Sunday, April 26, 2009

Late Dinner

Saturday was pretty hectic for me. Pagi2 lagi aku dah kena bangun and pegi pasar beli barang untuk masak today. Since Mr. Muscle Man a.k.a Hubby is away, maka aku terpaksa mengupah 2 orang dayang baru untuk temankan dan angkat barang. Hehe.. paham2 je la sapa dayang2 tu. Mula2 both of them refused to tag along. Tapi selepas aku bertukar menjadi Mama Dragon, mereka terus berubah pikiran. hahaha.. menjadi jugak taktic aku tu.

Masa tengah shopping kat carrefour dengan dayang2 aku tu, jumpa dengan adik aku Harun. Dia pun tengah beli barang dengan Ida, his wife, Abbas and their only daughter, Zulaikha. Zulaikha sekarang ni gemuk yang amat. Aku rasa mau over 20kg, and she's only 2 yrs old. Boleh jadi the next bouncer lepas Mulkan (Anak kakak aku, shima).

Balik from shopping, aku kena migraine. Terus tido, and rasanya aku tido more than 3 hours. Bila bangun tido, kepala still sakit yang amat. Tak tau ler pesal. Aku rasa sebab yesterday was extra hot. Bangun tido rasa grumpy giler. Pastu tiba2 teringat yang aku nak kena beli ladyfingers (sponge biscuit for tiramisu). Bila sampai kat Bagus Bakery, tengok dah tutup. Frust sungguh. So terpaksa la telepon Nora, tanya dia kat mana nak beli biskut tu. She offered hers since dia ada lagi leftovers from her tiramisu projek 2 weeks ago.

Since kita orang nak makan kat Chilli's KLCC with Anne, maka aku terus la ambik biskut tu from nora and we went to KLCC together. It was a fabulous dinner, aku minum Ice Lemon Tea sampai tak hengat dunia. Maklumla, drinks kat Chilli's kan bottomless. Anne belanja dinner, thank you Anne. Mula2 nak pegi awal sikit, so that boleh kecek Warque for free dessert. But Anne pulak habis kelas lambat. Unfortunately for us, yesterday Warque habis shift kat Chilli's pukul 6pm... sob sob.. Aku tak dapat free dessert.

Nevertheless, it was a great dinner. Balik from Chillis, aku terus dengan projek Tiramisu and Puding Buih aku. Later aku akan update gambar :)

My beautiful Dayangs :D


No comments:

Post a Comment