Saturday, January 16, 2010

Keropok Lekor

Sebut je keropok lekor, terus meleleh air liur aku. Kat rumah ni, semua orang hantu keropok lekor. The best keropok lekor is still keropok lekor Terengganu. Dulu masa duduk asrama kat SS, every weekend kita orang akan tunggu Yati Losong (gelaran one of batch mate aku) untuk balik from rumah sebab dia akan bawak balik keropok yang dah diorder oleh kita orang yang kelaparan ni. Masa tu punya la murah harga keropok, sebatang yang sekarang jual for RM0.50 was selling at RM0.10 back then. But then, talk about food 20 years ago, memang tak habis cakap la. Punya la murah. Aku ingat lagi makcik tua yg menjaja kat tepi pagar aspuri, jual everything in her basket at RM0.30 each. Kalau kuih, RM0.10 each. Nasik Lemak, Nasik Dagang, Nasik Minyak, Laksam, Laksa, semua was priced at RM0.30. Rindunya nak balik to zaman tu.

Now everything is so expensive. Kalau takat bagi duit kat anak RM1 untuk pegi sekolah, memang kelaparan la budak2 tu. Aku bagi anak aku RM1 but with bekal and air. Next week, dia org naik taraf sikit, dapat RM2 sebab aku rasa kesian pulak. Aku pretty sure dia org takan belanja duit tu sebab aku memang sekeras-kerasnya membantah pembelian makanan kat kantin sekolah. Iffah cerita, she saw makcik kantin sekolah campur air paip dengan sos cili to make it banyak. Teruk betul!! So to those yg ada anak2 yang bersekolah kat Sek Keb Taman Melawati 2, please make sure anak2 makan makanan yang dibeli diluar, bukan kat kantin sekolah.

Teringat masa zaman aku sekolah, makanan kantin la yang paling sedap and murah untuk dimakan. Walaupun tak bersih (maybe), still jarang yg kena food poisoning. Nowadays, budak2 sekolah yg makan makanan kantin, senang sangat kena food poisoning. I wonder why...

Cakap pasal sekolah lagi, teringat betapa comotnya aku zaman tu. Kalau lepas rehat, tudung (aku pakai tudung coz I thought budak2 duduk Terengganu semua wajib pakai tudung, rupanya sangkaan aku meleset sama sekali) aku akan jadi warna merah sebab penuh dengan tumpahan cuka keropok. Come to think about it, patut la takde lelaki yang nak jadikan aku girlfriend, punya la selekeh. Dah la tu, kalau time kena selsema, lengan baju penuh dengan hingus. Ishk! kalau anak aku mcm tu sekarang, sure aku dah terjerit2. Dulu masa sekolah, kakak aku la jadi tukang basuh baju sebab aku pemalas giler. Selalunya nak senang, aku akan rendam baju sekolah dalam dinamo for 3-7 days, pastu bilas, tak gosok dengan berus pun. Terukkan? Sometimes kalau terlupa, baju akan direndam for about 2 weeks or until kakak aku basuhkan.. hahahhaa.. kelakar jugak ingat zaman sekolah dulu.



Kepok Lekor yang dibeli kat tepi Shell Chendor.

2 comments:

  1. Whatta between khepok lekor, khepok gonde, khepok keping? thehehe

    ReplyDelete