Friday, November 27, 2009

Telenovela - Part 3

Setelah more than 2 weeks aku peram cerita ni, hari ni aku tulis sambungannya. Mintak maaf to those yang dah lama menunggu sambungan cerita ni. Bila baca cerita ni, kena baca dengan hati yg terbuka. Betul, apa yang Zai buat, dah tersasar dari jalan  menuju  Allah, but kita doakan la, yang one day, Allah akan bukak pintu hati Zai untuk bertaubat.


Lepas bercerai dengan Azhar, aku lost contact kejap dengan Zai, sampai lah one day, dia telepon aku, cakap dia kat area Melawati and wanna meet up to have a drink. Aku pun pegi la jumpa Zai. Masa tu dia tengah tunggu kereta boyfriend dia kat workshop tepi tempat kita org minum. Dia bercerita perihal boyfriend baru dia, Johan. Zai memang happy sangat masa tu. Dia dah 2 tahun duduk serumah dengan Johan, lepas dia bercerai dengan Azhar. Johan duda 5 anak. Masa tu anak Johan yang kecik sekali baru umur 2 tahun.

Johan promised Zai that he will marry Zai once dia settle kes cerai dengan bini yang dulu. But unfortunately, dari 2 tahun, jadi 5 tahun. For 5 years, Zai tunggu Johan kotakan janji dia. Sampai ke sudah, janji cuma tinggal janji. Anak johan yang kecik tu dah masuk darjah satu. And they were still living together, macam husband and wife, cuma tak nikah je. Jiran-jiran semua ingatkan dia orang dah kawin. Bila aku dengar cerita Zai, terkedu kejap. Aku tau, Zai tahu yang apa dia buat tu, tak sepatutnya kita sebagai seorang islam buat. Bersekedudukan dengan lelaki, anak2 lelaki tu pun ada kat dalam rumah tu. Macam mana nak didik anak kalau kita sendiri tunjuk benda yang tak baik pada anak tu.

According to Zai, janda Johan taknak lepaskan Johan. Macam-macam yang janda Johan bagi Johan makan, termasuk lah benda-benda yang tak masuk akal yang dia dapat dari bomoh siam. Erm.. sejauh mana kebenaran tu, aku tak tau. Aku cuma dengar dari sebelah pihak saje. Ada one time tu, Zai was desperate to get Johan to want her back. Zai mintak tolong aku temankan dia pegi ke rumah seorang pakcik ni. Aku memang la taknak terlibat dengan benda-benda macam ni, but I can understand her desperation. According to Zai, pakcik tu nak Zai ambik beberapa helai rambut Johan, kuku Johan and few other things which aku cant's remember. Lepas tu, Zai kena mandi bunga kat bawah jambatan. Aku dok wonder, jambatan mana la dia nak mandi malam2 buta without raising people's suspicions. But like I said, aku hanya boleh mendengar, aku memang taknak masuk campur. Kalau aku nak tolong pun, definitely my hubby will be against that.

Setelah letih berbomoh, akhirnya Johan kawin dengan janda dia. And Zai, hanya mampu menggigit jari. Penat lelah dia bela anak Johan for 5 years, in the end, dia tak dapat apa2. Aku rasa mcm nak je bunuh si Johan tu. Memang lelaki tak guna! But apa yang Zai buat pun salah jugak.

Lepas dia putus dengan Johan, she was quite close dengan our schoolmate masa sekolah rendah, nama Maz. Maz since sekolah lagi memang budak pandai. But somehow, she managed to screwed everything up. When she was in A-level, she was kicked out because dia pregnant. Dia kawin dengan boyfriend dia while she was 6 months pregnant. Masa mula-mula kawin, life was hard for her. Zai la tempat dia mengadu. Anak sakit, demam, Zai yang tolong sebab Zai kan takde tanggungjawab. Zai carikan Maz kerja kat travel agent where she was working. Masa mula2 masuk kerja, Maz was just a ticketing clerk. With her back stabbing personality, she managed to climb to the top (lepas few years working), and now she's the head of department kat tempat dia keje.

Kenapa aku cakap Maz ni a backstabber. Sebabnya, remember, masa dia susah, Zai la tempat dia bergantung. Now that dia dah senang, dia cerita kat her colleagues  that Zai duduk dengan Johan, tak kawin. Of course la kawan2 ofis dia orang akan pandang serong kat Zai. Why did Maz do that? According to Zai, it was because, Maz's boyfriend (she was separated dengan husband dia, living with her boyfriend), made a pass to Zai. Maz bengkak la.. Apa kurang dia that makes her boyfriend buat mcm tu.

Zai sakit hati dengan Maz, dia pun tender in her resignation. Dia cakap tak guna dia keje kat tempat yang ada ular, ie Maz.


p/s : nanti aku sambung ye... 

Wednesday, November 25, 2009

Lempeng Kelapa

Masa kecik2 dulu, aku cukup suka makan lempeng cicah gula for breakfast. Masa tu, kedai mamak or gerai jual nasik lemak takde banyak macam sekarang, takde banyak choice. So selalunya, breakfast pagi2 before ke sekolah pukul 6am (aku naik bas awal coz aku adalah murid yang pertama uncle bas tu ambik), will be lempeng or roti. Masa kecik, aku was quite mewah, everyday abah akan bagi RM5 untuk belanja. Time aku sekolah dulu, tu kira dah banyak giler. Err.. aku bagi Iman and Iffah RM1 je sehari coz they bring their lunch box to school.

Mungkin in my case, since aku ada lagi 6 orang adik beradik lain yang mak nak kena took care of, maka tak sempat la mak nak siapkan lunch box. Rambut aku masa sekolah dulu, memang sentiasa pendek, so that mak tak payah susah payah nak sikatkan rambut aku before pegi sekolah. Aku cukup suka makan mee kari kat kantin sekolah rendah aku tu. But come to think about it, halal ke makanan kat kantin tu? Operator kantin semua non muslim, food pun semua chinese style. Punya la jahil masa kecik2 dulu, takde exposure pun pasal halal or haram makanan yang dimakan. Yang aku tau, perut kenyang. Alhamdulillah Iman and Iffah are different dari aku masa zaman aku kecik2. At least now they know, kalau nak beli gula2 or any food, kena make sure, ada halal cert from certain bodies such as jakim, or thai muslim association etc. Kalau takde, takleh beli sebab takut tak halal. Bila ada perasaan was2, tak boleh makan.

Pernah one time Iffah dengan kuatnya cakap "Mama, gula2 ni takde halal la, tak boleh makan", masa tu aku tengah queue nak membayar kat kaunter carrefour. Aduh! malunya mama... kot ye pun, slow2 la sikit cakap tu adik.




 Lempeng Kelapa

Anyway, back to lempeng. Since dah almost 2 weeks aku tak memasak, today aku decided to buat something simple, makan dengan kari ayam yang makcik ton masak semalam.

Monday, November 23, 2009

Nasi Goreng Daging

Nasi goreng ni memang berapi. Aku makan with cili padi jeruk from Kudat, pemberian cousin aku, Wan. Thank you Wan sebab sudi bagi rasa cili padi berapi ni. Rasa cili ni ala-ala Habanero. Bila makan, perut rasa macam kena bakar. Pastu, definitely akan ke toilet sebab tak tahan panas. Walaupun dah tau effect makan cili jeruk ni, still aku nak makan jugak, dah jadi mcm addicted pada cili ni.



P/S : Oleh kerana puan rumah still tak sihat, dengan selsema, batuk, demam, maka nak berblogging lama2 pun tak selesa. Telenovela tu akan disambung bila puan rumah dah sihat nanti ye. Tunggu............

Saturday, November 21, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang

Fuh! panjang giler tajuk aku tu. Ustaz Iffah called on Tuesday, bagitau that Iffah akan dapat hadiah during majlis penyampaian hadiah yesterday, pukul 8pm. Kenapa Ustaz kena telepon? Sebab Mama Iffah tak hantar dia sekolah KAFA for the past 2 weeks, since lepas exam. Tu yang ustaz kena telepon, tolong bagitau Mama Iffah ni.. Apa la punya mak, anak tak gi sekolah pun tak heran.. ish ish.

The majlis supposed to start at 8pm, but as usual, sebab nak menunggu kedatangan tetamu kehormat, maka majlis started only at 8.20pm. Grr... betul2 buat aku bengkak. Dah ler aku tak sihat, dengan running nose nya, sore throat, batuk yang tak berenti, and kepala yang mamai, aku terpaksa menunggu jugak.

Iffah was so happy with the fact that dia dapat no. 1 walaupun banyak hari yang ponteng dari yang pegi sekolah.



Iffah dengan hadiahnya :)



My baby dah besar :)

Wednesday, November 18, 2009

Pengumuman

Tuan rumah terpaksa cuti berblogging buat sementara waktu kerana badan sakit2 akibat ber exercise. InsyaAllah this weekend sambung balik. Sesapa yang rindu tu, boleh la drop sepatah dua kata di FB tuan rumah.. hehe

Friday, November 13, 2009

Telenovela - Part 2

Sambungan cerita beberapa hari yg lalu. Sorry sangat cerita ni lambat keluar. Tuan rumah tak sihat, sebab terlalu bersungguh dalam buat lower body exercise, monggeng tuan rumah sakit giler. Huwaaa.... rasa mcm nak nangis je.


While being married to the 1st husband, ie, Azhar, Zai telah melakukan perkara-perkara yang kadang2 tak masuk akal. Aku rasa aku boleh faham keadaan Zai tu. Ye la, takde anak, pastu duduk rumah sorang, suami datang cuma untuk beramas mesra dan berseronok je, pastu kena tinggal. Perempuan mana la yang tak hilang akal.

Ada one time ni, Azhar tak balik rumah Zai for few days. So what Zai did was, dia pegi rumah madu dia, and break into her madu's house. Well, kira pecah masuk la tu walaupun Zai ada kunci rumah madu dia tu. She went into her madu's house masa takde orang. None of the occupants of the house was around. Dia masuk, duduk depan TV, masuk dalam master bedroom, bukak closet, tengok baju2 madu dia. Pastu masuk dapur, tengok semua barang2 kat dapur, bukak almari, jalan2 makan angin dalam rumah madu dia. Aku tau, sounds a bit scary kan? Aku dengar pun seram.

Of course aku risau pasal Zai, what if ada orang report police. At the same time, masa aku dengar Zai cerita tu, aku terpikir jugak, Zai ni mcm dah tak siuman, masuk rumah orang and buat macam tu. Ngeri aku.. And she did it few times. Sure korang wonder, macamana dia boleh dapat kunci rumah madu dia tu. Zai ni memang pandai. Time Azhar tido, dia cepat2 keluar rumah, pegi kat instant key maker, buat copy semua kunci2 yang ada dalam poket Azhar. Before Zai masuk ke rumah madu dia tu, dah few times la Zai buat survey kat rumah madu dia tu. She will sit in a car, tengok madu dia keluar masuk, anak2 madu dia pegi sekolah, basically activity harian penghuni rumah tu. It took her few months of doing site survey (hehehe.. mcm survey tanah je) and spying job before she had the courage to break into the house.

But like I mentioned earlier, aku paham kesedihan hati Zai, her suffering, her pain. Mana ada perempuan yang tahan macam tu. Dah la laki kaki pukul, pastu nak balik taknak balik, suka hati je. Hidup macam perempuan simpanan, tapi dalam keadaan sah. Kalau aku pun jadi gile.

Did I mention that Azhar tu sebenarnya an overseas graduate, ada master lagi. Kalau takat nak keje kat mana2 company tu, senang je la. Habis2 pun boleh jadi lecturer. But, dia lagi selesa duduk rumah, bini-bini keje, makan minum bini tanggung. Zack ni ibarat biawak hidup. Bini no. 1 was a somebody kat a telecommunication company. Kalau aku sebut, definitely orang semua tahu. Zai pulak was already holding a senior position masa tu. Macamana la Azhar tu nak keje, tak payah susah payah pun dah boleh hidup senang lenang.

To be continued...

Thursday, November 12, 2009

Exercising & Chicken Sandwich

This week aku start exercising. Kononnya nak gain stamina sebab nak panjat gunung kinabalu next year. Tak tau la brapa lama aku boleh tahan. Hari ni dah rasa pancit sebab semalam buat lower body dengan bersungguh-sungguh. Nak duduk pun sakit. Masa solat, rasa mcm nak terkeluar biji mata tahan sakit. Aduhai! hopefully aku ada enuff willpower to stay connected with the gym and dumbbells til february next year.

Dengan semangat yang berkobar2, pagi semlm, aku buat roti. Oleh kerana tema mingguan this week is LOOSE THE FAT!, maka aku kena la masak something healthy. Ops! lupa nak cakap, aku buat wholemeal buns and sardine rolls. Bila dear hubby tanya, sardine rolls healthy tak? Aku cakap sangat healthy sebab kan bakar, bukannya goreng. Padahal dia tak tau, the amount of butter that i used to make the pastry tu boleh membuatkan lemak2 dalam badan dia bersorak keriangan.. hehehe.. shhhh!! jangan cakap ye. Pakcik tu tertipu lagi.. hahahhahahha



His healthy lunch, ni tak tipu :D

ps : pembaca telenovela, sila tunggu kemunculan part 2 esok .. hehe

Telenovela - Part 1

Main character

Husband : Zack
Wife no. 1 : Julia
Wife no. 2 : Hani
Wife no. 3 : Zai
Zai's x-hubby : Azhar

As usual, aku keluar for a teh tarik session dengan my girlfriend. This time dengan Zai. Dah quite a while jugak la aku tak keluar dengan Zai, even since dia ada problem dengan her hubby Zack. Aku kenal Zai dah lama, since aku standard 1, masa tu kat St Mary Primary School. Memang quite close la, dah la sama kecik. Pastu bila masuk Form 1, aku lost contact dengan Zai. Then entah macam mana, masa aku pergi to a travel agent nak booking flight to LA way back in 1996, aku terjumpa balik Zai. Tak sangka dia keje kat situ. Maka kita orang pun close balik. Ada jugak few years yang tak jumpa, especially masa dia kawin dengan her first husband.

Eh jap! aku ni nak cerita pasal apa dulu yek. Erm.. kena start dari awal la nampaknya. Ni kisah hidup Zai, she wanted me to tell her story dalam blog aku. Aku ni bukanla penglipur lara, jadi sorry la ye kalau korang tak paham apa aku tulis. Anyway, ni kan blog syok sendiri.. hehehe..

Zai is a petite and pretty lady. Maka definitely la ramai sang kumbang yang berkenan kat dia. Unfortunately (there's a reason kenapa aku guna this word), dia tersangkut dengan husband dia yang pertama, Azhar. Mula-mula bila aku dapat tau Zai nak kawin dengan Azhar, I was so happy. Masa tu aku dah kawin dgn my dear hubby. Upacara kawin Zai ni memang diadakan secara gilang gemilang, rasanya dia orang buat kat dewan felda kat tepi UTM jalan semarak tu.

Lepas dah beberapa bulan kawin, tiba-tiba, Zai called. Dia nangis-nangis cerita dia kena pukul dengan Azhar. Siap kena sepak terajang dengan Azhar tu. Aku dengar, berasap telinga. Aku paling benci lelaki yang pukul perempuan. Aku tanya la kenapa sampai macam tu sekali. Zai pun cerita, yang Azhar nak balik to rumah 1st wife, malam tu Zai suruh stay lama sikit, maka apa lagi, makan sepak terajang la Zai tu. Baru aku tahu yang Azhar dah ada bini before dia kawin dengan Zai.

And korek punya korek, rupanya, mak Zai pun tak tau yang Azhar tu dah kawin. Masa Azhar pegi meminang Zai, dia suruh pakcik dan makcik mana tah menyamar jadi his parents. Ada ke patut! Memang mak Zai kena tipu hidup2. Pada aku, hidup dalam menipu macam tu, memang tak berkat. Kalau time raya, Zai akan cakap kat her mom that she went back to Azhar's hometown, padahal, dia duduk dalam bilik hotel, while Azhar balik ke rumah parents bini no. satu dia. Sakit hati tak? Yang kawan aku Zai ni, duduk la kat dalam hotel tu sorang, berendam air mata. They stayed married for 2 years, pastu bercerai.

(akan ku sambung nanti cerita ini)

Tuesday, November 10, 2009

Sardine Roll

Banyak benda yang aku nak cerita termasuklah cerita yang aku janji dengan childhood friend aku, Miss Zai, untuk tulis dalam blog ni. Tapi, me, being a lousy story teller, sangat la malasnya nak pikir dan type. Nanti la aku cerita malam2 sikit. Ni menu teh petang semalam.

Otan cakap nampak menggiurkan je sardine roll tu.. Iffah loves it very much.


Sardine Roll

for pastry
500gm flour
200gm cold butter
12-15 tbs cold water

cara2
1. mula2 raba (rub.. hehe) butter dengan flour sampai jadi mcm bread crumbs, pastu masukkan air dan uli sampai jadi dough.
2. letak dalam plastic wrap, masukkan dalam peti sejuk for about an hour or so.
3. then boleh la diuli dan letak sardine.

sardine
1 can of sardine in tomato sauce
3 ulas bwg putih - crushed
2 biji bwg besar - diced
2 tbs cili boh
10 biji cili padi - cincang halus (optional)
1 biji lemon - ambik about 2-3 tbs juice
sugar, salt

cara2
1. panaskan 2-3 tbs of minyak, masukkan bwg, cili boh, tumis sampai garing.
2. masukkan sardine, dan about 4 tbs of the sauce. jgn letak semua sauce, nanti basah sgt.
3. masukkan garam, gula cili padi and lemon juice. sejukkan.

Monday, November 9, 2009

Penne with Tomatoes & Chilli Tuna

Hubby wanted to eat something simple and light. Aku pun memang malas giler nak masak coz kepala still sakit la from episode hari sabtu tu. Since makcik ton & the kids takde, aku pun decided to cook pasta. Kebetulan masa aku pegi Sogo last week, I bought some Penne, maka jadi la Penne with Tomatoes & Chilli Tuna.

Chilli Tuna brand TC Boys is iman's favourite. Sorry ye Iman, mama ambik stock canned tuna Iman... hehehe.. I wanted to make something different, tuna in oil campur dengan chilli tuna made the penne to die for. Hubby pun cakap sedap! Since ada sikit yellow and green capsicum dalam peti, aku pun campak je la dalam penne tu together with some tomatoes. The pasta tak rasa hanyir because of the chilli in tuna and masam tomatoes. Aku post this recipe dalam myresipi.com

http://www.myresipi.com/top/detail/10042



Penne with Tomatoes & Chilli Tuna

bahan2
  • 6 tbs minyak zaitun
  • 500gm Penne - rebus dengan air mendidih hingga al-dante
  • 6 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • capsicum hijau, kuning & merah
  • 1 tin Chilli Tuna (brand TC boys), buang minyak yang berlebihan
  • 1 tin tuna in oil (any brand)
  • 1/2 tbs lada hitam yg dah ditumbuk
  • 2 tbs garam

Cara-cara

  1. Mula-mula panaskan minyak zaitun, masukkan bawang putih dan bawang besar, goreng selama 2-3 minit
  2. Kemudian, masukkan tuna, capsicum, garam dan lada hitam.
  3. Akhir sekali, masukkan penne, kacau, biarkan selama 5 minit. Tutup api dan boleh dihidangkan. :)

Sunday, November 8, 2009

Breakfast @ Taman Ampang Hilir Park



Our menu today. Initally, aku nak masak nasik lemak. But since yesterday aku dah masak nasik lemak, takmau la breakfast heavy lagi hari ni. So aku goreng meehoon goreng bodoh ni.. hehe.. Actually, it's meehoon goreng singapore, but I called it meehoon goreng bodoh coz senang giler nak masak.



Iman & Afiq (Lily's eldest son)

Saturday, November 7, 2009

Trip to Seremban

Yesterday plan dengan Dila (schoolmate masa kat SSP dulu), nak pegi visit Neli (also another SSPian). Neli delivered a beautiful baby boy on 25th of September. Since balik raya aku tak sempat2 lagi nak pegi visit dia coz she moved to Seremban. Kalau dulu senang je nak pegi rumah Neli, dekat sangat, kat Sentul. But now, memang bercinta la nak pegi Seremban tu.

Dah plan baik punya, tiba2 teringat yang hari ni lawan bola, Negeri Sembilan vs Kelantan kat Stadium Bukit Jalil. Aduh! tak sanggup rasanya nak stuck dalam jam teruk atas highway nanti. But since Neli dah siap2 untuk menerima kedatangan we all, maka aku takleh nak cancel. Dengan berat hati, pagi tadi, lepas makan nasik lemak yang aku masak, aku, Dila, Iman & Iffah bertolak la ke Seremban.

Bila dah nak sampai tol Seremban, tiba2 Dila cakap, dia lupa nak mintak address Neli from her. We tried calling Neli more than 15 times, tak dapat2. Aku dah tension giler dah sebab kita orang dah sesat tah kemana2. Dila said to exit Seremban/Port Dickson, tapi pusing punya pusing, still tak jumpa jalan yang familiar to her. Dila dah pernah pegi rumah Neli once. Kita orang pun decided nak balik semula ke KL. Ye la, dah tu, dah la sesat pastu takleh pulak nak call Neli tu. Tiba2, Neli telepon, rupanya hp dia takde signal. Hampeh punya maxis. Neli kata kena exit Senawang and dia petakan mcm mana nak sampai kat rumah in law dia tu. Alhamdulillah, setelah few u-turns, sesat, salah jalan, sampai la jugak to rumah in law Neli.

By the time sampai rumah Neli, both aku dgn Dila dah sakit kepala yang amat sangat coz it was hot today. Dengan perut yang dah masuk angin, kepala yang berdenyut2, kita org tak duduk lama kat rumah Neli. Furthermore, kita org nak beat the traffic, risau jugak kalau stuck on the highway. When we left Neli's house, it started raining. Pastu tiba2, Dila rasa mcm nak muntah. Nasib baik ada plastic bag extra. Dila muntah kaw kaw nya, and she can't continue driving. Aku la pulak kena drive, dah la kepala sakit. Nak tak nak terpaksa jugak drive sebab Dila dah lembik setelah muntah few times. Dia dah kena gastrik and migraine yang teruk. This morning she woke up early sebab dia ada exam and she didnt eat any breakfast before sitting for the exam. Lepas exam, dia datang rumah aku to pick us up, baru la dia makan nasik lemak yang aku masak tu. Of course la perut dah masuk angin.

Hujan turun selebat-lebatnya, ramai orang yang on their hazard light sebab memang gelap giler, padahal masa tu baru pukul 4pm. Aku took the longer route, ikut KLIA, instead of ikut sungai besi coz I dont wanna be stuck in bad traffic jam near Bukit Jalil. Rasa mcm bawak kete berjam2, nasib baik ada Iman and Iffah, boleh jugak aku suruh dia orang tolong picit2 belakang aku yang rasa mcm kena hempap dengan batu besar. Finally, alhamdulillah, aku sampai kat rumah parents Dila. Muka Dila memang pucat giler. Kesian aku tengok dia.

Sampai je rumah parents Dila, aku pun terus tido while waiting for Hubby to pick us up. On the way balik rumah, the kids nak makan sate, so kita orang singgah kat Restaurant Haji Samuri kat Taman Melati. Balik rumah je, aku terus tido, and bangun kul 9pm. *sigh*... what a day. Aku kindda regretted pegi Seremban, coz balik Seremban, both aku and Dila sakit. But bila terbayang muka baby Neli, Budi, yang macam apam tu, it was worth the trip :)

Friday, November 6, 2009

Recipe Ayam Penyet

I used Rose's recipe. I dont really like the taste though, for me, the best is still recipe from my friend Emil, Ayam Bumbu. Rasanya Ayam Penyet ni, ayam tu tak penting sangat, yang penting is the sambal. So, rasanya kalau just goreng ayam with kunyit and garam, maybe add a little bit of rempah kari pun, sure sedap.

Ingredients:

6 large chicken legs, deboned
2 stalks lemon grass, crushed
2 bay leaves (daun salam)
1 tbsp coriander seeds (ketumbar)
1/2 tsp ground cumin (jintan manis)
2 tbsp thick coconut milk
1 tsp sugar
1 tsp salt
2 tbsp cooking oil

Ingredients to grind:

120g lengkuas, peeled and sliced
1 red chilli, seeded
2 cm knob tumeric
4 slices ginger
3 cloves garlic
3 candlenuts (bush keras)

Method:

1. Fry coriander seeds over slow fire till fragrant then grind coarsely.
2. Wash chicken and drain well. Prick chicken all over with a fork.
3. In a mixing bowl, combine ground spices with ground cumin, coriander, salt, sugar, coconut milk and crushed serai. Add chicken and mix thoroughly. Leave to marinade for 30 minutes.
4. Grease base of cooking pot with some cooking oil. Arrange chicken in pot, add crushed bay leaves. Cover pot and cook over moderate heat for 8 minutes. Turn chicken over, cover pot and continue to simmer for another 10 minutes or until almost dry. Remove chicken and drain off excess liquid.
5. Grill or roast chicken on high heat, 250 deg C until golden brown on both sides. ( I fried the chicken)

Ada 2 type of sambal yang aku buat, both menggunakan recipe makcik ton. I think I need to taste the best ayam penyet 1st in order for me to buat sambal yg sedap. Aku tak pernah rasa ayam penyet, so a bit difficult to gauge whether my recipe ni is a success atau tak. But dear hubby said, sedap! Dia selalu makan ayam penyet whenever dia pegi Indonesia or Johor.



Sambal Masak
Bahan2 (semua bahan dicincang kasar)
2 biji tomato
10 biji cili masak
30 biji cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 tbs belacan
garam, gula merah

cara2
1. panaskan about 10tbs of minyak dalam kuali
2. masukkan bawang dan belacan, goreng 1/2 garing
3. kemudian, masukkan tomato, cili, goreng for about 5 minutes, keluarkan.
4. masukkan dalam blender (atau boleh guna lesung), add salt dan gula merah, tumbuk sampai lumat.

Another version of sambal



bahan2
10 biji cili merah
30 biji cili padi
1 tbs belacan - bakar
garam, gula
2 tbs asam jawa - ambik air

cara2
1. tumbuk/blend semua bahan diatas sampai lumat.
2. masukkan air asam jawa, kacau hingga sebati.

Thursday, November 5, 2009

Iffah & Ayam Penyet

Few days ago my SIL masak Ayam Penyet kat rumah dia. But since aku and hubby were not feeling very well, maka kita org tak pergi. But mak cakap, sambal yang SIL buat tu sedap sgt2. So hari ni aku tergerak hati untuk memenyekkan ayam for dinner. hehehe.. ni bukan ayam yang kena penyek dgn lori ye. Ni ayam yang disembelih secara halal. :)

Sebelum kita melihat hasil kerja aku petang tadi, aku nak bercerita pasal drama queen rumah ni, aka Iffah. Aduhai anak aku yang sorang tu. Kalau angin kus-kus dia dah sampai, maka ribut taufan akan melanda rumah aku yang sekangkang kera ni. Tak tau la apa masalah dia dengan Iman, but yang pastinya dia sakit hati dengan Iman about something, dan meleret2 sampai la saat sebelum pegi ke sekolah. Aku pulak naik angin tak hingat punya, maka aku cakap kat Iffah "If u dont stop crying right now, I'm gonna leave you and you will have to walk to school!!". Aku pun terus ambik kunci kereta, kunci pagar rumah (nooo.. Iffah wasnt alone, remember, nekton is around), pastu duduk dalam kete to cool off.

I was trying to cool off coz aku rasa kalau aku marah, it wont do any good. Lagipun today dia ada exam, aku taknak la dia stress, nanti tak boleh jawab. Dari dalam kereta, aku boleh dengar dia melaung. Sampai ada neighbour aku keluar, jenguk, anak sapa la yang meraung tengahari buta tu. Pastu rasa kesian pulak, aku pun suruh makcik ton bukakkan pagar, and suruh Iffah masuk dalam kereta. She was still sobbing. Mama yang evil ni suruh dia diam, kalau tak, mama evil akan tinggalkan dia tepi jalan. Fuh! kalah mak bawang merah (silap, sepatutnya mak bawang putih, dalam cerita sinetron dari seberang tu, thx nisa for correcting me) dalam cerita "Bawang Putih Bawang Merah".

Bila dah nak sampai sekolah, sedih pulak aku tengok Iffah dengan air mata berjurai2. Maka aku pun peluk dia and cium dia and tickled her and made her laugh. Alhamdulillah. Pelik aku, apasal la aku ni kurang sabarnya bila melayan kerenah anak. Padahal among kawan2 aku, kebanyakannya kata aku ni penyabar giler. But when it comes to Iman and Iffah, aku sangat tidak sabar. Di sebabkan rasa bersalah, balik sekolah tadi, aku belanja the kids makan burger and dear hubby pau rokok sekotak coz dia tak bawak duit. Grrr... geram betul aku!



Ayam Penyet

Aku buat 2 version of sambal. Esok insyaAllah, I'll post the recipe, now tengah takde mood :(

Wednesday, November 4, 2009

Spicy Chicken with Coconut Milk & Kaffir leaves

Mula2 nak masak rendang, but since I'm not a fan of rendang, neither do dear hubby, maka I ended up with this recipe. My cousin, Jali, loves this so much. Before kawin dulu, almost everyday he requested this dish to be served. Masa tu dia duduk rumah my mum. He stayed with us for more than 5 years. But since masa tu aku kat Tassie, so jarang sangat2 jumpa. Kalau jumpa pun masa winter or summer hols.

Tadi aku pegi Sogo sale and membeli barang2 dapur dengan gamaknya. *sigh*.. I'm a shopaholic, i think. Though aku takleh lawan lagi ina bab shopping, tapi aku rasa i'm going towards that. Ina memang suka shopping. Kan ina kan? hehehe.. Adoi! macam mana taknak bershopping sentiasa ni? Masalah kat Msia ni, manjang ada sale. Lepas satu shopping complex buat sale, then tempat lain pulak sale. Kalau tak festive season sale, then warehouse sale. Botak rambut hubby aku nanti. Dah la sekarang rambut putih dia dah makin banyak keluar.


Spicy Chicken with Coconut Milk & Kaffir leaves

Basically, recipe lebih kurang mcm rendang, cuma takde kerisik.

Bahan2
Bahan A - blend
15 ulas bwg merah
5 ulas bawang putih
2 inches halia
1 inch kunyit
3 inches lengkuas
5-6 buah keras
6-8 tbs cili giling/cili boh

Bahan B
Ayam - 1 ekor, potong 16 (approximately 1.6kg)
6-7 helai daun limau purut (kaffir leaves)
3-4 batang serai - ketuk
garam, gula
1/2kg santan

cara2
1. mula2 panaskan minyak, tumis bahan A sampai garing.
2. bila dah garing, masukkan ayam, santan dan serai.
4. masak til ayam 3/4 cooked, then add kaffir leaves, garam dan gula.
5. bila dah masak, boleh la hidang dgn nasik panas, ulam timun & sambal belacan. yummy! :)

Tuesday, November 3, 2009

Meehoon Goreng Tomyam



Meehoon Goreng Tomyam

Since aku kena pantang from eating daging, ayam, sotong, udang, telur and cili, maka ni la antara menu2 yang aku masa for the past 1 mth. Aku mengelat actually. Patutnya no chillies at all, but aku cam takleh lak idup tak makan benda yang pedas. Bila tengok food without chili, tak lalu makan.

Ni tengah tunggu roti french bread rolls aku untuk naik, sebelum aku mula2kan sessi bertinju bersama roti itu. Hubby requested for the roti untuk makan today. Dia takmau makan nasik coz he's tummy is still not well. I think my tummy and his ni, sehati sejiwa. Sorang sakit, maka, lagi sorang pun sakit jugak.. hehe.. perasan la pulak.

Later sikit, aku nak buat sardine roll untuk Kak S. She had been wanting to make some sardine rolls tapi takde recipe. And she did asked the recipe from someone, cuma orang tu mcm reluctant nak bagi kat dia. So aku pun cakap kat Kak S, let me try my recipe 1st, kalau jadi, aku pass kat dia. Hopefully jadi la. Kesian Kak S yang kempunan nak makan sardine roll tu....

Monday, November 2, 2009

Lunch Box



Ni lunch box the kids. The truth is, I'm so lazy to update today. My stomach refused to get well. It's hard to go anywhere with this not too well stomach. *sigh*..

Kids started their final exam this week. Chewah! macam ambik exam besar je. Today paper BM. Iman came home and asked me "Mama, kalau orang pegang kerbau and buat kerja, maknanya dia tengah buat apa tu?". And her mama went "................... erm.. erm.... ............ apa jawapan yang dia bagi? ". "Oh! ok, then A. membajak".

Aku memang lembab when it comes to bahasa, tak kesah ler bahasa apa sekali pun. Masa trial SPM, aku dapat P7 for my BM. Cikgu Tuan Jah (cikgu BM aku yang aku menyampah itu) siap cakap that aku akan fail BM. Fuh! nasib baik la masa SPM aku dapat A2. Aku rasa pemeriksa kertas aku masa tu tengah sakit mata kot, sebab tu boleh dapat A2 for SPM. hehehe.. apa2 pun, aku sangat berterima kasih pada pemeriksa kertas BM aku. Cikgu Tuan Jah?? Oh tidak!! aku takan berterima kasih kat dia sampai bila2 pun. Our feelings were mutual pada masa itu. Dia benci aku, aku benci dia. Actually, aku kindda happy with that arrangement. Dia takde la suruh aku buat apa2 dalam kelas sebab aku ni her least favourite student. hehehe.. cara2 berkesan untuk mengelakkan diri dari dipaksa membuat sesuatu yang tidak diingini.