Friday, July 10, 2009

Sambal Tempoyak

Paling best kalau musim durian is boleh buat sambal tempoyak sendiri. Err.. aku takde la pandai buat sambal tempoyak, my mum yg expert. kalau makan sambal tempoyak mak, sedapnya. Especially kalau makan dgn ikan kembung yang beli tepi pantai from bot2 nelayan kecil, goreng panas2, pastu makan dgn nasik panas with sambal tempoyak. Peh!! ni jenis yang mak mertua lalu pun tak perasan.

Dulu masa kecik2, aku cukup tak suka tempoyak. Kalau balik kampung kat Terengganu, aku akan avoid makan tempoyak, selalunya aku cuma makan nasik berkuahkan budu dengan ikan masin. Bila dah besar ni, sejak dua menjak dah kawin, suka pulak tempoyak. But aku tak pernah beli tempoyak. Some vendors yang jual tempoyak akan campur durian dgn pisang, thus nampak lagi banyak. Rasa memang tak sedap langsung. So aku cuma makan tempoyak yang mak aku buat je. Alhamdulillah, kita org memang ada kebun durian sendiri, mana2 durian yang dah terlalu masak, akan dijadikan tempoyak and lempuk. Lempuk pun aku tak suka. Dunno why, kalau durian, dimasak, maka aku akan avoid. Contoh, pulut durian, pengat durian, lempuk, dodol, ice cream durian dan yang sewaktu dengannya. Aku cuma makan durian fresh or tempoyak sahaja.

Teringat masa arwah nenek aku ada, ni nenek belah mak. Tokwan (gelaran nenek aku) akan buat tempoyak dalam tempayan, pastu simpan dalam tanah. Sometimes tu berbulan2 tempoyak tu disimpan. Come to think about it, menyesal pulak aku tak rasa. Sure sedap. Teringat arwah nenek and datuk aku tu.. *sigh*.. yang paling aku ingat, every morning, bila nak beli gula2 je, dia akan tunggu kita orang depan kedai aunty aku (a single mother with 7 small kids masa tu) and bagi duit kat kita org. Instead of beli gula2, kita orang beli nombor ekor or was it nombor tikam? It's kindda fuzzy. Aku cuma ingat some kind of board game yang bergantungan kat kedai, where you get to pick one card, kalau kena nombor tu, then dapat hadiah. Tu la kesah zaman kecik2 dulu.

Sambal Tempoyak


No comments:

Post a Comment