Wednesday, August 4, 2010

Brain Food - The recipe

Article kat bawah ni aku copy and paste from blog Ummi Darwisya, http://darwishndarwisya.blogspot.com/2010/02/berkongsi-resepi-makanan-untuk-minda_22.html. Terima kasih Ummi Darwisya, semoga ilmu ini mendapat berkat dan redha Allah.

The recipe : Almond, Raisins, Dates, Figs, Fish oil, honey, habatus sauda, ekstract daun zaitun and Air surah taha.

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Ummi Darwisya cakap  sukatan ikut sesedap tangan. Below is my sesedap tangan nye sukatan :D



Ingredients

bahan2 blend - guna dry blender. kalau susah nak blend, just add 1-2 tbs olive oil everytime blend
250gm - 300gm almond
200gm raisins
200gm dates
150gm fig

then add 10-15 tbs honey, 10 capsules of fish oil (ambik minyak saje), 3 tbs of habatus sauda, gaul. 


Note that the one that I made looks like loklik (according to sally), not too dry but not too wet. My suggestion is, add more honey bila nak makan, maybe another 2 tbs of honey pada 1tbs of adunan, I like it mcm the one that I made sebab senang nak bulat2kan and terus masuk mulut. Imi suggested masuk dalam digestable colour paper, bungkus macam gula2 so that the kids akan excited nak makan :)

2 comments:

  1. Shidah
    Kind of interesting. Thanks for sharing. Rasanya mcm apa ya??

    ReplyDelete
  2. CS, rasa dia mcm kurma, campur honey. pastu ada crunchy sikit because of the habatus sauda. olive oil and fish oil tak rasa, so the kids suka sgt2 :D

    insyaAllah kita boleh sama2 manafaat from this recipe :D

    ReplyDelete