Friday, August 6, 2010

Sogo Member's Day Sale

Aku nak pegi Sogo sale!!! Huwaaaaaaa... Tapi kan, oleh kerana hari ni busy giler, aku terlepas the sale for today. If aku rajin, I might go tomorrow. Petang tadi, hubby temankan aku pegi Sogo, tapi oleh kerana terlalu ramai sangat orang yg dirasuk Sogo sale, jalan depan Maju Junction tu jem teruk sangat2, langsung tak gerak. Urgh!! Tension aku. Aku pun terpaksa la pusing balik, tak jadi la pegi Sogo. Sob sob... sedih la ni. Last2, aku pegi Jusco AU2 Fiesta je. Tu pun sebab aku nak beli grocery.

Apasal aku busy sangat hari ni yek? Pagi2 lagi, lepas antar the kids to school, aku masak nasi goreng for hubby. Pastu aku start mengemas rumah, kemas dapur, bilik the kids, basuh 3 loads of baju kotor, tukar cadar, basuh cadar2 semua, then at 9.30am, aku pegi ambik Iffah kat KAFA. Aku ambik awal hari ni sebab at 10.30am, installer UNIFI datang. Lepas ambik Iffah from school, aku bawak dia pegi breakfast, then terus balik rumah. Sampai je rumah, budak2 UNIFI tu datang. Aku terpaksa tunggu budak2 tu habis installation, takleh nak pegi mana2. Alhamdulillah K.Siti baik hati tolong ambikkan Iman from school. Thank you K.Siti!!

Then at 1.30pm, finally rumah aku connected to Unifi. Happy giler aku especially bila download movie takes less than 1 hour. Kalau tak, before this, berjanggut aku tunggu. Sometimes 6-10 hours. Kalau nasib tak baik, more than 12 hours. Dinner tonite aku masak bubur, makan dengan chicken mushroom in soy sauce. Sorry, aku malas nak ambik gambar. Ni gambar pasta yang entah bila aku masak :D

No comments:

Post a Comment