Wednesday, June 30, 2010

Nasi Daging

Bila berpuasa, nafsu makan menjadi. Eh! bukan nafsu makan, but nafsu memasak.. hehe. Mula-mula nak makan pasta and popiah je waktu berbuka. Tiba2 teringat nasi daging dalam Jeni's fb, dah teringin pulak nak makan nasi daging. Oleh kerana aku nak menghabiskan basmathi extra panjang yang aku beli tu, maka aku pun keluarkan daging dan start masak.

Aku google recipe nasi daging, and I came up with this version of nasi daging. It's a combination of few recipes, aku olahkan mengikut citarasa aku.

Nasi Daging

Acar Masak Timun

Nasi Daging

Bahan2
Bahan A
1 bungkus sup bunjut adabi (or any brand)
2 tbs rempah kurma
1/2 kg daging - tak perlu potong sebelum rebus.
garam

cara2
1. rebus daging bersama rempah kurma dan sup bunjut sampai daging empuk, masukkan garam.
2. simpan air rebusan daging. Daging dipotong nipis, 1/2 cm thick.

bahan B
3 pot Basmathi - basuh, toskan
2-3 helai daun pandan
15 biji bwg merah - mayang
5 ulas bwg putih - mayang
1 inci halia - ketuk
4 tbs ghee
2 tbs margerine
2 bunga lawang
4 bunga cengkih
4 buah pelaga
1 inch kayu manis
4 tbs tomato sauce 
1/2 tin susu cair
garam

cara2
1. Panaskan ghee dan marjerin. Masukkan rempah kasar, goreng kejap for 1-2 minit, kemudian masukkan bwg putih, bwg merah dan halia.
2. bila bwg dah garing dan naik bau, masukkan air rebusan daging dan air biasa dalam anggaran 4 pot. bila air dah mendidih, masukkan tomato sauce dan susu cair. 
3. akhir sekali, masukkan daun pandan dan garam.
4. beras dimasukkan dalam rice cooker bersama bahan B dan daging yang telah dipotong nipis. Biarkan sehingga nasi masak.

From the recipes yang aku baca, nasi daging ni dihidangkan bersama daging yg direbus dan air asam. In my case, aku masukkan daging dan masak bersama nasi. Then aku bakar daging yang lain, yang dah dimarinate dengan black pepper sauce dan rempah. I bought the black pepper meat from Jusco. The nasi daging turned out to be delicious. Aku kurang suka makan daging rebus with air asam. Sebab tu jugak aku masak Acar Timun tu.

No comments:

Post a Comment