah 4 sekawan.

2. Tumis hingga garing. Masukkan 3-4 tbs gula, kacau perlahan hingga cair. Gula akan caramelised the bawang.

3. Add Nenas dan garam. Jangan add air. Air Nenas akan turun dan nenas akan masak perfectly.

Wednesday, July 13, 2011

Roti Jala & Kari Ayam

Hasil tangkapan di Daiso on Monday, telah digunakan semalam.. hehe.. Takde plan pun mula2 tu nak buat roti jala. Pastu tengok Chikmi post gambar kat facebook KR, terus tergoda. Aku pun masuk dapur, keluarkan ayam, potong2, buat kari. Then aku duduk depan pc, google the best recipe yg aku boleh guna with my limited ingredients.

After blog hopping few times, I found a good recipe yang batter ala2 pancake, and telah aku tweak to suit me. Since aku pose semalam, aku takleh nak rasa kari ayam dan roti jala sampai la waktu berbuka. And memang sangat sedap. Patut la masa aku sibuk menjala, Shariff makan 6 biji roti jala! Aku makan roti jala, 3 bijik je, tu pun dah kenyang sangat. By the way, I went to Royale Chulan semalam (bukan Royale Bintang ye) and jumpa Alina. We had great time chitchatting. I baked chocolate bottom banana square. Iman and Iffah requested for that sebab dia orang nak bawak pegi sekolah hari ni, nak share dengan kawan2.







Roti Jala (recipe jap lagi ye, nak exercise)
Adapted from Lynn myresipi 
Bahan2
2 1/4 cup flour
1 cup milk/santan
1 cup water
2 eggs - slightly beaten
1/2 tsp salt
 2 tbs cooking oil
1/4 tsp kunyit or few drops of yellow colouring.

cara2
1. Campurkan semua bahan kering seperti gandum, kunyit, garam, kacau rata. Buatkan lubang ditengah, masukkan wet ingredients seperti susu, air, telur dan minyak masak.
2. Gunakan whisk, kacau hingga rata.
3. Masukkan batter ke dalam botol yang muncung 3 (boleh beli dengan Chikmi).
4. Hidangkan bersama kari ayam/gulai ayam. 

Recipe for Gulai Ayam boleh dilihat di sini

Friday, April 3, 2009

Recipes - Ayam Gulai Kampung, Sambal Udang

As promised, below are the recipes for the 2 dishes yang aku tak sempat2 nak up.

Sambal Tumis Udang


Bahan2
1kg udang
2-3 tangkai daun kari

bahan2 blend
30 biji bwg merah
10 biji bwg putih
8 tbs cili boh
1 tbs belacan

cara2
1. tumis daun kari dalam kuali, then masukkan bahan2 blend.
2. bila dah garing, masukkan gula, tumis lagi sampai gula hancur.
3. masukkan udang, 1/2 cup of air.
4. bila udang dah masak, masukkan garam and maybe tambah gula kalau perlu.


Ayam Gulai Kampung


bahan2
1 ekor ayam - potong 16
20 ulas bwg merah - mayang halus... Read More
10 ulas bwg putih - mayang halus
3 inci halia - mayang halus
2 inci lengkuas - ketuk
6-8 tbs cili boh
kerisik - from 1/2 biji kelapa
santan 1/2 kg
2 asam keping
1 keping nisang kecik
garam, gula
5 tbs rempah gulai kampung (ganti rempah kari pun takpe)
rempah kasar (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga)
4 tbs bwg putih + bwg merah yg dah diblend

cara2
1. panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah kasar.
2. then masukkan bwg & halia, goreng sampai garing.
3. masukkan cili boh, tumis sampai garing, then masukkan bwg blend & rempah gulai kampung, masukkan air sikit. then masukkan kerisik, asam keping & nisang
4. tumis sampai naik minyak.
5. once rempah dah garing, masukkan ayam sampai 1/2 masak. then masukkan santan & 3 cups of water. bila ayam dah masak, masukkan garam & gula