Monday, July 5, 2010

Lancome

My mum introduced me to Lancome when I started working. Masa tu Lancome products takde la semahal sekarang. Kalau beli 1 set of skin care, selalunya will not cost you more than RM400. Sekarang ni, satu tub anti wrinkle cream je dah almost RM400. I stopped using Lancome bila kawin. Sedih jugak sebab I've been a sworn Lancome follower for more than 5 years dah masa tu. But I cant afford to buy Lancome anymore bila Iman and Iffah came into the picture. Dari habiskan duit beli Lancome, might as well aku beli toys for them.

Kiranya, dah lama jugak la aku tak beli Lancome product. Lagipun aku ni bukannya rajin sangat nak jaga kulit. Sometimes, seminggu sekali cuci muka dengan facial wash pun malas. Takat basuh muka dengan air sejuk je. My skincare brand ranges from Himalaya, to Missha and sometimes bila K.Ta taknak habiskan her SK11, then aku akan guna SK11 yang K.Ta bagi. Alhamdulillah, I'm blessed with good skin. Though I'm suffering from PCOS, but aku takde acne problems. Aku sangat2 bersyukur. I take it for granted that, good skin doesnt need tender loving care as much as problematic skin. But as I grow older, I find it hard not to care anymore.

Recently, Azli went to Paris, dia offer nak belikan Lancome. Aku pun apa lagi, kirim la kat dia belikan Lancome primordiale range. Aku suka primordiale sebab lepas pakai seminggu je, dah boleh nampak kesan on the skin. Skin will look radiant and soft.

Day cream

Night cream

Both cream cost me less than RM400. Aku dapat Primordiale Yeux for the eyes FOC. I'm so happy!! Finally dapat pakai balik Lancome setelah lama menunggu. Kalau beli kat Msia, rasanya it will cost me almost RM800 for both cream. Thank you Azli! Believe it or not, mok has been using Lancome for more than 30 years, until recently. Now she's using SK11 sebab dia ada pigmentation problem on her skin. I think I should stick to Lancome for at least another 25 years :D

Sunday, July 4, 2010

Harimau Kuat on Saturday!

Kalau baca the title, mesti orang ingat aku akan bercerita pasal rimau. Salah tu.. Aku nak bercerita macam mana aku berjaya mendapat kuasa harimau kuat semalam. Macam real je kan? hahahha..

The day started as early as 8am. We went to sekolah Iman and Iffah untuk ambik report card. Alhamdulillah this semester, Iffah improved a lot compared with last semester. Her overall percentage increased more than 15%. I felt relieved. But unfortunately, cikgu Ifatitah cakap she has to improve more coz with her percentage, she might not be able to stay in her class now. Ye la, budak2 punya percentage mostly about 94%, hers was only 89%. Susah hati betul... The problem with iffah is, her BM teruk, pemahaman and penulisan semua dapat rendah. Dah tu macam mana nak dapat more than 90%.

Iman's result tak memberansangkan sangat. Her percentage dropped by more than 5%. I dont want to be a kiasu mom, yang sibuk menghantar anak tuition ke sana sini. But I dont think I should just duduk diam, doing nothing. Aku suka hidup aku masa kecik2 dulu. Mok and abah tak pernah pressure aku untuk belajar. Asalkan aku pegi sekolah tak bunuh orang, tak cari gaduh, tak pukul cikgu, they're ok with it. Aku try nak treat my children the same too... no pressure in studying, as long as they get their homework done. Tapi nampaknya macam tak berkesan je.. What should I do??

Dalam susah hati tengok the kids' results, aku sempat lagi menjoyah dengan kengkawan. Lepas ambik report card Iman and Iffah, I went to Pavillion with Iffah, jumpa Sally, Nito, Ally, Roger and Azli. Azli belanja kita orang makan kat Ichiban at Pavillion. Aku takde la suka sangat makan japanese food, tapi layan je la. Suprisingly, the food kat Ichiban Boshi tu sedap. Next time boleh pegi lagi.

Ally's lunch set. Salmon tu sedap sangat2 :D

Lepas semua dah kekenyangan seperti ular sawa, Azli ajak makan Japanese ice cream. I was like... can we please not eat anymore japanese?? Last sekali, kita orang decided to pegi Baskin Robbins (actually, aku yang nak sangat makan Baskin Robbins.. hehe). Punya la jauh nak naik lift pegi Baskin Robbins. Ichiban is located kat food court, which is kat lower ground floor. Baskin Robbins pulak kat 6th floor, near Times Bookstore. I chose Jamoca Almond, same flavour with Nito and Sally. Roger pulak ambik Chocolate. Iffah wanted to try the Choc Chips, which is sooo tak sedap, manis yang amat. Ally's ice cream pun manis jugak coz she chose pralin. Azli makan apa yek? Aku dah lupa flavour yg dia ambik. I wanted to order for another serving of Jamoca Almond, tapi rasa bersalah pulak kat Azli sebab dia yang kena belanja.. hehe.. last-last tak jadi. Lagipun perut aku rasa mcm nak burst, kenyang teramat sangat. Thank you Azli for the wonderful lunch and successful menjoyah session :)

Me and Roger with the girls (aku orang pertama yang menghabiskan ice cream :) )

Balik rumah, Sally hantar. Nasib baik jugak coz I didnt drive. Kalau aku suruh hubby ambik kat Pavillion, mau mengamuk pakcik tu.. hehe. Nito pun ikut sama sebab dia nak makan Nasi Minyak. And yes, I cooked nasik minyak yesterday. Balik from sessi menjoyah, aku terus masuk dapur masak ayam masak merah for the nasik minyak dish. Daging nasik minyak aku masak the nite before sebab nak bagi masa for the daging mesra. Nito and Sally makan nasik minyak tu siap bertambah. By tengah malam, lauk semua dah habis. Punya la banyak aku masak semalam 4kg basmathi, 4kg daging, 4 ekor ayam and semua licin. Hubby invited some friends over for dinner, itu yang licin semua nasi and lauk pauk. I was so tired by the time guests semua balik. Alhamdulillah, it was a success.

Saturday, July 3, 2010

Shariff Dancing

















Shariff dancing while Iman singing a song from The Mask and Happy Feet.

Alamak! I dunno how to turn the video 90 degree clockwise. Aiyo!

Friday, July 2, 2010

Busy Friday,,,,,,,,,,

Hari ni aku kena buat macam2 benda. Pagi tadi dah la bangun lambat, almost 7am baru terjaga, dah kelam kabut kejut the kids untuk mandi, solat and pegi sekolah. Yang peliknya, last nite aku tido awal, at 10pm. Selalunya pukul 2-3am baru tido. Tak tau apa mimpi last nite, alih2, 10pm dah terlelap. Kalau tido lewat, boleh pulak bangun awal, but bila tido awal, susahnya nak bangun awal.

Kejap lagi aku nak pegi Jusco AU2. Today ada J-Card Fiesta kat situ. Every 1st friday of the month, Jusco AU2 akan ada Jcard Fiesta. Usually aku akan beli groceries time tu sebab every RM100 you spent, you'll get RM5 voucher. But yesterday aku dah beli barang kat Tesco, so I'll just go to Jusco untuk beli sayur and buah saje. Balik from Jusco, I wanna bake banana cake. Banyak sangat pisang kat rumah ni. Pokok pisang belakang rumah menghasilkan setandan pisang berangan yang sangat gemuk! Jenuh nak menghabiskan.

Popia Goreng 

Dadih Chocolate for kids' lunch box

Esok hubby wants me to cook Nasi Minyak Hujan Panas. Malasnya rasa.. He's friend is going to Vietnam for a year, so dia nak buat makan2 for his friend plus a belated birthday party for Iffah. Kebetulan esok his siblings pun ada kat KL. Dia orang datang untuk registration anak sedara hubby yang dapat masuk UTM, Jalan Semarak. Sempat ke tak aku nak masak esok ni. Dah ler esok jadual aku pack. Pagi2 lagi nak kena pegi ambik report card iffah & iman, then Mas ajak pegi DKSH sale, then lunch with Azli and friends kat japanese restaurant kat Pavillion, pastu makan2 kat rumah.. adoi! pengsan aku esok.

 

Location
DKSH Malaysia Sdn Bhd
Lot 74 Jalan Universiti
P.O. Box 77
46700 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
http://www.shoppingnsales.com/2010/07/01/3-4-july-2010-dksh-stock-clearance/

Thursday, July 1, 2010

Lemon Cheese Tart

This recipe was posted by Ella in our egroup ages ago. Aku suka sangat this recipe sebab senang dan insyaAllah jadi. The original recipe uses blueberry, but aku tak suka blueberry yg manis tu. Aku gantikan dengan lemon. Bila buat lemon cheese tart, aku teringat Pak Abu, kawan masa sekolah kat Terengganu. Punya la lama aku janji dengan dia nak buat lemon cheese tart, tapi tak tersampai hajat sebab selalunya time dia balik msia, aku ada kat KL. Dia pulak bila balik je msia, terus balik Terengganu. He's working kat Qatar, selalu jugak balik, every month at least once. Sorry ye Pak Abu, insyaAllah ada rezeki awak tu.

Kenapa ye tiba2 minggu ni aku jadi extra rajin buat cheese tart? Aku saje je nak menghabiskan stock cream cheese yang berlambak2 dalam peti. I'm the kind yang, bila ada sale je, aku akan beli, beli dan beli. Last2, bila tengok dalam peti, macam2 ada, tak guna pun. In order not to membazir, maka aku harus habiskan stock2 yang ada before aku beli yang baru.. hahahhaa..

Lemon Cheese Tart

Recipe (source : Norzailina Noordin)

Bahan2 pastri
250 gm tepung gandum
80gm butter
40 gm marjerin
10 gm gula (aku guna 2 tbs)
1tsp salt
1-2 tbs iced cold water
1 egg yolk

bahan2 inti
100gm butter
100gm castor sugar
225gm cream cheese (i used 250gm at room temperature)
1 egg
blueberry filling (I used lemon filling, yellow colouring)

Cara2
1. Untuk buat pastri : gaul garam, tepung, butter and marjerin, sampai jadi macam bread crumbs. kemudian masukkan gula.gaul rata.
2. masukkan telur dan air. uli sampai jadi dough. masukkan dalam bekas (I used ziplock), biarkan dalam peti for 1/2 hour. panaskan oven.
3. kemudian canaikan dough setebal 3mm, masukkan dalam tart tin, bakar for 10 minutes pada suhu 200 celcius, keluarkan
4. untuk buat inti : pukul gula dan butter sampai gebu, masukkan telur dan cream cheese, pukul lagi sampai gebu.
5. sudukan sikit adunan cream cheese dalam kulit tart, kemudian masukkan blueberry or lemon filling, tutup dengan cream cheese filling. lorekkan dengan hujung pisau untuk buat corak. 
6. bakar for 25-30 minutes dalam oven at 190 celcius. 

selamat mencuba!! :D

Wednesday, June 30, 2010

Nasi Daging

Bila berpuasa, nafsu makan menjadi. Eh! bukan nafsu makan, but nafsu memasak.. hehe. Mula-mula nak makan pasta and popiah je waktu berbuka. Tiba2 teringat nasi daging dalam Jeni's fb, dah teringin pulak nak makan nasi daging. Oleh kerana aku nak menghabiskan basmathi extra panjang yang aku beli tu, maka aku pun keluarkan daging dan start masak.

Aku google recipe nasi daging, and I came up with this version of nasi daging. It's a combination of few recipes, aku olahkan mengikut citarasa aku.

Nasi Daging

Acar Masak Timun

Nasi Daging

Bahan2
Bahan A
1 bungkus sup bunjut adabi (or any brand)
2 tbs rempah kurma
1/2 kg daging - tak perlu potong sebelum rebus.
garam

cara2
1. rebus daging bersama rempah kurma dan sup bunjut sampai daging empuk, masukkan garam.
2. simpan air rebusan daging. Daging dipotong nipis, 1/2 cm thick.

bahan B
3 pot Basmathi - basuh, toskan
2-3 helai daun pandan
15 biji bwg merah - mayang
5 ulas bwg putih - mayang
1 inci halia - ketuk
4 tbs ghee
2 tbs margerine
2 bunga lawang
4 bunga cengkih
4 buah pelaga
1 inch kayu manis
4 tbs tomato sauce 
1/2 tin susu cair
garam

cara2
1. Panaskan ghee dan marjerin. Masukkan rempah kasar, goreng kejap for 1-2 minit, kemudian masukkan bwg putih, bwg merah dan halia.
2. bila bwg dah garing dan naik bau, masukkan air rebusan daging dan air biasa dalam anggaran 4 pot. bila air dah mendidih, masukkan tomato sauce dan susu cair. 
3. akhir sekali, masukkan daun pandan dan garam.
4. beras dimasukkan dalam rice cooker bersama bahan B dan daging yang telah dipotong nipis. Biarkan sehingga nasi masak.

From the recipes yang aku baca, nasi daging ni dihidangkan bersama daging yg direbus dan air asam. In my case, aku masukkan daging dan masak bersama nasi. Then aku bakar daging yang lain, yang dah dimarinate dengan black pepper sauce dan rempah. I bought the black pepper meat from Jusco. The nasi daging turned out to be delicious. Aku kurang suka makan daging rebus with air asam. Sebab tu jugak aku masak Acar Timun tu.

Tuesday, June 29, 2010

Carrot & Walnut Cake

Adik aku, Ayu, sibuk la ajak buat cake. Since dah lama tak makan carrot cake, aku pun decided to buat carrot cake. The walnuts aku guna walnuts yang diimport dari Pakistan. Walnuts tu nothing like the one selling kat Bagus. Kalau yang kat Bagus, boleh rasa mcm masuk angin sikit, aku tak suka. I love yg crunchy, bila munch, bunyi macam makan peanuts.

 Carrot & Walnut Cake (source : Allrecipes.com)

I love this recipe sebab carrot cake tu moist sangat. The recipe can be found here. I've made some changes to the original recipe. 

INGREDIENTS
• 4 eggs
• 1 1/4 cup vegetable oil
• 1 cup brown sugar
• 1/2 cup white sugar
• 2 teaspoons vanilla extract
• 2 cups all-purpose flour
• 2 teaspoons baking soda
• 2 teaspoons baking powder
• 1/2 teaspoon salt
• 2 teaspoons ground cinnamon
• 2 cups grated carrots
• 1 cup chopped walnuts

Frosting
• 1/2 cup butter, softened
• 8 ounces cream cheese, softened
• 1 3/4 cups confectioners' sugar (reduced to 1 cup)
• 1 teaspoon vanilla extract
• 1 cup chopped walnuts

DIRECTIONS
1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan.
2. In a large bowl, beat together eggs, oil, white sugar and 2 teaspoons vanilla. Mix in flour, baking soda, baking powder, salt and cinnamon. Stir in carrots. Fold in walnuts. Pour into prepared pan.
3. Bake in the preheated oven for 40 to 50 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely.
4. To Make Frosting: In a medium bowl, combine butter, cream cheese, confectioners' sugar and 1 teaspoon vanilla. Beat until the mixture is smooth and creamy. Stir in chopped walnuts. Frost the cooled cake.

http://allrecipes.com/Recipe/Carrot-Cake-III/Detail.aspx

Monday, June 28, 2010

Iffah is 9 today.

Bila belek2 balik my entry, baru perasan tak I didnt write much about Iffah masa dia lahir dulu, unlike iman. Aunty Mas was kind enough to write a bit about Iffah in her blog, which you can read it here & here. When I was pregnant with Iffah, I wasnt a happy soul. Maybe because the gap between Iffah and Iman tu dekat sangat. I was moody too, selalu nangis, depressed. Kesian jugak kat Iffah sebab Mama dia wasnt herself masa pregnantkan dia.

Aku still ingat the morning that aku gave birth to Iffah. I woke up at 7.30am because the bed was wet, my waterbag broke. Immediately aku kejut hubby, and terus dia hantar aku ke hospital. I forced him to stay, tak bagi balik rumah sebab masa gave birth to Iman, he came late sebab tertido kat rumah. Dr Arsyar came in and cakap I'll deliver maybe in the afternoon. I told him, from my previous experience (dengan Iman), I will definitely deliver in the morning. Dr Arsyar senyum je, tak percaya agaknya dgn apa yg aku cakap tu.

I reached Ampang Puteri at about 8am, Iffah greeted the world at 10.50am. Hah! tu la.. padan muka Dr Arsyar, orang cakap taknak percaya. Aku was kindda bengkak jugak sebab he was so busy at his clinic, bila Iffah lahir, yang sambut dia was one of the nurses on duty. Berabis duit aku je bayar mahal2. Dah la tu, kena tunggu pulak Dr Arsyar datang untuk cut her umbilical cord. Memang tobat la taknak beranak kat Ampang Puteri lagi, if aku pregnant the 3rd one.. Ermm.. bila agaknya tu :)

After 3 days balik rumah, I was admitted to Ampang Puteri again sebab I had eclampsia. My blood pressure was so high at 170/110 that aku tak dibenarkan langsung to have visitors. Masa tu yang boleh visit aku was only hubby. Iffah was in the nursery sebab senang nak susukan dia. But unfortunately, sebab duduk nursery jugak la, Iffah kena pneumonia. Mama duduk hospital seminggu, Iffah pun duduk hospital seminggu.. *sigh*..

Alhamdulillah lepas keluar hospital, Iffah sihat. She was a good baby masa pantang. But after pantang, she started to cry macam Iman. Malam je, dia akan nangis non stop. I was so tired. Iman had a bad colic until 6 mths old, and now Iffah pulak. Rasa nak menangis pun ada jugak. Ingatkan when she reached 6 month, she will stop crying. Unfortunately tak. Bila jumpa her paed (arwah Dr. Haliza), aku voiced out my concern. She did few test on Iffah and found out that Iffah was suffering from laryngomalacia, a condition which makes feeding difficult sebab the larynx is immature. I never heard about that before, tak tau pun mcm mana nak handle it. So I had to read up on it on the internet. Iffah was not a chubby baby because of that condition.

 Iffah when she was about 1 year old. Girls lain sibuk dengan dolls and teddys, dia sibuk baiki basikal and building blocks.

Kalau tengok gambar Iffah masa baby, nampak mata dia yang besar je. And yes, her eyes are so big, sampai almost tak nampak ada mata putih. Masa kecik2 dulu, people will make comment on how pretty her eyes were. Masa Iffah kecik, kalau kita orang keluar, we will always leave Iffah with Makcik Ton. Maybe sebab it was difficult to handle her. She was a grumpy baby, selalu nangis, moody. Then, K.Mei (my SIL), pointed out to us how we neglected Iffah, masa tu she was about 1 year old. I felt bad about it. Then we started to bawak dia keluar with us and she improved, from a grumpy baby, she became the sunshine of the family. Whenever she's around, you can hear laughter. I guess that's the reason why Shariff loves Iffah so much.

Takde rambut... masa ni she was 2 years old

When she was 3 years old. Masa ni Mama slim lagi. Nasib baik jugak, kalau tak, sure elephant tu sakit pinggang.. hahaha

When she was 3 years old

Comel tak rambut Iffah (at 4 years old)? Suka sangat merajuk, so yang tukang pujuknnya, kakak la.

When she was 7 years old


Raya last year, 8 years old

This picture depicts her true self as a jovial, humorous, adventurous, intelligent and selfless individual. I love you sayang..

Saturday, June 26, 2010

Airis Aisha Collection

This entry is dedicated to Watie, the owner of Airis Aisha Collection. Since raya dah nak dekat, maka mari la beramai2 membeli kain cotton yg lawa2 kat Airis Aisha. Kalau malas nak keluar pegi to Jalan TAR, just browse her blog, choose the design that you want, then bank-in the payment. Voila! your kain will be delivered to you.

Why am I promoting Airis Aisha? It's because, she's a dear friend of mine. Her hubby, Kevin and my hubby have known each other from college. Kalau tengok muka dia orang dua orang pun, seiras, almost like twins except that hubby's tummy is bigger than Kevin. Rite Watie? hehe.. Shhh!! Dont tell Sham that I said that in my blog ye. I love Watie's cotton collections which she handpicked each of the pieces. Tak rugi kalau beli. Her collections were featured in WHI. So, apa lagi! Cepat la shopping :D

Some of the available designs

RM140 (4 mtr) code : FB304
 
RM140 (4 mtr) code : LN163
 
If you guys are interested, please contact : 
Zalina 0166347522, Razilawati 0192880571 (BB Pin: 21F827E0)
Airis Aisha Collection @38b (2nd floor) Jalan Tun Mohd Fuad 1, TTDI, Kuala Lumpur.  email: airisaisha@yahoo.com

Friday, June 25, 2010

Nasi Tomato

Ni menu bukak posa kelmarin. Sejak dua menjak berpuasa ni, rajin pulak aku memasak. Aku rarely masak nasi tomato sebab hubby and the girls kurang suka makan nasi tomato. Dia orang lagi prefer makan nasi minyak, biar la makan nasi minyak tu hari2 pun, still tak jemu.

I dont have a specific recipe for nasi tomato, ni kira main campak2 je. hehe.. aku sebenarnya gemar betul kalau masak guna recipe campak2 ni. Senang, takyah nak menyemakkan kepala aku nak tengok recipe satu2 before masak.

Nasi Tomato (tak nampak merah sebab aku letak tomato sauce instead of tomato puree)


Kari Daging Ros Bertomato. (recipe nanti akan aku update sebab tak ingat.. kena refer pada buku.. hehe)

Nasi Tomato
bahan2
3 pot basmathi extra panjang (basuh dan tos)
2 bunga lawang
5 cengkih
4 buah pelaga
2 inci kayu manis
beberapa helai daun pandan

10 ulas bawang merah - mayang
5 ulas bawang putih - mayang
1 inci halis - julienne
4 tbs ghee
2 tbs minyak jagung
4 pot air
1/2 pot susu cair
5 tbs tomato puree
2 tbs tomato sauce
2 1/2 tsp garam

cara2
1. panaskan ghee dan minyak masak, masukkan rempah kasar (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga and kayu manis)
2. bila dah naik bau, tumis bawang merah, bwg putih dan halia sampai kekuningan.
3. masukkan air, tomato puree, tomato sauce, daun pandan dan garam.
4. bila air dah mendidih, masukkan susu cair. tuang ke dalam beras dan masuk dalam rice cooker. bila nasi dah masak, boleh garnish dengan bwg goreng. 

Aku buat nasik minyak, makan with daging ros and acar kobis. Rumah aku dah kehabisan ayam, maka aku terpaksa ganti ayam ros dengan daging ros. Mula2 risau jugak, takut tak sedap. But, alhamdulillah, it turned out great! Hubby and the kids suka sangat. Recipe daging ros tu aku ambik from buku recipe mok yang dah berpuluh tahun. Rasanya dah almost 20 years. Mok dulu belajar masak dengan few tukang masak yang famous masa zaman tu, termasuk la Auntie Asiah Shamsudin & Makcik Rahmah. 

Before aku lupa, below are the stickers yang Mel bagi as gifts to Iman and Iffah. They were so happy bila dapat stickers tu. Thank you Mel for the lovely stickers.

Gambar diambik menggunakan hp, so memang buruk giler la :)

Thursday, June 24, 2010

Mihas 2010 & Member's Sale @ Robinson

Today, pagi2 lagi aku dah bangun, rasanya before Subuh prayer sebab hubby was having a very bad stomach cramp. Rasanya sebab dia makan kat kedai mamak kot semlm. Ye la, pukul 10pm, ajak aku pegi kedai mamak. Dah la tu, bukannya reti nak makan light, dia makan nasik, with ayam madu, udang goreng, and loads of gravy. Eww... aku tengok pun tak lalu.

Since dah bangun awal, aku pun terus la siap2kan Iman and Iffah to school. Lepas hantar dia orang pegi sekolah, I went for breakfast dengan Wan (my cousin). Masa tengah berborak dengan Wan, jumpa Uncle Ibrahim (my x-bf's father). Dia bercerita pasal his trip to Syria recently. Anak dia duduk Syria coz his SIL is working at the embassy there. Seronok dengar cerita uncle, rasa mcm nak je ambik flight pegi Syria sekarang jugak. Especially bila dia bercerita pasal Damsyik. If only aku ada duit berpuluh juta dalam bank... hehe.. berangan lagi..

Anyway, lepas breakfast, aku pegi Robinson. Today and tomorrow Robinson ada member's day sale. Hubby wanted to find a dress shoes like the one he's wearing now. Dia suka betul his shoes tu, sturdy and beautiful, unlike Hush Puppies or Clarks. Last year when he bought his shoes, it was selling at RM299 from RM1200. This year, since dia orang nak habiskan stock, it's selling at RM240. Hubby was very happy with his purchase. Suprisingly, I didnt buy anything for myself. Wah! aku bangga betul dengan diri aku sendiri.. hahahha.. Aku rasa maybe sebab aku pose for the past few days, so nafsu aku still dalam pose mode, sebab tu la takde keinginan nak beli apa2 (ni perasan tahap gaban la ni.. hahahha).

After Robinson, aku mintak hubby drop me kat Mihas. Aku janji dengan Ella nak temankan dia jalan2 kat Mihas tu. This year is the 7th year, Mihas diadakan. So far, aku tak pernah miss lagi.. hehe.. Dunno why, aku memang suka betul pegi Mihas. This year rasanya yang paling organised sekali compared with previous years. Aku hope by weekend, dia orang boleh control the traffic mcm today. Selalunya, time weekend la yang haru coz masa tu the exhibition will be opened to public. Fuh! tempat tu mcm kena serang garuda. Aku paling tak tahan, tengok orang bawak baby pram masuk the exhibition. Kenapa la kena bawak baby pegi exhibition yang ramai manusia mcm tu. Bukannya baby tu paham apa2 pun. Geram je rasa..

a very pregnant Ella, depan booth HDC (sorry ye Ella, engkau jadi glamour kejap.. hehehe)

Tangan Ella enter frame la pulak. Nampak tak tangan tu dah montel? hahaha.. ni kat booth Sabah Koko

Wednesday, June 23, 2010

Broccoli with Oyster Sauce

I wanted to upload few more photos from our trip to Terengganu recently. But unfortunately, hubby bawak his laptop to the office. So kita tengok apa yang aku masak kelmarin. Aku started pose since monday, hopefully boleh pose terus sampai ramadhan. Tapi esok dah plan awal2 takmau pose sebab nak pegi Mihas dengan Ella. Aisey! macam mana ni?? Awal2 lagi dah ponteng pose. Risau jugak kalau aku tak sempat nak ganti habis nanti. Rasanya ada lagi 2 hari nak kena ganti.

Broccoli with Oyster Sauce, garnished with fried onion.

Recipe ni simple sangat, tapi sedap!! 

bahan2
1/2 kg of broccoli - rebus with garam sampai 3/4 cooked, set aside
bawang goreng - utk garnish

5 ulas bawang putih - crushed
6 tbs oyster sauce
1 tsp chicken stock granules
1 tsp salt
2 tbs sugar
1 tbs cornflour - bancuh dengan air
1 tbs dark soy sauce

cara2
1. tumis bawang putih sampai garing, masukkan 1 1/2 cup of water.
2. masukkan bahan2 lain, biarkan mendidih seketika.
3. tuangkan  sauce atas broccoli bila hendak dihidangkan, garnish dengan bawang goreng.

Tuesday, June 22, 2010

Mid Term Hols in Terengganu - part 2 (Satar)

Dulu masa mula2 mok and abah pindah to Terengganu (which was after aku kawin), aku selalu pegi Tok Bali to buy satar. Time tu, satar memang murah betul. Satu lidi panjang, ada 4 biji satar, was selling at RM0.50, now dah jadi RM1.00. Everytime ke Tok Bali, banyak la satar yang aku borong.

Nowadays, susah nak cari satar yang sedap. Kalau sedap pun, kecik je portion satar tu. Sakit hati je bila makan. Sometimes, satar yang dibeli, tak fresh, yang maybe dah few hours dibakar and reheat. So bila makan, rasa kering, tak juicy macam satar baru. Aku paling suka kalau makan satar yang rasa a bit pedas. Of course sangat2 tak sesuai untuk anak2 aku sebab dia orang tak suka sangat makan pedas, especially Iffah.

On the way back from Pachakan, aku singgah beli satar before jambatan Kuala Besut. Aku takde specific kedai yang aku beli satar. Selalunya, aku singgah je mana2 kedai yang jual satar. Ada 2 kedai jual satar before jambatan tu. Aku singgah kat kedai yang dekat dengan junction simpang tiga menghala ke Tok Bali.

Mok wanted to taste the satar first before beli sebab takut tak sedap. Masa kita orang sampai, makcik tu tengah bakar sata and otak2/paeh (betul ke ejaan aku ni?). Satar makan panas2, memang heaven!

Sedap sangat2, wa cakap lu..

Makcik, tolong bungkus semua ye.. hehehe.. saya seorang yang tamak haloba, nak makan semua sorang2 :D

Otak-otak/paeh.. I'm not that crazy about it.

Monday, June 21, 2010

Mid Term Hols in Terengganu - part 1

 Balik kampung was part of the plan during the 1st week of cuti sekolah. Then bila dah nak habis first week tu, balik kampung was no longer in the plan. By friday, abah and mok dah balik to Terengganu. Maka tinggal la kita orang kat KL, doing practically nothing during the first week of cuti sekolah. I was dead bored. I've come to a decision, not to balik kampung at all sebab malas nak menyusahkan diri, bersesak2 dengan orang ramai on the Lebuhraya Pantai Timur, plus I dread to think about the hassle that I have to go through kalau stuck dalam jam on the way balik nanti towards the end of cuti sekolah.

Then tiba-tiba on Sunday, takde angin, takde ribut, hubby ajak balik kampung. Dia ada meetings kat Terengganu. Aku malas nak ikut sebab Mas insisted that aku bawak Shariff balik sekali. Aku risau kalau Shariff nangis malam2 rindu kat mak dia. Tapi biasa la, hubby takmau terima alasan aku. Maka dengan berat hati, aku kemas barang within sejam, then sumbat barang dalam kete, terus balik kampung.

On the way balik kampung, kita orang singgah kat R & R Temerloh. We had dinner with Abg Zainol and K.Mei. Kebetulan they left KL at about the same time dengan kita orang. So by the time sampai R&R Temerloh, elok2 je kita orang bertembung. On the way balik kampung, atas Karak highway, on the other side of the road, jam panjang giler. Aku rasa, orang2 yang sangkut dalam jam tu, sangkut more than 2 hours on Karak. Kesian tengok..

Anyway, kat R&R Temerloh, hubby berenti kat Shell station to refuel and solat. Masa hubby parked his car, aku nampak ada sorang pakcik ni, tengah tarik bumper depan kete dia, nampak macam accident. Bila aku turun from kete, pakcik tu tiba2 bercerita what happened to him. Dia kata, lepas exit Genting Sempah on Karak highway, hujan berenti. Tiba2 he lost control of his car. From Genting Sempah, jalan turun bukit, quite menjunam jugak. He thought he was the only one yang lost control of his car, rupanya, ada lagi 5 kereta lain yang terbabas. The accident was quite bad. Dia cakap, ada minyak atas jalan. Aku rasa towtruck dajjal yang buat hal. Biasa la, bila time cuti mcm ni la tow truck owners nak buat duit. Giler betul!!! Murahnya nyawa manusia. Alhamdulillah takde kemalangan jiwa. 

Hubby sent us back to rumah my mum kat Besut for the whole week last week sebab he was very busy in Kemaman. Duduk rumah mok, apa lagi.. makan tido la jawabnya.. I made  a trip to Kuala Besut, to get my supply of fresh fish. Kebetulan, sekarang musim udang and ketam. Geramnnya tengok udang2 yang besar and gebu tu. Kat Kuala Besut, ada few places untuk beli ikan. Tok Balik, Lampu and Pachakan tu among places yang femes. Pachakan tu tempat bot2 nelayan kecik naik. To those yang nak ikan fresh, yang baru dipancing, pegi la kat Pachakan. Ikan kering pun banyak dijual.


Ikan kering yang sedang dijemur. Sedap giler ni kalau goreng and makan dengan nasi panas!

Mok tengah pilih ikan kering dibawah sinaran matahari yang terik. Budak2 yang duduk bawah atap tu, tengah bersihkan ikan untuk dijadikan ikan kering.

Pekan Kuala Besut..

Sunday, June 20, 2010

Coach in the house

Rumah aku telah menjadi rumah tumpangan untuk bag-bag coach sementara menunggu bakal owners. Since our dinner is around the corner, maka makin bertambah byk la hadiah2 yang dilambakkan kat rumah aku. Tadi aku pegi Tesco lepas beronggeng dgn Ina, Nora, Zana and June kat rumah As. Ada appointment dengan Roger, nak ambik gifts for lucky draw yang dia beli masa dia pegi Atlanta baru ni. Rasa macam perompak handbags la pulak. Punya la banyak handbags yang aku kena bawak. Orang2 kat Tesco tu pandang aku semacam je. Ye la, sarat tangan aku bawak handbags, termasuk la few handbags Nine West. The items below are not for sale ye.. hanya untuk cuci mata je.. hehe

Handbag yang di sponsor oleh Roger. (Coach Bleecker Sig Leather Patchwork Tote Berry Multicolour)

Ina punya. (Coach Voyage Signature Unisex Messenger)

If ina decided that she wants the black one, then this will be the sponsored one.(Coach Signature Cricket Satchel)