Thursday, August 19, 2010

Butir Nangka

My favourite kuih berbuka! Eh! Butir nangka ni kuih ke bubur? Erm... aku pun tak sure. Tapi yang pastinya, kalau buat berbuka, memang sedap sangat2. Oleh kerana semalam aku masak bermacam2 juadah, tak sempat aku nak menggentel butir nangka tu. So aku serahkan tugas menggentel pada Iman. Patutnya kaler butir nangka tu, hijau lagi. But I ran out of pewarna hijau, so warna butir nangka aku pucat je. Kaler from air daun pandan tu tak menyerlahkan kehijauan butir nangka aku.


Bila tengok butir nangka tu, comel jugak. Pandai anak mama gentel. Tak tau angin apa yang melanda, tiba2 Iman jadi rajin teramat sangat nak menolong aku kat dapur. Sepanjang bulan ramadhan ni, aku tak hantar both of them pegi KAFA sebab KAFA balik awal, belajar cuma 2 jam je. Lagipun kesian jugak kat dia org, bila balik sekolah, muka masing2 kepenatan yang amat sangat. Cuaca pulak kadang2 panas terik, kadang2 hujan lebat, buatkan aku rasa takde mood nak menghantar dia org pegi sekolah. Kalau boleh skip sekolah kebangsaan, memang aku akan suruh dia org ponteng. hehe.. teruk betul la aku ni.

Resipi Butir Nangka
Untuk dough butir nangka tu
Tepung Pulut
5-6 helai daun pandan - blend dan ambik air

cara2
1. campurkan air daun pandan dgn tepung pulut, tambah tepung pulut jika perlu, sampai tepung tak melekat dijari. dough sama dengan dough onde2 buah melaka. Gentelkan berbentuk bujur kecik2.


Untuk kuah butir nangka
250ml santan
100ml air
6-7 tbs sugar
1/2 tsp salt
1 tbs halba
1 inci halia, dihiris halus

cara2
1. panaskan santan dan air dalam periuk bersama dengan halba dan halia.
2. apabila santan mendidih, masukkan butir nangka, masak sehingga butir nangka timbul. add garam dan gula, hidangkan.

2 comments:

  1. Shidah
    Halalkan resipi nih, I dah salin. Terkesima plak; kalau rajin nak buat ptg nih *selalunya janji tinggal janji* (tapi janji pada diri sendiri kalau tak ditepati tak dosa kan?).

    Thanks.

    ReplyDelete
  2. CS, halal! hehe.. but kalau CS tak suka kuah yg pekat, boleh cairkan sikit, just tambah air je. selamat mencuba!! :D

    ReplyDelete