Tuesday, April 27, 2010

Mee Kicap

Tiba-tiba teringat mee goreng yang dijual oleh sorang makcik tua masa zaman aku sekolah dulu. Everyday lepas je habis prep, pukul 10.30am (aku sekolah petang), budak2 aspuri (asrama puteri) akan berlari, berebut2 ke tepi pagar where this makcik tua menjual. Dia bawak bakul rotan (no no.. dalam bakul tu takde poisoned red apples macam cerita Snow White). Dalam bakul makcik tua ni, ada macam2 jenis nasik, mee, meehoon, laksam, kuih muih, murah pulak tu! Aku ingat masa tu, sebungkus nasik lemak/nasik dagang, baru dalam RM0.30. Kuih rasanya RM0.10 sebijik. Memang murah giler. But then masa zaman aku sekolah dulu, kepok lekor yang dijual RM1.00 sekarang, baru RM0.20 sebatang. Murahnya barang zaman dulu2. Aku ni bercakap macam la umur dah masuk 50.. hehe

Balik pada mee goreng tu, selama 2 hari berturut2, aku masak mee kicap. Mee kicap/Mee Talam ni selalunya terdapat kat pasar malam, pasar tani, pasar pagi kat Jerteh and other parts of negeri Terengganu. Kalau kat Jerteh, memang kaler hitam la. Selalunya dia orang letak chunky chicken pieces, pastu memang takde apa2 sayur. Rasa sungguh sedap!! Since aku ada 5 bungkus mee kuning, maka aku terpaksa la masak sebelum mee tu expire.


Mee Kicap

Mee Kicap (my version)

bahan2
7-8 ulas bwg putih - tumbuk lumat
kobis
1/2kg of chicken pieces (campur semua, tulang and isi)
1 tbs kicap pekat
3-4 tbs kicap manis
1 cup of water
2 tbs tomato sauce
salt, sugar

cara2
1. tumis bwg putih sampai garing, pastu add chicken pieces.
2. masukkan air, garam, gula, kicap and tomato sauce
3. bila ayam dah 3/4 cooked, masukkan mee and sayur

note : mee ni basah, kena makan masa panas. kalau dah sejuk, tak sedap sebab dah kembang

3 comments:

  1. hehehe..memang murah kan brg masa dulu2. okay i nk cerita pasal mee jugak..nama dia agak memalukan..jgn marah ye?nama mee tonggek. ni abang i yg bgtau..dia memang gila sikit. hehehe i tny dia kenapa nama mee tonggek..dia kata sbb masa org tu mgoreng..dia menonnggek..org kedah maksudkan tonggek ni ialah bila org berdiri..punggung dia terlalu kebelakang..mcm sapa i pn tk blh nk bg gambaran...mee ni pun simple je warna mmg hitam, ada letak kacang tumbuk sikit(mcm kuah kacang lah)itu je..tp memang sedap..makan bila2 pun tk pe sbb mee ni tk kembang n tak pahit..tu yg heran..ishh panjang plak komen i..sory shidah...

    ReplyDelete
  2. k.siti, mee tonggek sounds delicious. mintak la recipe dgn ur brother. i love anything yg makan dgn kacang. hehe.. peminat kacang yg tegar ni :D

    ReplyDelete
  3. tq... suker sgt2 :)
    nmpk sng

    ReplyDelete