Sunday, January 3, 2010

Telur Masak Lemak Putih Johor

Recipe ni memang favourite rumah aku masa belum kawin. My mum akan masak at least once a week. Aku grew up with this recipe. I love it so much. Mak belajar recipe ni from arwah Makcik Raha. Teringat aku arwah Makcik Raha, dah anggap mak macam anak sendiri. Nak apa-apa recipe, pegi je rumah dia. And Makcik Raha ni sayang kat aku, asal aku pegi rumah dia je, dia akan buat kuih talam coz she knew I love it so much.



Ingredients
bahan blend
12 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
2 inci halia
6 biji buah keras
1 biji buah pelaga
6-10 biji buah badam

1/2kg santan
8 biji telur - rebus sampai masak, then goreng
4 tbs susu pekat
garam, gula
3 biji bawang besar - kupas, belah sikit on both side

cara2
1. tumis bahan2 blend hingga naik bau, masukkan santan.
2. bila santan dah menggelegak, masukkan bawang besar dan telur.
3. kacau dengan api perlahan hingga bawang 3/4 masak, kemudian, masukkan susu pekat, garam dan gula.

9 comments:

  1. Hello Sizuka, happy new year to you and family. And all the very best of 2010.
    I was at Ina's place noticed your beautiful eyes profile and checking out did a U turn busybody here.
    For a moment thought your name 'Suzuki' ha ha. And you orang Jepun. Then looked again....ohhh from Malaysia.
    You have a beautiful family.

    Thats a nice dish but regret have not tried before.
    You stay young, keep well and have a great new year, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  2. Salam Shida, i was wondering bout bahan untuk dikisar....bawang merah & bawang besar??...WOW!! banyak betul guna bawangkan...tak perlu bawang putih langsung ye?

    ReplyDelete
  3. Resipi dari Johor? I tak familiar tapi looks nice. Kena cuba (cakap dlm ati: Hidup Johor)

    BTW, how do I add u in my FB? I tengok ramai benar nama sizuka.

    ReplyDelete
  4. uncle lee, thx for visiting. thank you for the compliment. those eyes belongs to me...phew! lucky me :)

    happy new year to you too uncle lee. :D

    ReplyDelete
  5. ain, typo error. patutnya bawang putih. what was i thinking.. :D

    cs, add my email address, shidah219@yahoo.com

    recipe ni recipe lama. i pun tak sure samada memang betul2 from johor ke tak. makcik rahmah dah meninggal, takleh nak sahihkan. but yang pastinya, memang sedap!

    ReplyDelete
  6. Shidah, 1more question...original recipe memang guna susu ke atau u tukar pasal sedang ber-diet..hehehe...i hv to ask coz my kids d 1st & 2nd child are both lactose intolerant.

    ReplyDelete
  7. salam kak shidah.
    nak try buat telur ni la..tapi kena tunggu beli almond dulu..takde stok..kalau tak letak almond mesti rasa dia lain kan?kena blend sekali dgn buah pelaga ke?tak biasa..
    hari tu nampak pic telur ni kat fb..tapi malu nak minta resepi..hihi
    tulah rasanya ruzie pernah sekali jalan2 kat blog kak shidah..link dari blogger ..tak ingat..terasa kecilnya dunia cyber ni..

    ReplyDelete
  8. ruzie, ish! jangan malu2. tanya je kalau nak tanya apa2 especially bab2 recipe ni. i love to share dgn orang. pernah jugak buat telur ni tak letak almond, rasa ok cuma kurang lemak sikit. you can try both, cuba without almond dulu, pastu with almond. selamat mencuba! :D

    ReplyDelete